Showing posts with label students life. Show all posts
Showing posts with label students life. Show all posts

Wednesday, 21 January 2015

Kau nak jadi S.A.Y.U.R ??




Dulu waktu mula-mula diperkenalkan dengan konsep-konsep tarbiyah ni, aku rasa diri aku macam ' hipokrit '. Sebab apa?

Simple.

Kalau dekat kolej, rajin betul rasanya nak baca quran. Ringan je kaki nak pergi solat berjemaah dekat surau. Ada masa kosong, bulat je mata nak baca buku. Mutabaah amal full !

Tapi bila cuti, dan kau habiskan cuti kau di kampung,

Quran pun lupa nak bawak balik, solat pun susah nak berjemaah dekat surau, pergi pun lepas kena 'bising' dengan opah. Itupun maghrib je. Membaca memang ke laut la. Apatah lagi kerja-kerja lain.

Memang cuti habes.

Sampai satu peringkat, aku rasa benda ni tak sepatutnya berlaku. Ini bukan jalan dia. Aku risau, dan cuti sem pada waktu itu semakin hampir.

Jadi apa yang aku buat?

Sebelum balik ke kampung cuti sem tersebut, aku buat mutabaah amal sendiri sepanjang waktu aku berada di kampung. Aku list out kan apa yang perlu aku capai cuti tersebut.

Mula-mula memang aku rasa tak yakin dan poyo. Tapi sebenarnya bila kau dah buat benda tersebut, kau dah create satu ' desire ' ataupun ' driving force ' utk kau start mujahadah dengan diri sendiri. Kau perlukan perancangan.

Alhamdulillah, kerana cuti itu aku rasa yang paling bermakna . Apa maksud ' bermakna ' ? Korang try dulu dan nanti korang akan faham. Cerita banyak2 taknak sebab nanti jadi riak pulak.

main point?

1. Dalam hidup tak kisah contoh apa sekalipun, untuk diri kau bergerak, kau perlukan visi, misi dan objektif. Dalam sesebuah visi kehidupan kau, kau memerlukan misi2 yang kecil supaya direction kau tak tersasar. Dan dalam menjayakan sesebuah misi, kau perlukan objektif-objektif yang mudah supaya langkah kau mula bergerak dan tak jadi manusia yang statik.

" mula bergerak "

Orang kata, kalau nak mulakan langkah pertama, gunakan rythm ataupun gear yang sesuai. Tak perlu gelojoh dan tidak perlu terlalu simple. Orang tidak perasan, tetapi hakikatnya, langkah pertama yang kita selalu ambil biasanya menentukan berapa batu jauhnya kita boleh berjalan.

2. Kalau sebelum ni ada orang pernah berkata kepada kau.

" kalau dalam program, bukan main lagi kau jadi ahli syurga, luar program, sayur "

Jangan risau, ini benda biasa, sebab kita serupa. Kau jangan rasa inferior, dan sebaiknya gunakan kekuatan yang ada sewaktu berprogram dan selitkan dalam kehidupan realiti kita.


" Bagaimana? "

" programkan kehidupan kita "

" contohnya ? "

" apa yang ada ketika berprogram ? "

" tentatif program . "

" apa yang tidak ada dalam dunia realiti ?

" tentatif ... "

" jadi bagaimana untuk programkan kehidupan ? "

" buat tentatif ??? "


Terpulang, mungkin ada yang tidak bersetuju. Tapi diri kita sendiri yang mengetahui mana yang terbaik dan kita dihidangkan dengan beribu wasilah. Ada orang susah untuk mulakan, ada orang susah untuk istiqamah, ada orang susah untuk sebarkan, ada orang diduga dengan pujian.

Kau duduk. Dan fikir.mana yang terbaik.

Selamat bercuti.

Kalau tak mampu buat semua, jangan tinggal semua. Itu sayur namanya !

Gua dah ready nak balik !!

Saturday, 17 January 2015

karipap bernyawa..




Charles Schwab dibayar gaji sebanyak sejuta dolar setahun dalam bisnes besi dan dia memberitahu bahawa dia dibayar gaji sebanyak itu kerana kemampuannya mengurus pekerja. Bayangkan, dia dibayar sejuta dolar setahun hanya kerana dia bijak mengurus orang!

pada suatu hari, sedang dia berjalan di sekitar kilang besinya, dia terserempak dengan sekumpulan lelaki sedang merokok di kawasan bertanda ' Dilarang Merokok '. Betul-betul di bawah tanda itu.

adakah kamu membayangkan yang dia menunding jari ke arah tanda itu dan berkata

" kamu tidak nampak tanda itukah ? "

sudah tentu tidak. Tentulah seorang pakar 'perhubungan insan' tidak akan berkata begitu.

Charles Schwab berbual dengan lelaki itu dengan mesra. Dia langsung tidak menyentuh perihal yang mereka sedang merokok di kawasan larangan merokok.

Kemudian dia pun menghulur rokok cerut kepada mereka. Sambil tersenyum dia berkata,

" Rasanya lebih baik kamu semua menghisap ini di luar sana. "

Itu sahaja yang dikatakan kepada mereka. Semua lelaki itu sedar, Charles Schwab tahu yang mereka telah melanggar peraturan kilang. Mereka mengaguminya kerana tidak menegur kesalahan mereka. Dia sungguh baik. Dan mereka pun mahu bersikap baik kepadanya.

-Dale Carnegie


jadinya..


Para naqib, naqibah, daie, murabbi, dan segala yang seangkatan dengannya. Apa yang kau belajar dari kaafirin tersebut ?


" manusia itu ibarat karipap. luarnya nampak sama. tetapi intinya berbeza-beza. "  
 -someone 

Thursday, 26 September 2013

sembang kosong





*backgroud music*

" aku suka music part awal lagu ni. "

" smart kan dia goreng gitar tu "

" aku dah cuba main, susah sikit. kena laju kot. gitar ko mana? "

" tu ada dalam bekas dia. "

" pergh, berhabuk dah. "

" aku dah lama tak main. aku ingat nak tukar profession la nyong"

" ko nak main apa? "

" aku ingat nak jadi drummer plak. cool kot. "

" susah kot aku tgok pakcik main aritu. kaki tangan ko kena laju. "

" abis tu aku nak jadi apa? "

" main je la gitar tu "

" haa. aku nak jadi vokalis boleh nyong? "

" pui. yang tu mintak maaf. kalau bab main gitar atau drum tu boleh lagi train. kalau yang ni komfem2 out. "

" jujur sangat ! "



*****

just nice.

 sebab dalam kehidupan, Allah itu sentiasa bersifat adil.


andai menilai kemuliaan berdasarkan paras rupa, pasti akan ada mereka yang ketinggalan.

andai menilai kemuliaan berdasarkan kekayaan, pangkat dan kepandaian, pasti ada mereka yang tidak berkemampuan.

andai menilai kemampuan berdasarkan keturunan, pasti ada yang disisihkan.


"inna akromakum i'ndallahi atqokum"
sungguh, orang yang paling mulia dikalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa
(al hujurat:13)

nak jadi orang bertaqwa ?

hensem boleh.
buruk boleh.
kaya boleh.
miskin boleh.
berketurunan boleh.
anak buangan boleh.

" kalau suara tak sedap pun boleh ! "








biar sengau dalam nyanyian, jangan sengau dalam memberi nasihat dan teguran !

Tuesday, 10 September 2013

Armagedon




Minggu mesra pelajar (MMP) sudah 2-3 hari melabuhkan tirai . Walaupun aku bukanlah diantara mereka yang terlibat menjadi pemudah cara (PC) , seperti biasa , aku lebih tertarik dengan pelbagai isu yang timbul setelah berakhirnya MMP .


Dan yang paling menarik perhatian aku adalah isu berkenaan perang DECTAR yang dari dulu lagi dimainkan . Ada sebahagian pihak yang menentang 'perang' ini , tetapi ada juga sebahagian pihak yang begitu teruja untuk melihat 'perang' tersebut .




Di atas merupakan salah satu luahan hati pelajar berkaitan 'perang' tersebut . Bila aku cuba scroll untuk melihat komen-komen tersebut,adalah beberapa sahabat baik aku yang turut memberikan pendapat peribadi mereka berkenaan 'perang' itu . kebanyakan mereka memberikan pandangan positif dan memberikan backfire kepada confession ini .

atas alasan apa ?

" kenangan manis yang ko akan ingat sampai bila-bila . "




**********



Aku tidak menafikan , bahkan aku tidak menyalahkan mereka kerana itu hanyalah pandangan peribadi mereka sendiri .

Aku juga pernah suatu ketika teruja dengan 'perang' tersebut . 

Tapi bila aku tengok balik video yang lama , aku jadi malu . Menjerit sini sana , dengan macam-macam gaya lagi . Paling kesian bila aku tengok muslimah bertudung labuh pun terpaksa terkinja-kinja .

Kadang-kadang mungkin kita tidak perasan , ada pihak yang sentiasa menjaga maruah mereka terpaksa melakukan satu benda yang mereka sendiri tidak suka , atas sebab tidak mahu dilabel "tak sporting" dan macam-macam lagi .

kesian .

Mungkin kerana kita lelaki , dan perangai dulu agak gila-gila , jadi aku tidak rasa malu dengan tindakan sendiri , bahkan antara yang paling bersemangat malam tu . Tapi bila aku berdiri sebagai pemerhati (melihat video) , aku rasa geli dengan aksi aku sendiri .



" euwwwwww . what the heck . Aku ke tu ? "



Aku cuba bayangkan adik aku yang bertudung labuh tu cuba menjerit-jerit , terkinja-kinja .

memang aku ketuk kepala dia . Tak malu ke ?

Dari Abu Hurairah r.a , bahawa Rasulullah saw bersabda : 
 " iman itu tujuh puluh cabang lebih atau enam puluh cabang lebih ; yang paling utama adalah ucapan 'laa ilaha illallahu" dan yang paling rendah adalah menyingkirkan rintangan (kotoran) dari tengah jalan , sedangkan malu itu (juga) salah satu cabang dari iman . " (hadis riwayat muslim) "



**********




Aku juga tidak menafikan memang pengalaman tersebut menghadirkan satu momen yang manis dalam kehidupan bergelar mahasiswa UKM .

Tapi , kadang-kadang kita kena memijak realiti alam kehidupan bersyariat ,

Manis-manis ni kalau dibiarkan pun tak boleh juga . Mesti ada sukatan dan had yang perlu ditetapkan .

orang kalau banyak sangat minum manis tanpa sukatan dan had boleh menyebabkan diabetes.

samalah dalam kehidupan , kalau semua momen manis nak cedok tanpa ada batasan juga kelak mampu mengundang bencana dari Allah .

pencuri dan kawan dia kalau dah mencuri sama-sama , hampir tertangkap , momen diorang kelam kabut selamatkan diri tu , aku pasti diorang akan claim itu momen yang manis dalam kehidupan diorang . bila terkenang diorang akan gelak sama - sama .

so sama-sama kita fikirkan .

memang bagus kalau ada momen manis dalam kehidupan . Manis tu terlalu subjektif . Pandai-pandai kita menilai dan memikirkan jawapan yang terbaik untuk 'manis' tersebut .

ada yang suka ?
ada yang tidak suka ?

there must be a reason behind each of it .


motif ??



Saturday, 3 August 2013

aku,kelapa dan dia



selesai solat sunat rawatib,imam berselawat menandakan solat sunat terawih akan bermula..
aku bergerak ke hadapan."site" untuk aku solat malam ni dah target awal2.


tidak jauh,kelihatan seorang yang sangat ku kenal.Bergerak ke arah yang sama.Dia berdiri untuk solat di
sebelah aku.Dia pandang aku,aku automatik tersenyum,sambil buat gwiyomi..


Tak.Aku bergurau je.


Aku senyum.Dia balas senyuman aku.Riak mukanya seolah-olah tertanya-tanya.

"Dia dah lupa aku kot"



**********


Tak asing lagi.Wajah beliau tak makan diusia,susuk tubuh masih bergaya.erk


darjah satu aku pernah kena cubit dengan dia sebab x hafal sifir.
darjah satu dia suruh aku berdiri atas kerusi sepanjang kelas sebab x buat kerja rumah.
darjah dua buku aku dia pernah campak ke luar kelas,sebab x buat kerja rumah.
darjah dua aku pernah kena pulas telinga dengan dia sebab berlari-lari dalam masjid waktu orang solat maghrib.
darjah tiga dia lantik aku jadi pengawas sekolah.
darjah empat dia pernah cubit perut aku sebab bergaduh dengan orang(budak kaki report)
darjah empat dia pernah panggil aku masuk bilik disiplin sebab ada budak report aku main sepak kaki orang bg jatuh waktu tengah solat jumaat.
darjah lima dia pernah lantik aku jadi ketua komanden pasukan pengakap,sebelum aku tarik diri alasan opah x bagi izin untuk aku sertai aktiviti KOKO.
darjah enam dia nak lantik aku jadi ketua pengawas sebelum aku letak jawatan sebagai pengawas kerana rasa diri belum cukup berdisiplin untuk jaga disiplin orang lain.

banyak sangat kenangan aku dengan dia..
banyak sangat benda yang aku belajar dari dia..

dia masih istiqomah solat di masjid seperti dulu..
dia masih komited mendidik anak bangsa seperti dulu..


cikgu Mohammad.
budak nakal akan panggil dia sebagai cikgu Mad pendek.
penampar dia orang panggil "penampar jepun"

" Walaupun cikgu dah tak kenal saya,insyaAllah jasa cikgu takkan pernah saya lupa "



psst..apa kena mengena dengan gambar kelapa tu?
xde apa.saje nak bagitau tadi berbuka puasa aku minum air kelapa fresh..ngee 

Friday, 12 July 2013

Dialog with my grandma

aku :opah..akim lulus semua (sambil senyum kambing)

opah :alhamdulillah,tahniah..

aku :lega rasanya..Merasa juga naik tahun

opah :berapa tahun lagi ye akim belajar?

aku :insyaAllah,kalau xde apa2 problem,dalam 4 tahun lg insyaAllah habes..hehe(senyum lagi)

opah :hmm..4 tahun lg ye..kalau x tinggal lg 3 tahun je lg kan..sayanggg..

aku :(senyap)..

opah :xpela..ada hikmahnya tu..

aku :insyaAllah..

*************


"boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu.Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"
(albaqarah:216)


just keep smiling brader n sistah... :)


bila kita rancang perjalanan sesuatu benda begitu begini..
tapi tak juga berjalan dengan sepatutnya..


bila kita pasak cita-cita nak jadi camtu camni..
tak juga tercapai impian kita..


bila kita nak rancang kawen dgn org tu org ni..
melepassss juga..

dalam doa mathurat kita selalu baca..


"wala takilna ila anfusana thorfata a'inn"
-dan janganlah engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh kami sendiri,walaupun pada kadar sekelip mata-




tapi kadang2 kita lupa..
kita rasa perancangan Allah itu sangat la berat..

tapi,
Allah ingatkan kita sebanyak dua kali..


"sesungguhnya di samping kesukaran,ada kemudahan"2x
(alinsyirah:5&6)



dugaan bertalu2 datang dan pergi..
seoalah2 tidak mampu dihadapi..
tatkala berasa putus harapan dan tidak yakin akan diri..

Allah tenangkan hati..

"laa yukaliifullahu nafsan illa wus a'ha"
-Allah tidak memberati manusia,melainkan sekadar tenaganya-
(al-baqarah:286)


x dinafikan..pengalaman menjadi pelajar "repeat" amat pedih sekali..tipu kalau aku kata aku x sedih..cukuplah sedih sekadarnya..sepanjang perjalanan balik ke kampung,aku "drive" dalam keadaan cuba menenangkan hati sebagai pelajar ulangan..aku cuba pujuk diri untuk terima apa je yg dah berlaku..

co-driver aku menyepi..
dia memahami..
aku perlukan masa untuk diri sendiri..

apa je benda yg memotivasikan aku untuk terus berdiri..?
ayat2 comel kat atas tadi..aku tahu segala yg berlaku bak kata opah aku

"ada hikmahnya tu"..


ini semua kenangan aku setahun yg lepas..
cukuplah penerbangan aku delayed setahun..

aku tak sabar nak sampai ke destinasi..
4 tahun lagi !

now lets keep standing and chase for our dreams..!


Saturday, 29 June 2013

#SEM 2

alhamdulillah..
praise to the almighty
ive just finished all my theory paper final exam..



huh~
now hanya tinggal OSPE..
gunakan sehari dua masa yg ada untuk tenangkan balik segala kusut masai..
bilik yang berterabur..
segala benda yang tidak teratur..

dan ini mmg habit aku dari dulu lagi..
serabut bila nak exam.


sedikit refleksi sepanjang sem 2 yang berlalu..

EOM sem 2
modul 1(human genetic)=B+ (A-)
modul 2(infection n immunity)=B+  (B-)
modul 3(mechanism of disease)=B+  (E)
modul 4(musculoskeletal system)=A-  (D-)

alhamdulillah..sedikit peningkatan..
kecuali untuk result human genetic..sebab tahun lepas aku dapat A-

QUIZ medicine & society
quiz1=C+ (E)
quiz2=B+ (E)

mcm biasa.x dapat dinafikan soalan quiz medsoc mmg sukar utk dijangka..

PBL sem 2


well..aku rasa inila pencapaian yang terbaik pernah aku dapat..
alhamdulillah..

so far
aku dah buat yang terbaik untuk exam kali ni..
bertawakal kepada Allah..
apa2 pun keputusan insyaAllah redho jela..

tinggal OSPE..perjuangan belum berhenti..
semoga Allah beri peluang untuk aku melangkah lebih jauh dalam bidang perubatan ni..

untuk aku berhenti dan menyerah diri..
takkan terjadi..


terima kasih kapada sahabat dan ahli keluarga yg sentiasa mendoakan kejayaan kita bersama..




Wednesday, 29 May 2013

Obstetric & Gyaecology



"Puan Siti,29 y/o malay women was admitted to the hospital due to problem with her placenta.She had no pain experienced.Patient went to the clinic for her pregnancy check up and later found a problem with her placenta.She was later diagnosed with placenta previa type II.No history of bleeding,fever and significant associated symptoms.


past medical history:nil
past surgical history:delivered her 1st baby by surgery

menstrual history:
age of menarchy-13y/o
last menstrual period-15 oct
cycle of period-normal
no dysmenorrhea

past obstetric history:
no of pregnancy-2
complication during previous pregnancy-patient was overdue but she doesnt feel any pain.Dr gave 3 medicines and later she turned into seizure."

**************

so,inilah patient pertama yg aku clerk..
seperti biasa,sebelum tahu ward mana yg kami bakal dibawa,aku berharap sangat bukan ward O&G ataupun Paeds..
bukan malas..tapi untuk ward tersebut,cara utk clerk patient lain daripada yg biasa..mereka kaum yg special :)


tapi dalam xnak tu,akhirnya Dr sharnaz bawa juga kami ke wad O&G..
aku telan air liur..gulp

**************

ternyata,clerk patient O&G ni mmg special..lepas tanya problem mereka,sakit xde,keluar darah pun xde.aku mula pening nak tanya apa lagi.Kalau xde apa2 masalah,then kenapa diorang kena stay kat hospital.Placenta previa?apa tu?

pelbagai soalan yg menerpa,aku cuba mendapatkan jawapan dari Dr sharnaz sendiri.Dr sharnaz explain kepada kami,Placenta Previa itu adalah satu keadaan di mana placenta tersebut berada dibawah rahim sekaligus menutup perjalanan bayi untuk keluar.Sifat placenta tersebut yg agak fragile dan sekiranya sesuatu berlaku kepada placenta tersebut,maka darah akan keluar seperti "running tap water"..Darah akan melimpah2 keluar dan patient akan collapse.


thats y mereka harus dijaga dgn rapi supaya tidak berlaku sebarang perkara yg tidak diingini.
OHH..
aku tercengang mendengar kisah2 Dr sharnaz.Situasi yg pernah beliau hadapi sewaktu bergelar housemen yg terpaksa berdepan dgn pelbagai kes yg melibatkan Placenta previa..Banyak maklumat baru yg beliau kongsi bersama kami..Dan tidak mengena aku rasa bersyukur dapat clerk patient kat wad O&G..

"...Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu perkara,padahal itu baik bagimu.dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui"
(albaqarah:216)

****************
nasihat Dr Sharnaz kepada kami...

1.patient is a good teacher.
dapatkan segala pengetahuan yg patient dapat dari specialist,so that nanti bila ward round kita takla terkantoi2 bila ditanya ..hehe ^^

2.jangan sombong 
dgn nurse,MA dan mana2 staff yg ada dalam ward.Belajar dari diorang kerana diorang lebih berpengalaman.

3.Lebih baik kita yg rajin bertanya..Daripada ditanya 

insyaAllah Dr..dan terima kasih untuk segalanya :)

korg tengok la sendiri..dalam satu group berapa banyak lelaki berapa benyak perempuan..
come on la lelaki..ramai2 sikit masuk medic ni..

aku bersyukur..nasib baik mak x kena Placenta previa :')
semoga Allah permudahkan urusan kalian..