Tuesday 17 November 2015

Mohon rilek sikit



Ward round mula seawal pukul 7.45 pagi. Sampai pukul 9.00am. Sambung dgn klinik dari pukul 9.00 sampai 2.00pm. Badan dah penat, balik bilik, malek pulak keluar pergi wad. Tidur sampai pukul 5.00. Siap-siap untuk oncall pulak start dari pukul 6.00pm sampai 10.00 malam. Balik dari oncall pergi sambung study group sampai pukul 11.45pm. 

Balik bilik baru teringat yang ssm tak sempat buat lagi. Tgok whatsapp ada org bagi kerja pulak. Penat woi. Penat.

Monday 2 November 2015

Mari studi untuk kejar mimpi



Malam ni aku buang segala puisi lama yang merosakkan jiwa. Aku pulaukan segala sengketa dunia yang membinasakan rasa cinta. Aku tolak angan-angan kosong yang dibina tanpa usaha. Aku capai indah nilai persahabatan yang dibina asas rasa kasih. Aku semai diri agar henti prejudis. Aku tampar diri supaya jangan kau judgemental pada peribadi.

Selamat ber-studi.

Orthopaedic surgeon to-be,
Ibnuzen

Sunday 1 November 2015

Mimpi

Musykil bagaimana dia masih mampu hadir lagi dalam mimpi. Tidak berkata atau memandang rupa. Hanya menyampaikan mesej bertanya khabar. Entah apa ceritamu disana. Engkau pinta agar kutanyakan kabar berita. Tulisanmu panjang tidak ku ingat semua ayatnya. Cuma pinta agar aku teruskan bertegur sapa.

Bagaimana lagi mungkin kau hadir. Mustahil besarnya lebih dari angan pak pandir. Ku pandang langit sedar betapa besarnya jurang antara mimpi dan realiti. Rasa enggan ku bangun biar terus hanyut dibuat lena mimpi. Entah mengapa wahai mata kau buka sperti mahu aku teruskan derita. Biarkan saja aku sepi dalam mimpi. Andai itu bisa menggembirakan hati.

Ku bangun, muka ku basuh jiwa ku sergah. Jangan kau leka bisikan dunia. Pinta engkau agarku lemah tidak gagah seperti biasa. Biar ku rebah hina cium tanah pinta di manja. Kau jangan biarkan dirimu rebah. Renjang dunia seperti pejuang yang memegang mata pedang. Bisa hunus pedulikan apa yang datang. Rentap segala kesenangan yang punca diri kau leka. Tendang segala halangan meski kaki kau luka. Berpantang maut tidak takut ajal yang menerpa. Kau tepis buang leka dunia.

Aku bangun pedulikan semua. Sedar perjalanan kita tidak seindah coretan yg kita idamkan. Kau padamkan sebahagian, mulakan sebahagian. Kerna apa jua halangan, hari esok tetap akan datang. Sebelum mati, jangan takut utk terus padam memori lampau. Bisikkan pada diri. Sekali lagi kita mulakan hari baru pada masa-masa yang mendatang.

Monday 10 August 2015

KISAH RAHIM #1




Rahim termenung, direnungnya pohon dari tabir bilik menghala ke barat. Indahnya pohon itu, indah lagi saujana dunia kehijauan yang diidamkannya. Hatinya meronta. Dia ingin ke sana. Berkelana menjelajah dunia menjadi impiannya. Anak muda itu berimpian besar. Tapi sering saja menjadi inferior apabila bersemuka dengan dunia luar. Sering kali melihat dirinya kekurangan sesuatu, Impiannya seakan musnah apabila merasakan semuanya hanya sekadar satu angan-angan biasa. Dia tidak punya cara untuk menggarap apa yang dimahukannya. Dia tersekat di dalam satu sistem yang menekannya, Dia takut keluarnya nanti ke jelata, dia hanya menjadi robot yang sia-sia.


Rahim berimpian besar untuk menikahi seorang gadis. Nuri gadis indah nama dan se-comel akhlaknya. Impiannya menjadikan Nuri sebagai isi hati dan orang rumahnya. Namun mungkin saja dosa lama menjadi penghalang kisah dua jiwa. Nuri baik budaknya. Rahim tercemar akhlak lamanya. Dia sering merasakan penolakan Nuri sebagai jawapan tuhannya yang melarang jiwa kotor itu bersama Nuri si gadis kain suci yang turunnya menyucikan jiwa raga yang memandangnya. Rahim ikhlas seikhlasnya, dia pendamkan kata janji buat dirinya meskipun tiada yang mendengarnya. Rahim merasakan Nuri insan terbaik untuk membimbingnya. Rahim harus sedar dari mimpi lena. Dirinya pasrah redha. Namun dalam redha terpahat jua seribu kekecewaan. Rahim merasakan ini semua ujian dari tuhan. Namun, dalam ujian terzahir juga kekalahannya. Penolakan Nuri membunuh jiwanya.


" Bergerak jauh adalah cara untuk teruskan kehidupan "


Langkah berkelana harus difikirkan. Dekat dengan memori hanya mengazabkan hatinya. Melupakan tidak semudah yang di kata. Ah inilah azab seksa seorang teruna. Mahu sahaja dia berazam untuk tidak akan jatuh cinta selamanya. Rahim hanya manusia. Bukan malaikat yang bisa saja beribadah setiap masa. Bukan syaitan yang bisa mengingkari cintanya. Dia hanya manusia yang bisa cinta. Bisa tersilap. Bisa terluka, dan melukakan. Bisa setia dan bisa mengecewakan. Manusia yang terulit seribu kesilapan lama. Rahim mengimpikan masa depan yang sempurna atas nama cinta. Tersilap percaturan mana yang rupanya kesilapan silam itulah menjadi penghukum jiwa raganya.


" Ah. penat saja memikirkan soal cinta. "


Rahim berazam untuk setia. Namun setia apa juanya melainkan itu satu pembodohan kepada dirinya. Setia itu satu persetujuan melibatkan pasangan, namun setia berseorangan hanyalah seperti impian majnun yang tidak akan ke mana. Kesetiaan pasangan titanic menjadi inspirasinya. Kisah romeo dan juliet menjadi asas kepada ketabahan hatinya. Tapi Rahim silap. Cinta yang digarap mereka itu kisah dua jiwa. Sebaliknya dirinya hanyalah sebuah kisah kosong bagaimana dia cuba menepuk sebelah tangan yang tidak berbunyi. Rahim beranggapan kisah cintanya suci, tetapi suci apalah sekiranya membelakangkan kisah takdir jodoh dari tuhannya. Rahim kisahkan itu, kisahkan ini, dia lupa hakikat dirinya sebagai hamba.



Rahim merasakan dirinya redha. Rupanya ia sekadar bualan kosong mulut untuk menyedapkan hatinya. Dia ingin kelihatan baik dihadapan Tuhannya, tetapi dia saja tidak akan bisa menipu dirinya selamanya. Dan Tuhan tidak akan terpedaya dengan ucapannya. Tuhan maha mendegar, maha melihat, maha mengetahui. Untuk menilai keikhlasan hati Rahimi sahaja adalah perkara yang terlalu mudah. Tatkala dilihat Nuri bahagia, hatinya sakit menderita. Ah, suci apa sekiranya hatinya kotor dengan kebahagiaan orang lain. Hatinya terseksa melihat Nuri yang tidak merasa apa-apa. Hendak sahaja dia berdiri dihadapan Nuri dan mengeluarkan segala isi hatinya. . Hendak sahaja dia menjerit keluarkan segala isi cinta dia. Namun Rahim manusia yang masih beragama. Yang dilarang tidak akan bertukar larangannya meskipun jiwanya memberontak mahukannya. Sukar melawan dengan bisikan syaitan durjana bila jiwa masih lemah binasa. Rahim pujuk diri. Disibukkannya pula dengan program-program mengisi jiwa. Dia membelek buku-buku cerita lama. Dia cuba-cuba juga untuk berbicara dan membincangkan politik negara. Menyibukkan dirinya adalah untuk mengeluarkan Nuri dari hatinya. Buat apa disimpannya sekiranya tiada masa depan untuk bersama.


Terkadang dihentak, senyum juga muncul dibibirnya. Rahim lucu memikirkan mengapa dirinya sedemikian rupa. Rahim terlibat dalam pelbagai program yang mengajak manusia kepada hidup beragama. Bagaimana hal remeh itu kembali memakan dirinya. Tidak. Bukan hal remeh. Jiwa adalah refleksi kepada kehidupan manusia. Baiklah jiwa, baik kehidupannya. Buruk jiwa, buruk kehidupannnya. Ah banyak benar dia membisikkan perihal cinta kepada dirinya. Dicoretkan sebahagian lain, dan disembunyikan jauh di dasar hatinya. Cintanya tidak bisa diomong dan dihebahkan kepada jelata. Biarlah kisahnya menjadi kisah rahsia hati dia dan Tuhannya. Risau benar sekiranya dirinya menjadi jelek dari pandangan sahabatnya. Dia tidak suka mejaja kisah hidupnya. Seperti artis yang bisa bertukar-tukar status berlaga pipi hari ini dengan ikatan ingin berkahwin suatu hari nanti. Esoknya berpisah dan berlaga pipi dengan manusia lain pula. Tidak. Mudahan Tuhan jauhkan dirinya dari hal sedemikian rupa.

Saturday 4 July 2015

Tangan-tangan kotor yang membinasakan diri sendiri



وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا قَرْيَةً كَانَتْ آَمِنَةً مُطْمَئِنَّةً يَأْتِيهَا رِزْقُهَا رَغَدًا مِنْ كُلِّ مَكَانٍ فَكَفَرَتْ بِأَنْعُمِ اللَّهِ فَأَذَاقَهَا اللَّهُ لِبَاسَ الْجُوعِ وَالْخَوْفِ بِمَا كَانُوا يَصْنَعُونَ 

" Dan Allah telah membuat satu perumpamaan (dengan) sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram, rezekinya datang kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi penduduknya mengingkari nikmat-nikmat Allah, kerana itu Allah merasakan kepada mereka pakaian kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang selalu mereka perbuat. "
( An-Nahl:112 )


Abdullah Bin Abbas ra dalam membahaskan ayat ini menceritakan negeri yang dulunya aman dan tenteram itu adalah Kota Mekah. Makkatul Mukarramah dahulunya sangat tenteram dan aman. Kota peninggalan agama Hanif itu berkembang pesat dizamannya. Menjadi tempat persinggahan mereka yang ingin menunaikan haji. Siapa yang tidak kenal bangsawan-bangsawan yang terkenal lahir di kalangan masyarakat ketika itu. 

Sayang sekali penolakan kepada agama yang dibawa Nabi Muhammad saw, menjadikan mereka dikalangan yang tidak bersyukur dengan nikmat tuhannya. Murka Allah menjadikan kehidupan mereka seterusnya bertukar 360 darjah. Negara yang dahulunya dikatakan tenang dan aman maka muncul pula siri-siri penentangan dan peperangan yang menyebabkan generasi-generasi ketika itu hidup dalam ketakutan, meskipun tidak semua hidup dalam kelaparan. 

Namun inilah indahnya bahasa al-quran. Al-quran yang kekal dan konsisten memberi nilai pelajaran daripada umat-umat terdahulu untuk generasi kemudian belajar.


" Kenapa dalam al-quran tidak disebut nama-nama secara spesifik ? "

" Kenapa peristiwa-peristiwa di dalam al-quran tidak menyebut nama-nama orang ataupun tempat yang spesifik? "  


Antara beberapa persoalan yang dikemukakan ustaz Ridha dalam liqa' tempoh hari. Terdiam juga aku pada awalnya. 


" Kerana di dalam al-quran menceritakan mengenai tabie manusia. Sikap dan sifat orang-orang terdahulu yang mana diwarisi oleh generasi sekarang. Dan al-quran diturunkan menjadi rujukan yang relevan sepanjang zaman. " 


Bermakna, sekiranya zaman dahulu mempunyai Firaun, zaman sekarang kita punya orang yang mengaku menjadi tuhan. Sekiranya dahulu kita punya ashabul kahfi, sekarang kita akan punyai jiwa-jiwa anak muda yang tidak akan tunduk kepada kemungkaran dan kemaksiatan. Dan juga bermakna, sekiranya dahulu ada negara yang aman damai bertukar menjadi binasa, hancur dan kacau bilau, maka zaman sekarang juga pasti akan ada negara yang akan menerima nasib yang sama sekiranya berlanggar dengan ajaran-ajaran islam yang telah diwartakan.

Inilah bahasa al-quran yang menyampaikan peringatan untuk mereka yang beramal dengannya. Sayang sekali, namun hanya beberapa ramai pula yang beriman dengannya. 

Ah. gusar aku melihat negara yang aku cintai ini. selepas satu perkara, satu perkara pula berlaku. Oh Tuhan, apakah pengajaran yang Engkau ingin sampaikan,

Bermula dengan kekacauan yang pernah berlaku dalam syarikat penerbangan. MH370 telah bertahun-tahun hilang tetapi masih tiada sebarang bukti dimana jasad-jasad insan didalamnya bersemadi. Kita dicabar pula apabila MH17 ditembak jatuh pejuang Ukraine ketika dalam perjalanan pulang dari Belanda ke Malaysia. Pengenalan GST bagi menampung beban hutang negara, subsidi dikurangkan dan terkini, ligat berita mengenai kegawatan ekonomi negara yang berlaku yang katanya hampir kepada krisis ekonomi yang pernah menimpa kita suatu masa lalu. 

Bila lagi kita mahu belajar dengan al-quran? 


Monday 15 June 2015

Bicara untuk Saudaraku di sana


" Perumpamaan orang-orang mukmin dalam saling kasih mengasihi dan sayang menyayangi, laksana sebatang tubuh, apabila salah-satu anggotanya mengadu sakit, seluruh anggota lain turut merasa demamnya dan berjaga malam. "

Raymond merenung hadis yang dibelek sebentar tadi. Terpaku dia seketika. Buku merah kecil itu diletakkan ke tepi. Matanya merenung jauh ke luar jendela. merentasi sempadan bangsa yang dicipta manusia. Kadangkala pandangannya jauh merantau ke negara timur tengah, melayang juga ke tebing barat sana. Terhenti juga kepada lambaian anak-anak kecil rohingya di atas kapal samudera. 


Hatinya ragu. Apakah hadis ini yang salah, atau dia yang sudah tersasar? Bukannya dia tidak tahu, pelajar yang mempunyai asas pemahaman sosiopolitik tahu segalanya apa yang dikatakan dengan negara bangsa. Ya, negara bangsa. Itulah harga yang perlu dibayar demi sebuah kemerdekaan. Dasar imperialisme barat benar-benar meninggalkan parut luka yang mendalam di kalangan masyarakat islam. Masyarakat kita.


Terngiang-ngiang juga bait-bait lagu kumpulan lelaki dari eropah yang dihafalnya, kumpulan Soldier Of Allah tidaklah terkenal dikalangan masyarakat Malaysia, tetapi liriknya telah lama bertapak dalam hatinya.

In 1924 

Our state was demolished 

Hundred years of planning And their plans were accomplished 

Kafirs broke our bond 

Contaminated our knowledge 
Better listen up 
because you won't learn this in college 



Beginning of the end 

and the divisions began 

Step by step 

they divided our lands 
in 1921 saudi arabia & iran 
next year egypt & 
In 32 iraq 



In 1945 

jordan indonesia 

Lebonen & syria 

Two years later 
The division of India 
the Muslims took a stand 
and demanded 
the ruling of Islam 
so they gave them pakistan 
but it was only an illusion 
a false resolution 
far from the solution 
In 1948 
The Jews establish their israeli state  

" Hidup di dalam sistem divide and rule benar-benar menghancurkan serpihan cinta yang ada di dalam hati kita. ". Rafiq yang sedari tadi berselimpuh sambil membuka bungkusan megi goreng yang dibelinya sebentar tadi terkelu. Inilah nilai seorang sahabat. Sentiasa perlu bersedia dengan spesis manusia yang suka bermain-main dengan awan fikirannya jauh di angkasa sana. Bukannya Rafiq tidak tahu, faham benar dengan kawannya seorang ini. Gemar berfikir, gemar membaca, dan gemar bermain dengan sentimen yang mencabar sistem.


" hmm. kali ni apa pula Ray? ". Ejek si Rafiq.


" Kau percaya sistem divide and rule yang membawa kepada konsep negara bangsa ini yang terbaik? " Soal Raymond. Kali ini soalannya betul-betul mematikan segala ayat yang ada di kepala Rafiq. Dia tidak tahu apa yang bermain di kepala sahabatnya. Hendak diketuk dengan helmet, risau pula dipersoalkan ibu si Raymond ini nanti. jadi dia hanya mendengar.


Apa yang dipersoalkan Raymond itu ada benarnya. Agenda barat hanya satu. Memecahkan kuasa pemerintahan islam, demi mencapai kemenangan yang mutlak. Kemenangan sebagai nadi pembalasan kepada siri-siri perang salib yang dialui mereka sebelum ini. Perpecahan di kalangan umat islam bukan sekadar fizikal di atas peta, Tetapi nilai cinta yang dipupuk sesama saudara islam itu semakin pudar apabila sentiasa diapi-apikan dengan semangat negara bangsa.  


" Ukhwah islamiyyah kita sudah tiada, dan yang tinggal hanya semangat negara bangsa. " 


" Tak baikkah perkara tersebut? "


" Aku juga terkeliru dengan semangat nasionalisme. Hendak dikatakan mengandungi keburukan, ada juga kebaikannya. Hendak dikatakan semua baik, pergaduhan dan sentimen kebenciaan juga lahir dari nasionalisme yang berlebih-lebihan. " 


Raymond bangun, lantas bergerak menuju ke meja bacaanya. Buku nota di ambil dan dia cuba mencatat sesuatu. Itulah rutinnya, apa yang dirasakan perlu untuk dicatat, dia cuba tinggalkan di dalam buku nota yang menyimpan semua koleksi pandangan dan pendapatnya. Terlalu takut untuk dicurahkan kepada bacaan awam kerana kebiasaannya pandangannya datang dan pergi tanpa syarat. Dan adakalanya tindakan susulan tidak muncul jua. Risau benar jika disamakan beliau di dalam Al-quran sebagai golongan orang yang bercakap tetapi tidak amalkan.


Posisi tempat duduknya dibetulkan. Dia perlu berada dalam keadaan yang selesa untuk mencurahkan segalanya.

Mereka di Palestin, Syria dan Rohingya atau dimana sahaja mereka yang ditindas di sana. Selagi kalian bukanlah saudara yang melepasi batasan sempada negara bangsa kami, kami tetap sama.
Beribu-ribu tubuh kalian sudah jatuh syahid menghadap ilahi. Berapa ramai pula yang telah lumpuh dan tercedera, tetapi tubuhku tidak pula terasa apa-apa.
Pemimpin kami tidak bersuara. Anak-anak kami tetap berjaya. Kami juga tetap masih mampu bergurau senda. Hari raya diraikan seperti biasa. Bulan ramadhan masih segar berbelanja. Mc Donald masih bangga ditelan. Apa yang mmbezakan?
Mujurlah Mark Zuckerberg mencipta ruangan alam maya facebook. Banyak maklumat-maklumat yang kami terima. Perjuangan-perjuangan di atas papan kekunci terasa puasnya. Semoga esok Palestin bisa dibebaskan bicaranya.
Dan aku masih lagi gembira dengan negara bangsa aku sendiri. Berjalan bebas di muka bumi. Melakukan rutin-rutin yang telah sebati dalam diri.
Kata mereka lagi, separuh diriku telah mati di sana.
-Ray, June2015 

Raymond menyeka air-matanya yang mengalir hinggap di bibirnya. Hari itu dia lepaskan segala isi hati dalam tulisan ringkasnya. Ah, lembut sangat hati lelaki ini.

"

Sunday 14 June 2015

TANGGUNGJAWAB

Panas terasa. Petang-petang selepas main futsal bila pekena air kosong dalam peti ais memang salah satu nikmat dunia. Azalinya lagi, peti ais di rumah memang menjadi tempat simpanan air-air kosong. Manfaatnya waktu-waktu begini la.


Pintu peti ais dibuka.


* kreeeekkk *


Sambil menggapai sebotol air kosong, mata melirik kepada bungkusan-bungkusan minuman saki baki yang ditinggalkan di tingkat yang sama dengan botol-botol air minuman yang lain.


" Budak-budak ni memang taknak buang ke benda alah ni. "


Boleh migraine Amran dibuatnya. Bukan sekali dua telah dimaklumkan kepada mereka, tetap melakukan benda yang sama. Kadangkala alasan yang diberikan betul-betul memeningkan kepala.


" Ala. Tolong jela buangkan sendiri. Bukan susah sangat pun. "


Bukan tidak mahu, bahkan boleh sahaja Amran melakukan perkara tersebut, Bahkan hari-hari beliau mampu untuk buangkan. Tetapi apa yang dilihat Amran bukan terhad sekadar buang plastik tersebut ke tempat asalnya semata-mata.


tetapi ianya suatu signal ' TANGGUNGJAWAB '


Friday 12 June 2015

Kisah Fibroid di Suatu Malam

Macam biasa, kalau tinggal lagi beberapa minggu untuk exam, dia punya momentum study memang lain macam. Study group muka serius. Kalau boleh kerut dahi, memang akan kerut selagi mahu. Perbincangan pun lebih ilmiah. Iyalah, siapa yang rajin nak mengulang 3 minggu kalau dah gagal posting.


Cuma malam ni, perbincangan aku dan kawan yang lain tertumpu kepada satu soalan yang kitorang dah jawab dalam perbincangan yang sebelum ni.


" Mustahil la. Kalau betul patient tu keen for conceive, means kita kena buat myomectomy la. macam mana kalau nak observe je benda tu boleh mengandung tetiba. "


" Memang betul Man. Tapi, bla bla bla... "


Perbincangan berlanjutan dan kitorang terkeluar dari track perbincangan yang asal. Pelbagai mazhab guru-guru menjadi sebutan dan rujukan. Semuanya benar, cuma keputusan untuk mencari yang paling benar itu memerlukan satu sudut pandang yang sangat kritis. Dalam erti kata lain. Kau perlu buktikan kesalahan aku, Aku perlu buktikan kesalahan kamu.


Perbincangan makin rancak. Dan rasanya kali ini aku perlu terima yang mungkin sedikit aku salah faham berdasarkan soalan. Dan disebabkan perbincangan tu makan masa, jadi aku pun adalah terdetik rasa bersalah.


Sebenarnya yang berdebat dari tadi aku dengan seorang lagi kawan aku yang muslimat ni. Lagi 3 orang sekadar mendengar setia di sisi. Hanya senyum melihat gelagat kami yang bertungkus lumus memberi hujah masing-masing.


Sori weh. Makan masa plak. bukan apa, Aku cuma mahukan kebenaran je. "


Nak kebenaran bukak Al-Quran la Man. "


Member aku yang dari tadi membisu mula mengeluarkan bisanya yang sebenar.


Tersedak aku.

Ceritera Pen Merah

Man, ada pen tak? Nak pinjam. "



Ada. Nah. "


Pen merah? Pen lain takde ke? "


Takde la bro. Haha. Semua merah. "


Kau nak buat apa la semua pen merah ni. "


Waktu aku masih di tingkatan 3(atau 4), arwah atok aku pernah bertanya soalan yg sangat klise. Soalan yang selalu ditujukan kepada budak-budak baru nak ' up '. Soalan yang berunsur kematangan sikit dan kadang-kadang soalan yang jarang budak semuda aku memberi jawapan yang serius kepada persoalan tersebut.


Hakim bila dah besar nanti nak jadi apa? "


Kau kena faham. Aku antara budak yang menjadi bahan ataupun mangsa sistem pendidikan negara sendiri. Aku melihat pembelajaran sesuatu yang tak lari dari peperiksaan. Bila kau score result yg tinggi bermakna kau dah capai tujuan pembelajaran tersebut. Ilmu dan pendidikan yg sepatutnya melahirkan pelajar yg berfikir untuk menyelasaikan masalah, kini bertukar kepada melahirkan pelajar yang berfikir untuk lulus exam.


Sedangkan hidup ini adalah suatu ujian. " 


Tenang alasan aku bila orang mempersoalkan student-student yg berjiwa exam-oriented ni. 


Nak dijadikan cerita, aku bukanlah tergolong di kalangan mereka yang bercita-cita besar. Cuma waktu tadika aku pun tak tahu tatkala budak2 sebaya aku melihat mereka yang berunirform sebagai suatu kerjayan yang cool, kenapa entah cikgu tadika aku letak cita-cita aku nak jadi peguam. Tak ikut waqi' semasa betul. Dia tak tahu ke kerja peguam tu sebelah kaki kat dalam neraka. Oh. Mungkin sebab nama aku ' hakim '. Aku yang tak tahu menahu peguam tu apa hanya akur sahaja. Wala'.


Meningkat besar, dan bila aku tahu peguam tu kerjanya macam mana. Memang aku buang terus. Sebab aku bukannya pandai berhujah ataupun bercakap. Cuma kalau bersembang pasal bola, non-stop dua jam aku boleh bagi lecture. Masa meningkat remaja aku masih tercari-cari cita-cita yang sebenar. Tidak istiqamah dan berfikir panjang. Cita-cita aku berubah-ubah. Dari menjadi saintis yang mencipta robot-robot yang mampu terbang, sehinggalah kepada pakar kimia yang mampu menghasilkan bom. Aku tak pernah serius. Cuma apabila ditanya, satu je jawapan aku.


Asalkan bukan doktor. "


Skeptikal doktor itu kerjayanya untuk budak-budak yang pandai, budak-budak yang rajin, nerd dan noob itu masih melekat dalam diri. Langsung tak terasa yang diri ini layak untuk kerja-kerja sebegitu. Aku perlukan enjoy. Macam mana nak tengok bola weekend kalau asyik kena on-call. Nak bercuti? Nak melepak dengan kawan? Siapa yang nak setel? Jahilnya aku waktu pra-matang dulu.


Tempoh masa berlalu. Setelah sekian lamanya aku menghirup udara dalam sistem pendidikan negara, aku rasa perlu aku tetapkan cita-cita hala tuju memandangkan tak berapa lama lagi nak menghadapi SPM. Hanya satu kerjaya yang sesuai dengan aku. kerjanya rilek, gaji standard, tak banyak risiko, banyak cuti, belajar standard. Cikgu. Tapi takkan aku nak cakap cikgu. Orang kata, impian atau cita-cita ni tak pernah limit. Masa ni la kau kata nak letak jadi perdana menteri ke, agong ke, takde siapa akan pertikaikan. Jadi aku upgrade sikit cita-cita aku bagi nampak murni sikit dalam kalangan orang kampung.


Hakim nak jadi lecturer tok. " sambil tersengih bangga sebab dah ada cita-cita.


Lecturer ataupun menjadi tenaga pengajar dah sebati dalam tubuh aku sejak sekian lamanya. Skema jawapan yang sama apabila dioal, aku mula istiqamah dengan cita-cita tersebut. Aku rasa inilah yang ditakdirkan untuk aku. Aku akan terus mendidik manusia. Aku akan terus berkhidmat dalam masyarakat. Inilah impian yang aku idamkan. megajar, dan diajar. Soleh, wa musleh.


Tapi, kita manusia.


Bisa saja sesat. Sesatnya itu datang dengan tiba-tiba. Sampai sekarang aku tak pasti celah mana sesatnya. Jalan mana yang aku ambik ni weh?


p/s: aku harap arwah atok aku tak marah sebab aku cakap tak serupa bikin.

Ber-Panas hati di stesen minyak


Rabu lepas aku hantar Malek ke lrt. Nak balik Kedah katanya. Cuti 4 hari. Bila Malek balik kampung, maka keseorangan lah aku kat rumah kami. Bukan aku tak suka duduk rumah sorang diri, cuma aura untuk study tu aku rasa dah boleh agak dah kemana. Mungkin dia juga balik ke Kedah bersama-sama jasad Malek. Kalau sebelum ni aku plan untuk study dari pukul 8 pagi ke 12 malam, aku dah boleh nampak dah future plan aku tu kemana. Kuajaq Malek. Kau telah rosakkan plan aku. Sampai hati kau tinggalkan aku sendirian di rumah.



Ahad nanti aku balik awai Man. " Pujuk Malek.


Bila aku keseorangan, secara kebiasaanya aku akan cepat bosan. Dan bila aku bosan, study bukanlah rawatan yang mujarab. Lalu mulalah aku memikirkan cara bagaimana untuk sibukkan diri aku dengan perkara lain, asalkan bukan perkara akademik. Sekejap-kejap ada aura yang suruh aku pergi ke PWTC untuk pergi booth gerak budaya. Ada 3 buku yang aku dah target untuk beli. Cuma sabarkan diri sebab ada lagi beberapa buku yang aku kena habiskan.


Bukan senang aku nak melawan aura-aura yang wujud dalam badan aku bila keseorangan ni. Seminggu aku pujuk diri untuk tak terlibat dengan demonstrasi GST 1 Mei nanti. Entah macam mana seolah ada bisikan halus yang menyebabkan aku membuat keputusan u-turn.


Penat berdemostrasi, aku balik ke rumah. Perut mula rasa lapar, dan aku rasa eloklah aku jinakkan perut aku dengan sedikit makanan sentuhan western. Duit dalam dompet tak berapa nak ada, tapi aku pujuk diri sendiri.


alah, bukan selalu. Sekali sekala. "


Sampai stesen minyak, aku usha sikit dompet. Tengok dulu berapa keping duit seringgit yang ada. Rasa sayang nak pecah duit sepuluh ringgit. Kalau ada dua ringgit, dua ringgit jela aku isi. Kalau ada 3 ringgit, 3 ringgit la aku isi. Aku pun tak tahu spesis perangai siapa la yang melekat kat diri aku ni.


cantik, ada 3 ringgit. "


Selamba aku jalan ke kaunter sambil mengeluarkan duit 3 ringgit tersebut. Hujan renyai-renyai, tapi keinginan aku untuk merasai makanan western tidak akan mampu digugat dengan halangan kecil tersebut. Inilah ketegasan aku dalam membuat keputusan.Hal-hal makanan bukanya perkara yang boleh dibuat main.


bang, pam 16 kasi 3 ringgit. "


Duit aku hulur. Aku cakap laju. Aku pun tak pasti samade brader tu dengar atupun tidak berapa yang aku sebut tadi. Takpe, aku dah bagi 3 helai duit seringggit. Takkan la aku nak isi 2 ringgit. Sementara menunggu minyak 3 ringgit dimasukkan ke dalam tangki motor LC, aku cuba luangkan masa untuk refleks diri. Rasa geram. Sebelum ni tak pernah-pernah pulak diri aku buat hal nak itu la, nak ini la. Tapi bila keseorangan macam macam pulak songeh nya.


Ni belum duduk sorang dalam kubur lagi. " bisik hati.


Aku cuba tengok berapa liter dah masuk dalam tangki motor. Ah, baru seringgit lebih, takkan dah perlahan flow minyaknya. Seingat aku, aku bayar tiga ringgit. Bukannya dua ringgit. Minyak berhenti tatkala meter menunjukkan angka 2 ringgit. Hati aku jadi panas. Duit aku bukannya banyak sangat kalau diorang nak kebas aku dengan benda-benda macam ni.


Takkan brader tu tak perasan aku bagi tiga ringgit. Bukannya banyak. 3 keping je pun. "


Kepala aku dah mula buat andaian yang bermacam-macam. Brader ni nak kebas duit aku la, brader ni sengaja la. Inila dia perangai kapitalis yang kerja tak habis-habis nak menindas orang. Berbekalkan semangat demonstrasi yang belum pudar, dan keadaan ekonomi poket sendiri yang meruncingkan, aku dengan semangat bergerak semula ke kaunter. Aku dah tak peduli apa yang akan terjadi, aku akan berdebat dengan dia sehingga aku dapat hak aku, iaitu minyak motor satu ringgit. Jangan sampai aku rempuh.


Dalam nak berjalan. Aku nampak brader di kaunter tersebut senyum melayan pelanggan yang lain.


Ah. Dusta. Senyumlah kau bila kau dah rembat duit aku seringgit. Kau tunggu. "


Belum sempat aku tegur brader tu, tiba-tiba ada kuasa yang menundukkan kepala aku ke lantai. Kini aku dah tahu puncanya. Aku ambik. Aku tak toleh dah brader tu. Aku start enjin moton, aku terus pergi tanpa sebarang bicara.


kali ni kau selamat. "


p/s: Aku dah kira kot beberapa saat sebelum aku hulur duit tu kat kaunter, entah waktu bila yang seringgit tu sempat pula melayang-layang jatuh ke lantai. Ada toyol ke kat stesen minyak?

Perut oh perut


Dalam posting O&G ni macam biasa. Ketidak sama-rataan gender dia agak significant. Kalau dah namanya lelaki, jangan ingat mudah kau nak jumpa patient yang betul-betul boleh bagi kerjasama. Ada. Tapi dalam kadar yang sangat sedikit. Ikut rezeki.



Macam biasa, rutin harian yang sama. Memandangkan peperiksaan short-case yang semakin hampir. Aku makin ligat meneruskan misi mencari perut-perut yang boleh aku palpate. Kalau nak harap diri sendiri ni yang pergi cari seorang diri, memang perjalanan aku hanya one-way menuju ke bilik jela. Maka terpaksalah aku menggunakan pendekatan politik aku dengan berpaut atau mendampingi mana-mana orang rajin. sekaligus aku paksa diri untuk jadi rajin.


kau jangan tak tahu, nabi kata,


kalau kau kawan dengan penjual minyak wangi, bau badan kau pun jadi wangi. Kalau kau kawan dengan orang buat besi, tak pepasal bau badan kau pun sekali tengik. "


Cerita pasal patient, bukan sekali, bahkan banyak kali dah aku kena rejek dengan patient. Terutama patient melayu. Malu katanya. Aurat katanya.


kau dah tanya dah patient ni? dia bagi tak? "


dia tak bagi. Suami dia imam kot. "


Tapi sayang. Lain kali pakai baju lengan panjang sikit ye kak. Bukan perut je aurat, lengan pun aurat juga.


Macam biasa, pagi ini aku aim, paling kurang aku akan urut 3 perut hari ini. Azam yang jarang-jarang aku tanam. Hanya muncul sekali-sekala bila exam menjelang tiba sahaja. Tapi masalah yang aku hadapi kali ini adalah partner aku seorang lelaki.


chaperone kita takde ni man. Mana nak cari student perempuan? "


" Hmm. Aku pun tak sure. "


Tula Man, dulu aku dah kata. Carila sorang girlfriend. Senang boleh jadi chaperone. Takyah nak risau pasal exam. "


Takpela bro. Aku lagi takut tuhan marah, daripada takut gagal exam. "


Err. Lunch already ke bro? "


Padu kan?

p/s: Biasanya apabila ada new case patient yang duduk dekat bed aku, aku akan tanya soalan pakej selepas selesai clerk. " boleh tak saya nak palpate perut puan? " " Boleh ke saya nak observe puan kat labour room nanti? "

Malek potong line

 

hari ini aku tak tahu, pulang dari wad, badan rasa letih. Aku bergerak pulang ke bilik dengan harapan aku tidak tertunduk lena atas katil. 2 case write up aku perlu siapkan sebelum menjelangnya hari jumaat. Aku tak tahu, kuasa syaitan mana yang terlalu kuat di bilik. Asal balik bilik je rasa nak tidur. Pernah aku utarakan masalah aku ni kepada mentor, dengan harapan dia boleh kesan jin apa yang ada dalam badan aku, ataupun dia boleh back up aku dengan berkata,



biasalah, bila penat, sunnah untuk qailullah(tidur sebentar sebelum zuhur). "


tapi sebaliknya berlaku, dia telah memaksa aku membuat perjanjian dengan dia supaya tidak akan sesekali menjejakkan kaki ke bilik atau pulang ke kolej sebelum waktu asar. dasyat. dalam hati aku hanya mampu berkata,


ini semua bida'ah. "


Dua minggu pertama, boleh lah aku tersenyum bangga mengotakan janji aku pada dia, masuk minggu ketiga dan seterusnya, dia dah balik pada perangai lama. Biasalah untuk manusia yang susah nak istiqamah macam aku, inilah dugaan dia.


Petang tu aku terlelap agak lama. Jadinya bila bangun, terus rasa segar. Aku mandi sebelum solat asar. Petang tu hujan renyai. Cuaca cukup syahdu dan selesa. Hujan renyai-renyai menyebabkan mud aku untuk beriadah tergendala. Malam ini aku tiada apa-apa urusan. Masa yang cukup sesuai untuk aku habiskan dengan study.


Petang tu aku bersiap awal untuk ke surau menunaikan solat maghrib. Aku bawak alquran dengan harapan dapatla aku selak sehelai dua selepas solat nanti. Aku lalu depan pintu bilik Malik yang aku tengok sedang khusyuk menghadap laptop. Malek perasan.


Kau ada usrah ke luqman? "


Aku rasa macam nak masuk semula ke dalam bilik dan tinggalkan alquran aku atas meja.


p/s: Kata-kata Malek cukup padu dan makan dalam. Memang biasa sebelum ni aku hanya pegang quran bila ada usrah je ea?


Outside the BOX

kadang-kadang aku perasan juga satu perangai budak-budak universiti ni. Tambah-tambah untuk mereka yang usia mencecah 23 atau 24 tahun. Gaya macam memang dah nak berumah tangga sangat dah. Okeh aku akui, kalau dari sudut persiapan tu aku rasa normal la. Kau nak simpan duit, kau nak baca buku tarbiyatul aulad ke, kau nak pergi dengar kursus kahwin ke, konvensyen kahwin ke. Okehlah, itu aku rasa tiada masalah. Tapi yang jadi masalah ialah kesemakan yang berlaku apabila aku tengok korang ni, pasangan lelaki perempuan ni dah macam official laki bini pulak.


Kesemakan yang kedua adalah apabila benda ni dilihat masyarakat kampus seolah-olah suatu perkara yang normal. Kesemakan yang ketiga, suasana di universiti ini pulak mendesak engkau untuk melihat ini sebagai suatu yang normal. Semak fikiran aku. Ini baru tiga kali semak. Kalau empat kali semak, mungkin aku pulak yang dilamun cinta.  choi .


Kau menggelabah bila ada pelajar pergi demostrasi, kau suruh diorang fokus pada pelajaran. Punya cantik ayat kau bila nasihat diorang. Macam baru lepas buat dosa besar. Habis yang kaki lamun cinta ni kau takde pulak tegur diorang suruh fokus pada pelajaran?


diorang bercinta, tapi pemangkin semangat untuk berjaya syeikh. bukan tiap masa berkepit. "


habis kau ingat, bebudak tu 24 jam berdemo? "


Okeh takpe. Kepelikan aku yang kedua, yang bebudak ni pergi keluar dating laki perempuan, lepas tu yang diorang ni pergi pulak dating dekat tempat yang dah memang jadi port student. Lepas tu kalau kecoh  pasal diorang dating, diorang marah-marah pulak. Yang ni lagi satu logik yang menjadikan otak aku berat nak hadam. Takkan benda simple macam ni nak kena aku ajarkan?


Ni mari sini aku nasihatkan. Kalau taknak benda jadi kecoh, jangan la kau dating kat tempat yang biasa jadi tempat lepak student. Cuba kau pecah sikit kepompong pemikiran tu. think outside the box la. Bila AGM persatuan bukan main lagi kau mengkritik dan bagi pandangan. Benda simple camni, aku juga yang kena ajar. Tapi, kalau korang memang jenis tak kisah terpulang la. Diri masing-masing kan.


Tempat ada banyak wahai abang dan kakak, kau jalan jauh sikit je dari kampus, kau pergi la tempat yang grand-grand. yang ni aku jamin student akan takde. Student bukannya berani makan tempat mahal-mahal. kecuali dating la, sebab macam biasa, lelaki kena tunjuk power. Atau kalau korang nak tempat yang paling ultimate, power dan selamat, korang tahu tempat yang macam mana?


tempat yang korang rasa Allah tak nampak korang buat apa. "


p/s: Aku cannot brain bila orang kata aku menggelabah nak kahwin bilamana aku cerita yang aku dah start menyimpan duit untuk berkahwin. Walaupun masih tiada calon. Serius yang ni aku tak boleh terima. Habis tu yang duk pergi dating-dating tu kau tak kata pulak diorang menggelabah? grr. stress aku dengan dunia sekarang.

Tuesday 7 April 2015

Kempen Al-Quran. (tadabbur juzu' 10) #1





permulaan juzu' 10 dalam Al-Quran, Allah memulakan bicara agungnya mengenai status harta rampasan perang. seterusnya Dia membicarakan mengenai sebuah peperangan yang sangat agong dikenali Badar-al-Kubra.


" diampun dosa ahli peperangan badar itu, sebelum, ketika, dan selepas peperangan itu. "


lantas tertanya, apakah yang menyebabkan peperangan ini sangat mulia disisi tuhanNya?

nombor, bilangan dan figuratif merupakan satu perkara yang sangat penting dalam apa jua keadaan. bilangan kelas yang lebih dari 3 kali sehari juga dalam pelajar sudah menggusarkan hati kita dan merungut. 

bayangkan. 

Apakah kau rela menghadap tentera musyrikin yang bilangannya mencecah seribu orang, sedangkan kekuatan engkau hanya sekadar 313 orang.

ini tidak adil. apakah engkau menyangka tidak getar hati mereka?



 إِذ يُريكَهُمُ اللَّهُ فى مَنامِكَ قَليلًا ۖ وَلَو أَرىٰكَهُم كَثيرًا لَفَشِلتُم وَلَتَنٰزَعتُم فِى الأَمرِ وَلٰكِنَّ اللَّهَ سَلَّمَ ۗ إِنَّهُ عَليمٌ بِذاتِ الصُّدورِ
" (Ingatlah wahai Muhammad) ketika Allah memperlihatkan mereka kepadamu dalam mimpimu sedikit bilangannya; dan kalaulah Ia perlihatkan mereka kepadamu ramai bilangannya, tentulah kamu akan merasa gerun dan tentulah kamu akan berbantah-bantahan dalam urusan (perang) itu. Akan tetapi Allah telah menyelamatkan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada. "



permainan pikologi bermula. Allah sampaikan berita gembira kepada mereka. Allah menanamkan keyakinan kepada tenteranya. Berjuanglah sehabis baik. Turunlah ke medan badar seikhlas hati. Dan percayalah kepada janji tuhanmu. Bertawakallah kepada tuhanmu. Dia akan membantumu.



 يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءامَنوا إِذا لَقيتُم فِئَةً فَاثبُتوا وَاذكُرُوا اللَّهَ كَثيرًا لَعَلَّكُم تُفلِحونَ
" Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). "



Apakah jenis pertolongan yang dijanjikan Allah?tatkala  Syaitan yang menyaksikan pertembungan dua kumpulan itu berazam untuk membantu si Musyrikin sempat memperkecilkan kaum musllimin.


kamu tidak akan menang pada hari ini!


Sebaliknya, mereka yang berlari lintang pukang tatkala turunnya bantuan dari langit tersebut.




وَإِذ زَيَّنَ لَهُمُ الشَّيطٰنُ أَعمٰلَهُم وَقالَ لا غالِبَ لَكُمُ اليَومَ مِنَ النّاسِ وَإِنّى جارٌ لَكُم ۖ فَلَمّا تَراءَتِ الفِئَتانِ نَكَصَ عَلىٰ عَقِبَيهِ وَقالَ إِنّى بَريءٌ مِنكُم إِنّى أَرىٰ ما لا تَرَونَ إِنّى أَخافُ اللَّهَ ۚ وَاللَّهُ شَديدُ العِقابِ
 " Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata: "Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu, dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu". Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing kelihatan (berhadapan), Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: "Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah, dan Allah sangat berat azab seksaNya ".



aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya



Turunlah malaikat berbondong-bondong menyahut perintah Allah. Membantu kaum muslimin menewaskan kaum musyrikin. Tentera dari langit telah tiba. Dan inilah janji dari tuhanMu yang tidak pernah memungkiri janjiNya.

Tidak pernah logik di pemikiran manusia, bagaimana bilangan kecil mampu mengalahkan bilangan yang ramai. Tidak pernah logik di pemikiran manusia bagaimana hambanya sanggup mengorbankan jiwanya menghadap mereka yang bilangan ramai dan masih meruap2 kemarahannya ingin membunuh setiap jasad muslimin itu.

Tapi inilah dia sang perwira badar. Mereka yang tidak pernah meragui janji Allah. Mereka yang mengabdikan diri kepada Allah. Dan mereka yang senantiasa mengejar kemuliaan Allah. Mereka membayar satu harga yang sangat mahal.


Mereka dimuliakan Allah. 

Thursday 19 March 2015

Syoknya kawen ;)

Apa yang kau faham mengenai "baitul muslim" ?


Berkali-kali sebagai ahli, kita dihidangkan dengan topik-topik sebegini. Tidaklah selalu, tetapi setiap kali sesi pimpinan baru, perkara ini tidak pernah dipandang kecil. Satu ruang atau medium disediakan supaya setiap ahli faham, apakah " peranan " sebenar baitul muslim. Dan kenapa ia dititikberatkan.


Pembinaan sebuah keluarga baitul muslim tidaklah kurang daripada menggoncangkan jiwa-jiwa pemuda-pemudi pasangan itu semoga bergerak lebih laju dan tsabat dalam perjuangan. Marcapada, penggunaan terma itu juga kian diubah dengan pelbagai terma baru seumpama baitul haraki, supaya masih gah nampaknya pembinaan keluarga tersebut.


Ya, pembinaan keluarga yang berbeza pada dasarnya, keluarga yang terbina atas faktor gerakan. Keluarga yang terbina atas dasar da'wah dan keluarga yang terbina demi meneruskan dasar jemaah. Itu yang membezakan baitul haraki dari perkahwinan biasa.


Tapi sayang, sekiranya perkahwinan yang terbina itu, mengapa seringkali ia menjadi alasan agar kita tidak diberikan taklifan ? 

" tak boleh syeikh, ana ada isteri nak kena jaga. "

Mengapa perkahwinan itu sering kali menjadi halangan sekiranya diadakan sebarang perjumpaan ?

" tak boleh syeikh, ana kena balik awal, anak bini ada dekat rumah. "


Bukankah dasar perkahwinan baitul haraki itu disebabkan kerana kita yakin bahawa pasangan kita faham apa yang kita PERLU lakukan ?

" enta tak kahwin lagi, senangla cakap. "


Sudah tentu, sekiranya aku juga lakukan perkara yang sama, henti memanggil ia dari sebagai baitul haraki. Kerana baitul haraki tidak mungkin merencatkan haraki jemaah. Cuma kadang-kadang aku pening. Begitu banyak baitul-muslim yang dibina. Tapi makin hilang mereka-mereka dimamah keluarga bahagia.


Aku pernah bersembang dengan seorang abang yang aku kira sangat aktif melibatkan diri dengan kawasan. Beliau ditugaskan ke merata tempat, dan kadang kadang terpaksa berjauhan dengan orang rumahnya.

" tak rindu isteri ke bang? "

" siapa tak rindu. Nak buat macam mana, hidup bermadu kan. "

" ??? "

" iyela, bermadu dengan perjuangan. "


Semua orang boleh sembang nak bina baitul muslim atau baitul haraki. Tapi berapa ramai je yang betul-betul ikut kepada matlamat asal pembinaan baitul muslim tersebut. 


" baiti jannati. "


Patutlah berehat sakan, dah sampai syurga rupanya.

Thursday 12 March 2015

360

Aku cuba bayangkan dan fikir,

Apa ertinya kehadiran jemaah-jemaah di kampus sekiranya tidak mampu menjadi rahmat kepada masyarakat luar ? Aku rasa ramai dikalangan kita masih terperangkap jumud dengan langkah-langkah abang kakak kita yang lepas, masih memperjuangkan isu dan perkara yang sama.

Berulang dan terus berulang tanpa penyelesaian. Tahun akan habis dan pimpinan berganti. Tapi masih berada pada cycle yang sama.

" KTM kat bangi beroperasi hampir 30 tahun. Dan masalah yang sama berlaku. Train lambat, train tak tepati masa. Padahal setiap tahun kita menghantar pelajar belajar di negara yang mempunyai sistem keretapi yang hebat, tapi sayang kelemahan ni tak mampu ditampung oleh mereka yang berada di sana. " -ZF ZAMIR

Di mana rahmatnya?

Dan harini aku rasa dah terlalu ramai orang bercakap perkara yang sama. Dah ramai orang yang utarakan isu yang sama. Kita ada persatuan mahasiswa fakulti untuk bercakap mengenai isu-isu fakulti. Kita mempunyai majlis eksekutif kolej untuk utarakan hal-hal kolej. Dan siapa pula yang nak dekati isu-isu masyarakat ?

Aku tengok ahli jemaah sekarang makin terhibur dengan isu universiti hingga tak pernah terfikir nak turun dalam masyarakat. Kita kata kita disediakan untuk masyarakat , tetapi kita tak pernah didedahkan lebih awal dengan masyarakat ketika di universiti.

Nak kerja untuk masyarakat macammana?

Aku tak nafikan, ada usaha-usaha dari ngo lain yang menyediakan platform untuk mahasiswa turun dalam masyarakat, sebagai contoh GAMIS. Tapi berapa ramai mahasiswa yang berani untuk turun? Semua kerana dek doktrinisasi dengan gerak kerja senior-senior yang sebelumnya memang tak pernah terasa nak ambil port langsung dalam masyarakat.

" senior kita dulu tak pernah join pun. "

Zaman kini, aku rasa tak perlu lagi kalian yang kata aktif bergerak untuk ummah bergerak terlalu laju dalam kampus. Aku dan sahabat yang lain dah muak. Berpuluh soalan dan isu yang diajukan kepada pihak yang bertanggungjawab tetapi jawapan semuanya nak menjaga kepentingan masing-masing.

Kau kecewa.

Cuma aku rasa satu je kau tak kecewa. Bila kau turun dalam masyarakat, kau bantu mereka yang memerlukan. Kau hayati suasana kehidupan mereka. Kau jiwai sengsara mereka. Kau takkan kecewa. Kau keluarkan diri dari kepompong birokrasi yang menyekat diri kau untuk menjadi somebody. Dan kau akan temui sesuatu yang tak pernah kau rasai.

Kepuasan.

Dan kepuasan sebegini kau perlu alami sendiri. Aku tak perlu cakap banyak. Kali ini aku nak bawak kau semua keluar dari universiti.

Tuesday 10 March 2015

kau tak takut ke?


nabi berpesan kepada kita.

sabdanya,

" yang halal itu jelas, yang haram itu jelas. "

tapi bagaimana? terlalu dalam maknanya kan?

takdelah. semuanya jelas.

kalau kau tengah buat sesuatu, cuba kau fikir,

kalau kau mati waktu tu, Allah redha tak apa yang kamu buat?

aku bagi contoh yang lebih jelas okey.

waktu kamu semua terjerit-jerit tgok orang menari, duk ligat sangat nak rakam dan tangkap gambar bagai, tiba-tiba bumbung dewan tu roboh atau berlaku gempa bumi kat situ.

kau rasa kau mati husnul khatimah ke tu ?

takde.

just tanya. sebab aku nampak kamu semua terlalu berani.

menakutkan.

Wednesday 21 January 2015

Kau nak jadi S.A.Y.U.R ??




Dulu waktu mula-mula diperkenalkan dengan konsep-konsep tarbiyah ni, aku rasa diri aku macam ' hipokrit '. Sebab apa?

Simple.

Kalau dekat kolej, rajin betul rasanya nak baca quran. Ringan je kaki nak pergi solat berjemaah dekat surau. Ada masa kosong, bulat je mata nak baca buku. Mutabaah amal full !

Tapi bila cuti, dan kau habiskan cuti kau di kampung,

Quran pun lupa nak bawak balik, solat pun susah nak berjemaah dekat surau, pergi pun lepas kena 'bising' dengan opah. Itupun maghrib je. Membaca memang ke laut la. Apatah lagi kerja-kerja lain.

Memang cuti habes.

Sampai satu peringkat, aku rasa benda ni tak sepatutnya berlaku. Ini bukan jalan dia. Aku risau, dan cuti sem pada waktu itu semakin hampir.

Jadi apa yang aku buat?

Sebelum balik ke kampung cuti sem tersebut, aku buat mutabaah amal sendiri sepanjang waktu aku berada di kampung. Aku list out kan apa yang perlu aku capai cuti tersebut.

Mula-mula memang aku rasa tak yakin dan poyo. Tapi sebenarnya bila kau dah buat benda tersebut, kau dah create satu ' desire ' ataupun ' driving force ' utk kau start mujahadah dengan diri sendiri. Kau perlukan perancangan.

Alhamdulillah, kerana cuti itu aku rasa yang paling bermakna . Apa maksud ' bermakna ' ? Korang try dulu dan nanti korang akan faham. Cerita banyak2 taknak sebab nanti jadi riak pulak.

main point?

1. Dalam hidup tak kisah contoh apa sekalipun, untuk diri kau bergerak, kau perlukan visi, misi dan objektif. Dalam sesebuah visi kehidupan kau, kau memerlukan misi2 yang kecil supaya direction kau tak tersasar. Dan dalam menjayakan sesebuah misi, kau perlukan objektif-objektif yang mudah supaya langkah kau mula bergerak dan tak jadi manusia yang statik.

" mula bergerak "

Orang kata, kalau nak mulakan langkah pertama, gunakan rythm ataupun gear yang sesuai. Tak perlu gelojoh dan tidak perlu terlalu simple. Orang tidak perasan, tetapi hakikatnya, langkah pertama yang kita selalu ambil biasanya menentukan berapa batu jauhnya kita boleh berjalan.

2. Kalau sebelum ni ada orang pernah berkata kepada kau.

" kalau dalam program, bukan main lagi kau jadi ahli syurga, luar program, sayur "

Jangan risau, ini benda biasa, sebab kita serupa. Kau jangan rasa inferior, dan sebaiknya gunakan kekuatan yang ada sewaktu berprogram dan selitkan dalam kehidupan realiti kita.


" Bagaimana? "

" programkan kehidupan kita "

" contohnya ? "

" apa yang ada ketika berprogram ? "

" tentatif program . "

" apa yang tidak ada dalam dunia realiti ?

" tentatif ... "

" jadi bagaimana untuk programkan kehidupan ? "

" buat tentatif ??? "


Terpulang, mungkin ada yang tidak bersetuju. Tapi diri kita sendiri yang mengetahui mana yang terbaik dan kita dihidangkan dengan beribu wasilah. Ada orang susah untuk mulakan, ada orang susah untuk istiqamah, ada orang susah untuk sebarkan, ada orang diduga dengan pujian.

Kau duduk. Dan fikir.mana yang terbaik.

Selamat bercuti.

Kalau tak mampu buat semua, jangan tinggal semua. Itu sayur namanya !

Gua dah ready nak balik !!

Sunday 18 January 2015

With L.O.V.E





ketika dia masih menjadi seorang rahib wanita yang masih muda, mengajar di sekolah menengah bagi kelas pertengahan di Calcutta. Dia sering melemparkan pandangan keluar tingkap dan melihat penghidap penyakit kusta di jalanan.


" saya ternampak ketakutan yang terbayang di mata mereka. Takut yang saya maksudkan adalah takut yang mereka tidak akan disayangi, takut yang mereka tidak akan menerima rawatan yang sepatutnya. "


Dia tidak dapat melupakan ketakutan tersebut dari fikirannya. Dia sedar dia akan terpaksa keluar dari biara yang selamat, pergi ke jalanan, dan buka sebuah rumah aman untuk penghidap sakit kusta di India. Dia sudah menjaga lebih kurang 149000 penghidap sakit kusta, memberi rawatan dan mencurahkan kasih sayang tanpa berbelah bahagi sepanjang hidupnya sebagai mubaligh dan pengasas ' missionaries of Charity '.

ibu Teresa.

-Dale Carnegie



kau nampak ? Kau rasa apa kau boleh belajar dari legend missionary sorang ni. kasih sayang . Nabi menyampaikan islam sehingga diterima ramai, bukannya atas faktor peperangan mata pedang semata-mata.

perut aku senak bila orang kata, islam hanya boleh menang hanya dengan peperangan !

aduh kawan. nabi perawat hati manusiawi. mengisi hati-hati fitrah yang kosong itu dengan harapan hidup insan bertuhan. mengeluarkan mereka-mereka yang kering hatinya dengan kelembapan kasih sayang dari tuhan. menyemai indah kasih sayang seorang guru kepada anak-anak muridnya ibarat bapa dan anak. 


masakan tidak sanggup sahabat-sahabat baginda memperisaikan diri mempertahankan baginda dari dibunuh sehingga terkorban jiwa-jiwa yang suci itu di medan uhud.

masakan tidak separuh gila jadinya saidina Umar al Khattab tatkala mendengar berita kewafatan baginda.

masakan tidak sedihnya Bilal sehingga beliau berpindah jauh dari madinah selepas kewafatan Baginda dan tamatnya riwayat beliau dalam hati merintih rindu kepada nabi saw.


semua ini kerana apa?


kasih sayang.

Saturday 17 January 2015

karipap bernyawa..




Charles Schwab dibayar gaji sebanyak sejuta dolar setahun dalam bisnes besi dan dia memberitahu bahawa dia dibayar gaji sebanyak itu kerana kemampuannya mengurus pekerja. Bayangkan, dia dibayar sejuta dolar setahun hanya kerana dia bijak mengurus orang!

pada suatu hari, sedang dia berjalan di sekitar kilang besinya, dia terserempak dengan sekumpulan lelaki sedang merokok di kawasan bertanda ' Dilarang Merokok '. Betul-betul di bawah tanda itu.

adakah kamu membayangkan yang dia menunding jari ke arah tanda itu dan berkata

" kamu tidak nampak tanda itukah ? "

sudah tentu tidak. Tentulah seorang pakar 'perhubungan insan' tidak akan berkata begitu.

Charles Schwab berbual dengan lelaki itu dengan mesra. Dia langsung tidak menyentuh perihal yang mereka sedang merokok di kawasan larangan merokok.

Kemudian dia pun menghulur rokok cerut kepada mereka. Sambil tersenyum dia berkata,

" Rasanya lebih baik kamu semua menghisap ini di luar sana. "

Itu sahaja yang dikatakan kepada mereka. Semua lelaki itu sedar, Charles Schwab tahu yang mereka telah melanggar peraturan kilang. Mereka mengaguminya kerana tidak menegur kesalahan mereka. Dia sungguh baik. Dan mereka pun mahu bersikap baik kepadanya.

-Dale Carnegie


jadinya..


Para naqib, naqibah, daie, murabbi, dan segala yang seangkatan dengannya. Apa yang kau belajar dari kaafirin tersebut ?


" manusia itu ibarat karipap. luarnya nampak sama. tetapi intinya berbeza-beza. "  
 -someone