Tuesday 26 February 2013

NOTA LIQO' 2


catatan nota liqo' ke 2 sem 2
27/2/2013
rabu
8:20 am 


bismillahirrahmanirrohim..

TUNTUTAN SEBAGAI SEORANG HAMBA
sebagai seorang hamba kepada penciptanya yang agung,sudah menjadi kewajipan kepada kita untuk melaksanakan tuntutan2 yg diberikan kepada kita sebagai tanda pengabdian kita kepada Allah..

"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu"(Az-Zaariyat:56) 

dan tidaklah konsep "ibadah" itu terhad di tikar sembahyang,surau ataupun masjid..

*secara asasnya terdapat 3 perkara yang dituntut Allah yang menjadi tanggungjawab dan amanah kepada hambanya

1.menjadi khalifah

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi."ila akhir ayat (al baqarah:30)

Dan dia lah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa derajat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaan-Nya dan Sesungguhnya dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (al-An`am;165) 

dan antara hadis yg masyhur

Rasulullah s.a.w bersabda “Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu sekelian akan ditanya perihal kepimpinan kamu. Seorang Imam (ketua) adalah pemimpin dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang lelaki adalah pemimpin keluarganya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Isteri adalah pemimpin dalam rumahtangga suaminya dan dia akan ditanya mengenai tanggungjawab kepimpinannya. Seorang pembantu adalah pemimpin harta majikan dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang anak adalah pemimpin harta bapanya dan dia bertanggungjawab mengenai kepimpinannya. Maka setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. “ (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 

2.berdakwah

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji)" ….(al imran:110)

3.amanah
dan tuntutan yang terakhir sekali ialah "amanah"..iaitu kita diamanahkan untuk melaksanakan kedua2 tuntutan yg di atas !
no kompromi..!  

ANTARA KEHEBATAN,PERANCANGAN SERTA UJIAN DAKWAH RASULULLAH SAW

*saat2 awal bermulanya dakwah rasulullah kita boleh lihat kepada siapakah mereka-mereka yg mula2 mendapat dakwah itu sendiri.
yang pertama sekali menerima dakwah ialah 

"SITI KHADIJAH"
bak kata pepatah,bagaimana suami begitulah isterinya..(baitulmuslim)
seorang usahawan yg berjaya
siti khadijah merupakan insan yang paling rapat dengan rasulullah
insan yang paling banyak berkorban untuk rasulullah

Rasulullah bersabda tentang Khadijah, “Allah tidak menggantikan untukku wanita yang lebih baik darinya. la beriman kepadaku di saat orang lain ingkar kepadaku, ia mempercayaiku di saat orang lain mendustakanku, ia menolongku dengan hartanya di saat orang lain tidak ada yang menolongku, dan Allah telah mengaruniakan kepadaku putra (dari hasil perkawinan dengan) nya sedang wanita-wanita lain tidak.”

dan kemudiannya dakwah disampaikan kepada Ali bin Abi tolib sebelum di sebarkan selama 3 tahun secara bersembunyi di rumah arqam bin abi al-arqam kepada sahabat2 yg rapat..
Hal ini merupakan stratergi rasulullah di samping untuk mengumpulkan sokongan..
"sokongan"
sokongan inilah yg penting..
tatkala bersendirian,lemah,kecewa dan sebagainya,"sokongan" inilah yg diharapkan bagi menarik tangan kita untuk bgn kembali..

*dan di antara ujian yg diterima rasulullah
antara kisah yg masyhur adalah kisah dakwah rasulullah yg berlaku di taif..bilamana rasulullah diherdik dan dibaling dgn batu sampai berdarah..
sedang rasulullah duduk di bawah pohon,datang jibril AS..melihat kekasih Allah dalam keadaan begitu,jibril meminta kebenaran rasulullah untuk menghancurkan taif sepertimana yg pernah dilakukannya dahulu kepada kaum2 yg ingkar..tetapi tidak dibenarkan rasulullah.
sebaliknya,baginda berdoa kepada Allah

“Ya Allah, berilah hidayahMu kepada bangsaku (Arab Taif), sesungguhnya mereka tidak mengetahui.”

satu persatu ujian yang diterima rasulullah menunjukkan kerja dakwah itu bukannya satu benda yg mudah..
sehinggakan ada ulama berkata..andai dakwah yg kita bawa itu tiada ujian dan dugaan..
senang,mudah lagi menenangkan..
ingatlah..
mungkin dakwah yg kita bawa tu
1.lebih hebat dari rasulullah
2.sesat lagi menyesatkan

andai kita bicara dakwah itu satu kerja yg sukar..
maka bukanlah ia satu kerja individu..tetapi menuntut kepada kita untuk BERJEMAAH
persoalan kepada diri kita?
mampukah kita untuk berdakwah bersendirian?
menerima ujian secara bersendirian?

dakwah memerlukan pengorbanan..
dakwah memerlukan kekuatan..
dakwah memerlukan sokongan..
bagaimana ingin menjadi sehebat rasulullah?
bagaimana ingin memiliki ketabahan dan ketahanan seperti rasulullah?

BAGAIMANA INGIN MENYERAPKAN KUASA DAKWAH RASULULLAH DALAM DIRI

1.ilmu
ayat pertama yg disampaikan kepada rasulullah melalui jibril as adalah "iqra'".sebanyak 3 kali sebelum rasulullah berjaya mengulangi ayat tersebut kerana terlalu takut..
-->surah pertama yg disampaikan,Allah menyentuh ttg kejadiaan manusia kemudian mengaitkan dgn kepentingan menuntut ilmu
oleh itu,sama2 lah kita tidak meninggalkan sebarang majlis ilmu
usrah..liqo'..tazkirah dan sebagainya
insyaAllah

ilmu itu adalah cahaya..cahaya yang membuka pintu kegelapan kepada cahaya keimanan

2.kefahaman
ilmu dan kefahaman adalah satu perkara yang x mungkin dapat dipisahkan
dalam menuntut ilmu,mesti mempunyai rujukan tersendiri..
jangan biasakan menuntut ilmu secara bersendirian,kelak kefahaman yang sebenar tidak sampai,malah mampu membawa kepada kesesatan seperti yg banyak berlaku zaman sekarang.

3.beramal
ulama' berpendapat untuk beramal dengan amalan2 yang mulia adalah dengan menjaga "solat" itu secara khususnya..baik ataupun jahat seseorang itu terletak pada solatnya.
FAIL solat,FAIL lah segalanya

"aku walaupun suka mencuri,tapi solat aku x pernah tinggal bro "
macam mana pula?

(almaarij:19-22)
"sungguh manusia diciptakan bersifat suka mengeluh"
"apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah"
"apabila mendapat kebaikan(harta),dia menjadi kedekut"
"kecuali orang2 yang melakukan solat"

bukan setakat bersolat saja..khusyuk pun kita kena tgok juga..
disebabkan tidak khusyuk lah mengapa masih ada yg bermaksiat walaupun masih bersolat.

"Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar’’ (Surah Al-Ankabut:45)

Rasullullah bersabda:
"Ramai sekali orang mengerjakan sembahyang, tetapi bahagian yang diperolehi dari sembahyangnya hanyalah penat dan letih"(riwayat ibnu majah)
Orang yang dimaksudkan Rasulullah ialah orang yang lalai dalam sembahyangnya

selain menjaga amalan solat,antara amalan yang penting adalah amalan2 sunat.dan antara yg ditegaskan para ulama ialah amalan solat sunat rawatib
solat sunat rawatib-->solat sunat witir-->qiyamullail-->solat sunat dhuha-->membaca alquran

hadis qudsi:
"sesungguhnya aku mengukur kasih sayang hambaku dengan sejauh mana mereka menjaga perkara2 sunat"
sambungannya andai kata kita menjaga amalan sunat kita,maka kita akan mencapai tahap dimana kita menyayangi dan mengasihi Allah,dan Allah juga menyayangi dan mengasihi kita
dan andai terjadinya perkara itu,maka antara yg diberikan Allah kepada kita
"yang pertama,aku menganugerahkan padanya redho"
"yang kedua,doanya akan diterima Allah"
"dan yang ketiga,Aku memberikan dua mata,dua telinga,dan dua tangan dan kaki"(boleh disemak kembali)

ulama menafsir,dua mata,telinga,tangan dan kaki itu adalah anggota yang mudah untuk berada di jalan Allah
anggota yang mempunyai kekuatan untuk berjuang di jalan Allah..
Anggota yang tabah menerima ujian di jalan Allah

4.JEMAAH
seperti yang ditulis di  atas,jemaah memainkan peranan penting dalam pergerakan sesebuah dakwah
mungkin berseorangan kita boleh mengajak seseorang itu melakukan kebaikan..justeru,lengkaplah "amar ma'ruf"
bagaimana pula dengan "nahi mungkar"
benar,"nahi mungkar" merupakan perkara yg agak berat..
tetapi tidak lengkaplah tuntutan "amar maaruf nahi mungkar" andai "nahi mungkar" tersebut diketepikan..

ulama berpendapat,untuk mencapai "nahi mungkar" kita memerlukan kepada "kekuatan" dan "kuasa"
dan "kuasa" itu ada pada "politik"..
andai kuasa islam yang merajai sesuatu politik,maka dengan mudahnya sesuatu mungkar itu terhalang..sebagai contoh apa yg berlaku semasa zaman pemerintahan rasulullah,khulafa' arrasyidin dan seterusnya..

jemaah bukanlah terhad kepada politik semata2..politik hanyalah wasilah kapada dakwah dan ghoyah yg sebenar adalah penyebaran islam itu sendiri..

andai kita kata tanpa jemaah kita mampu berdakwah dan menyambut seruan "amar maaruf nahi mungkar" sehingga terbentuknya ustaziyatul alam..buktikan !

dan bila berada dalam jemaah,dengan amalan2 yang mampu memberikan kekuatan,seharusnya kita mampu menjadikan sesuatu yang "negatif" kepada "positif"

kerana inilah antara barah yang sedang menular di dalam jemaah..
saat tidak mendapat sokongan,
kita cepat berputus asa
kita cepat berfikiran negatif
kita hilang kepercayaan

kita ingin dihormati..(pimpinan)
*bila pendapat tidak diterima,kita cepat kecik hati
*bila pandangan kita dikritik,kita cepat ambik hati

sedangkan sewaktu penciptaan manusia pun Allah meminta pendapat dari malaikat..walaupun malaikat sendiri tidak nampak tujuan sebenar penciptaan manusia ketika itu..
sedangkan pendapat nabi muhammad pernah ditentang dan dikritik sahabat,sebagai contoh apa yg berlaku ketika perjanjian hudaibiyah..

inikan pula kita manusia biasa..
bila pendapat ditolak,kita dah berputus asa..
patutkah?

itulah pentingnya kekuatan..
kekuatan yang mampu kita peroleh dari amalan2 kita seharian..
andai kita mempunyai kekuatan,semua perkara tersebut mampu dilihat dari sudut yang positif..
terima setiap kritikan sebagai satu penambahbaikan dan satu cabaran.
untuk memacu jemaah ke tahap yang lebih baik.

KESIMPULAN
banyakkan
1.menuntut ilmu
2.semaikan kefahaman yang sebenar mengenai haraki
3.banyakkan amalan2 sunat sehariaan
4.hiduplah dalam keadaan berJEMAAH

sumber:
tazkirah ustaz Adha
selasa
26/2/2013

NOTA LIQO' 1


assalamualaikum wbt
catatan nota liqo' 1 sem 2

sedikit perkongsian untuk sahabat..

Alhamdulillah..seronok duduk kat KTSN ni..bi'ah dia alhamdulillah..terasa la suasana Biah solehah tu ada..
tambahan pula dgn pelbagai usaha dijalankan dari pihak BADAR sendiri dan individu2 yg "concern" supaya mahasiswa/mahasiswi KTSN "terisi"
rohani mereka..

baguslah :)
masing2 ada usaha untuk menjalankan kerja dakwah..

DAKWAH ?

dakwah merupakan satu benda yg sangat besar.secara matlamatnya mengajak orang untuk mendekati Allah.
Dan apabila sesuatu itu dikatakan sangat besar,maka bukanlah itu satu kerja ataupun tanggungjawab secara individu..Ianya memerlukan kepada JEMAAH..

dan antara dalil2 tuntutan berdakwah:

1.“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata “Sungguh, aku termasuk orang-orang Muslim (yang berserah diri)”. ( 41:33 )

2.Wahai orang-orang Yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan Yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa Yang tidak terperi sakitnya?(61:10)
 Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah Dengan harta benda dan diri kamu; Yang demikian itulah Yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya).(61:111)

3."Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan ummat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung." (2:104)

4."Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji)" ….(3:110)
*ulama haraki,assyahid Syed Qutb berpendapat,andai kita tidak menyuruh kepada kebaikan dan melarang kepada kejahatan,maka gugurlah taraf "sebaik-baik ummat" tersebut dalam diri kita..

maka ayuh lah kita berdoa dan sama2 berusaha supaya usaha2 yg telah diberikan akan berterusan supaya mahasiswa/mahasiswi KTSN(khususnya) lebih tajarrud dan mampu diserapkan nilai haraki dan fikrah islam itu sendiri..insyaAllah  

HUKUM ?

ulama berselisih pendapat dalam hukum yang berkaitan dgn tuntutan berdakwah ni..
terdapat 2 pendapat ..
1.FARDHU AIN
2.FARDHU KIFAYAH

jatuhnya hukum tersebut bergantung kepada keadaan semasa sesebuah negara.
sama ada negara tersebut adalah "muslim state" ataupun "islamic state"
rasanya semua faham kot apa makna istilah 2 benda ni..

bagi negara yg tidak mengamalkan islam secara total,ataupun "muslim state",jatuh hukum FARDHU AIN bg kerja2 ataupun tuntutan berdakwah..
manakala,bagi negara yg sudah mengamalkan islam secara total,maka hukum berdakwah jatuh FARDHU KIFAYAH ..

persoalan nya disini,apakah kriteria2 sebagai sebuah negara islam secara total?
dan persoalan yg kedua nya pula,adakah MALAYSIA ini sebuah negara islam yg total?

perbahasan yg besar untuk kedua soalan ini,yg memerlukan penjelasan dari bijak pandai.!

ANTARA WASILAH DAN GHOYAH

"wasilah"adalah cara ataupun jalan..
manakala"ghoyah" adalah matlamat...

antara matlamat utama sesebuah dakwah itu adalah tidak lain dan tidak bukan,iaitu membawa orang mendekati Allah,menyerahkan diri kepada Allah..
Dan terdapat pelbagai jenis wasilah,ataupun jalan yg boleh digunakan untuk mencapai ghoyah tersebut..
antaranya:
1.Bengkel pengurusan jenazah
2.Bengkel penghayatan solat
3.kuliah2 agama
etc etc

APABILA WASILAH MENJADI GHOYAH

antara isu yang sering timbul bg seorang daie ini adalah apabila berlakunya kurang kefahaman tentang perbezaan antara wasilah dan ghoyah
sebagai contoh..
jikalau harini pihak BADAR mengadakan sambutan MAULIDUR RASUL..
program2 yang diadakan itu ialah wasilah..manakala ghoyah kita adalah dengan menggunakan atau mengambil peluang terhadap "crowd" yg ramai dgn menyebarkan kefahaman berkaitan islam..
akan tetapi silapnya kita hari ini,bila mana wasilah itu dijadikan ghoyah..
kita menetapkan matlamat kita dengan memastikan kehadiran "crowd" yg ramai tersebut..
apabila ramai nya orang bersama2 dengan kita,kita jangkakan program kita telah capai matlamatnya,sedangkan matlamat kita yg sebenar adalah penyebaran tentang kefahaman islam itu sendiri kepada "crowd" yg hadir..

disebabkan itu,mengapa ramai diantara daie2 yang cepat mengeluh apabila program2 yg mereka rancang,mendapat tentangan dan tidak diluluskan oleh pihak yg lain..ini kerana wasilah yg pada asalnya hanyalah sekadar wasilah,tetapi telah menjadi ghoyah kepada mereka..seolah olah,perjalanan sesuatu program itu lebih utama berbanding penyebaran tentang kefahaman islam itu sendiri..
kita kadang2 terlupa..wasilah itu boleh datang dalam pelbagai cara.. 

SOLUSI

maka ayuhlah kita bersama-sama perbetulkan pemahaman kita berkaitan dengan kedua2 benda ini,supaya kerja2 dakwah yang kita lakukan lebih bernilai dan diterima Allah..
salah faham itu biasa,tetapi perbetulkan setelah faham adalah luar biasa ;)


hanyalah sekadar catatan nota tazkirah yang disampaikan oleh seorang ustaz..
andai tersalah silap,hanyalah disebabkan kekurangan yg ada pada diri ini..
sekadar ini yang ingin dikongsikan..


DAKWAH DAKWAH DAKWAH
aku pun masih lagi lemah dan sedang belajar..
dakwah bil hal pun x lengkap lagi T_T
andai salah tolong perbetulkan..

 22/2/2013
2:43am

Monday 25 February 2013

BENAR DIA MAHA PENGAMPUN..

assalamualaikum..

know what..?
pernah x kita terfikir,
betapa besar dan maha luasnya nilai kasih sayang Allah bg kepada hambanya??

"Sabda Rasulullah SAW bahawa Allah SWT telah berfirman: Aku adalah seperti sangkaan hambaKu terhadap Aku. Dan Aku bersamanya tatkala Dia mengingatiKu. Sekiranya dia mengingatiKu dalam dirinya, maka Aku akan mengingatinya dalam diriKu. Sekiranya dia mengingatiKu di khalayak ramai, maka Aku akan mengingatinya di depan khalayak ramai yang lebih mulia(para malaikat dan nabi-nabi). Jika hambaKu mendekatiKu sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Jika hambaKu mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Jika hambaKu mendekatiKu dalam keadaan berjalan, Aku akan mendekatiNya dalam keadaan berlari(cepat).” Hadith Qudsi Riwayat Bukhari dan Muslim. Hadith nombor 59 dalam Kitab Al-Wafi karangan Imam An-Nawawi."

tgok..Allah xnak mengalah walau dengan hambanya dalam menunjukkan nilai kasih sayang dan keampunan..
:') so sweet~


tapi....
ramai antara kita yg dah salah gunakan nilai kasih sayang yg Allah bg..
kita berterusan melakukan dosa..
baik yg terang atau tersembunyi..

benar...
iman manusia turun naik..
manusia mana yg x melakukan dosa...
tapi berapa ramai yg bila melakukan dosa,
mereka bertaubat dan memohon keampunan dari Allah..

ramai di kalangan kita ambil kesempatan terhadap nilai kasih sayang Allah kepada kita..
mereka menggunakan alasan ini untuk terus melakukan dosa2
berbanding untuk bertaubat kepada Allah..
padahal
Allah memberi ruang dan harapan sentiasa kepada kita
untuk kembali ke sisinya...

"Allah memanjangkan tanganNya pada waktu malam untuk mengampunkan pembuat dosa di waktu siang dan Allah memanjangkan tanganNya di waktu siang untuk mengampunkan pembuat dosa pada waktu malam sehinggalah terbit matahari dari barat." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

mati tidak bersyarat tua..hidup tidak bersyarat muda..

"Ingatlah, Allah tidak sesekali melambatkan kematian seseorang ataupun sesuatu yang bernyawa apabila sampai ajalnya. Allah begitu mendalam pengetahuanNya berkenaan segala yang kamu kerjakan." (Surah Al-Munafiqun ayat 11)..

andai kita masih berterusan melakukan dosa ...
ingatlah
kalau bukan di dunia..
satu hari nanti DIA pasti akan marah

:'(
stop it before its too late...
pleasee


Tuesday 19 February 2013

SYUKUR :)

assalamualaikum.. :)

alhamdulilah..tamat juga cuti sem 1 yg "agak" panjang..
haha..sekejap manapun kita bercuti...
jgn lupa untuk bersyukur..
sebab apa?

Allah dah berfirman dalam surah ibrahim:7

"waiz taazana robbukum la in syakartum la azidannakum,wa la in kafartum inna a'zaabi lasyadid"
dan(ingatlah) ketika tuhanmu memaklumkan.."sesungguhnya jika kamu bersyukur,niscaya akan aku menambahkan nikmat kepadanya,tetapi jika kamu mengingkari(nikmat aku),maka pasti azabku amat berat "

dan juga surah luqman:12
"waman yashkur fainnama yashkuru linafsih,wa man kafara fainnallah ha ghoniyyun hameed"
dan siapa yg bersyukur (kepada Allah) itu maka sesungguhnya dia bersyukur utk dirinya sendiri;dan barangsiapa yg x bersyukur(kufur),maka sesungguhnya Allah maha kaya,maha terpuji. 

: |   jangan merungut sahabat..
bersyukurlah..bukan utk siapa2..untuk kita juga
Allah x rugi ckit pun kalau kita x bersyukur..
soooooo...
say what?
ALHAMDULILLAH 
^^


********************
SOMETHING TO BE SHARE !!

-.-"..bahagian atas rosak sebab kena penyek dengan laptop..ughh
buku terbaru dari Hilal Asyraf..
terbaik !!
penulisan yang ringkas tetapi padat..
setiap bab yg dibaca pasti menyentuh perasaan..
seolah2 apa yg ditulis berkaitn dgn salah silap yg pernah kita lakukan..
:'( kita kan pendosa..

cukup bermanfaat dan menarik..
u should try..
nak pnjam kat ak pun boleh..tp kena tgu habes baca dulu la..
:)


MORE TO COME :D
sabar..sabar..ikut turutan ye.:)
yap..ini antara buku2 yg sempat diborong waktu pesta buku aritu..
insyaAllah lepas karya Hilal Asyraf,tertarik nak hadam buku dr MAZA..fitnah terhadap sahabat rasulullah SAW..then yg terakhir sekali travelog DR Zaharuddin..sebab yg tu plg tebal sekali.. XD

GUESS WHAT ? :)

hadiah dari my dad..AHMAD ZAINI b. ABD RAHMAN
sempena umur 21..jeng jeng jeng !!
thanks dad..really appreciate it :)
insyaAllah akan habiskan semua ni ASAP..
sape nk pinjam juz tell me..jgan malu2..
ilmu Allah elok kita share sama sendiri.!
^^

********************

RESULT SEM 1  :D

alhamdulillah...terima kasih ya Allah :)

:') rasa sebak tgok result x ni...oo Allah..i promise to do better
know what..?result sem 1 ak tahun lepas hanya 1.96
no wonder ak kena repeat kan..:)
xpe..alhamdulillah..berkat doa parent,bantuan lecturer dan kwn2..
merasa juga ak nk dpt pointer 3.++

3.17 not gud enough..
i need to do better..!

aku percaya kata2 arab yg ak belajar waktu sekolah dulu,

"man jadda wa jadda,wa man zaro'a hasoda"
siapa yg berusaha dia akan berjaya,dan siapa yg menanam akan memungut hasilnya

mesti penat kan kita nak tuntut ilmu Allah yg seluas >7 lautan
jgn risau sahabat..
bila rasa lelah menuntut ilmu..
igt balik hadis ni..

sabda rasulullah SAW
"man salaka torikon yaltamisu fihi ilma,sahalallah hu bihi torikan ilal jannah"
siapa yang mencari jalan yg mana jalan itu membawanya kpd ilmu,maka Allah akan permudahkan nya jalan menuju ke syurga


yang seterusnya,nabi bersabda lagi,
"wa innal malaikah latadho'u ajnihataha litolibil ilm ridham bima"
dan sesungguhnya(lafaz taukid) malaikat sesungguhnya melebarkan sayap mereka kepada penuntut ilmu kerana redho dgn perbuatannya


sooo..don worry sahabat..:)
keep calm n have faith 
pada Allah..
He knows the best for us..!!

cukup sekadar disini..
stay smile 
n say
ALHAMDULILLAH

see ya :)