Tuesday 18 February 2014

mukminah yg osem





sejarah dengan bangganya mencatat satu fakta yang tidak mampu disangkal,



makhluk yang pertama sekali menyahut seruan Allah adalah wanita.

orang yang pertama syahid dalam islam adalah wanita.

Nadiah menghidapi penyeksaan sehingga buta matanya.

sumaiyyah mengalami penyeksaan berat sehingga mati syahid.

Fatimah Binti Alkhattab tampil membela suaminya kemudiaan ditampar Umar sehingga mukanya berlumuran darah.



apakah perjuangan mereka dilupakan ?



Khadijah pasti memegang tempat pertama,

seluruh harta diinfaqkan untuk dimanfaatkan oleh suaminya,

menjadi penghibur, peransang dan peneguh semangat buat suaminya,

kehilangan menjadi penanda tahun kesedihan baginda.



apakah mereka ini tidak dimuliakan ?

apakah mereka ini belum layak kalian jadikan ikutan ?

apakah mereka ini belum mampu hadirkan kekuatan untuk kalian berada dalam perjuangan ?

atau kalian sudah lupa, islam itu bukan hanya sekadar ikutan dan keturunan ?




bangkitlah khadijah,

dirimu diperlukan.


bangkitlah sumaiyyah,

dirimu dirindukan


bangkitlah Asiah,

keberaniamu kami tagihkan.


bangkitlah Fatimah,

ketabahanmu memberi kekuatan.


bangkitlah Aisyah,

kecerdikanmu harus memberi panduan.


bangkitlah akhawat mukminat,

sesungguhnya islam memerlukan kalian.

Wednesday 12 February 2014

Speechless







Kadang-kadang, subjek yang kita sangka sepatutnya ' senang ' lulus, yang sepatutnya ' ramai ' lulus, itulah subjek yang menyebabkan cuti final sem aku jadi pendek.

Grrrr.

Nak kata apa? Pointer sem ni menjunam turun, dari 3.33->2.69

Speechless.

Speechless.

Speechless.

Monday 3 February 2014

muqaddimah




definisi Al-manhaj Al-haraki

langkah-langkah yang jelas,terang yang dipelopori oleh nabi saw,
sejak diutuskan menjadi rasul, sehingga wafat.

basically di dalam manhaj haraki, terdapat beberapa peringkat-peringkat yang mana kita harus menyusuri selangkah demi selangkah supaya ianya menjadi jelas. 

dalam menjalani pergerakan islam, maka contoh apa lagi yang perlu kita ikuti melainkan kita meneladani langkah yang digerakkan oleh rasulullah saw.


" demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan dari Allah dan balasan baik akhirat... "

( al-ahzab:21 )


hakikat mengikuti setiap langkah-langkah baginda tidak lain melainkan mengharapkan keredhaan Allah swt. Bukankah Allah telah teguhkan hati Nabinya dalam melaksanakan langkah ini.

secara tidak lansung,

manhaj haraki ini juga sebenarnya, manhaj ketuhanan.

dari satu sudut lain,

ianya satu pintu jalan kepada gerakan islam dalam merencanakan politiknya( mengikut langkah-langkah sirah nabawiyyah ) yang mana tidak lain tidak bukan, untuk sampai kepada menegakkan hukum Allah di muka bumi.


peringkat-peringkat Manhaj Haraki

secara ringkas peringkat-peringkat yang digambarkan dalam manhaj ini boleh dihadkan kepada 5 peringkat utama.

               pertama  : dakwah dan stratergi secara rahsia

               kedua     : dakwah secara terbuka, stratergi secara rahsia

               ketiga     : menegakkan negara

               keempat : negara dan penetapan ketuanya

               kelima    : menyebarkan dakwah dimuka bumi


Sunday 2 February 2014

Idealis?








Aku tak pasti sama ada cara dan perancangan aku ini realistik, atau terlalu idealistik.

Since this is the first time aku guna cara ni, mungkin aku patut lakukan sedikit eksperimental.

Menilai kemampuan dan kesungguhan diri.




Benar,




Kadang-kadang aku terlalu terdesak untuk memerlukan idea.


Dan aku pasti, idea itu takkan datang

melainkan seseorang itu sama ada mempunyai pengalaman sendiri,

atau melalui pembacaan pengalaman dari orang-orang lampau.




Tanpa idea,

Aku rasa diri

 hambar

Pasif

Follower semata-mata.