Showing posts with label nota peringatan. Show all posts
Showing posts with label nota peringatan. Show all posts

Wednesday, 21 January 2015

Kau nak jadi S.A.Y.U.R ??




Dulu waktu mula-mula diperkenalkan dengan konsep-konsep tarbiyah ni, aku rasa diri aku macam ' hipokrit '. Sebab apa?

Simple.

Kalau dekat kolej, rajin betul rasanya nak baca quran. Ringan je kaki nak pergi solat berjemaah dekat surau. Ada masa kosong, bulat je mata nak baca buku. Mutabaah amal full !

Tapi bila cuti, dan kau habiskan cuti kau di kampung,

Quran pun lupa nak bawak balik, solat pun susah nak berjemaah dekat surau, pergi pun lepas kena 'bising' dengan opah. Itupun maghrib je. Membaca memang ke laut la. Apatah lagi kerja-kerja lain.

Memang cuti habes.

Sampai satu peringkat, aku rasa benda ni tak sepatutnya berlaku. Ini bukan jalan dia. Aku risau, dan cuti sem pada waktu itu semakin hampir.

Jadi apa yang aku buat?

Sebelum balik ke kampung cuti sem tersebut, aku buat mutabaah amal sendiri sepanjang waktu aku berada di kampung. Aku list out kan apa yang perlu aku capai cuti tersebut.

Mula-mula memang aku rasa tak yakin dan poyo. Tapi sebenarnya bila kau dah buat benda tersebut, kau dah create satu ' desire ' ataupun ' driving force ' utk kau start mujahadah dengan diri sendiri. Kau perlukan perancangan.

Alhamdulillah, kerana cuti itu aku rasa yang paling bermakna . Apa maksud ' bermakna ' ? Korang try dulu dan nanti korang akan faham. Cerita banyak2 taknak sebab nanti jadi riak pulak.

main point?

1. Dalam hidup tak kisah contoh apa sekalipun, untuk diri kau bergerak, kau perlukan visi, misi dan objektif. Dalam sesebuah visi kehidupan kau, kau memerlukan misi2 yang kecil supaya direction kau tak tersasar. Dan dalam menjayakan sesebuah misi, kau perlukan objektif-objektif yang mudah supaya langkah kau mula bergerak dan tak jadi manusia yang statik.

" mula bergerak "

Orang kata, kalau nak mulakan langkah pertama, gunakan rythm ataupun gear yang sesuai. Tak perlu gelojoh dan tidak perlu terlalu simple. Orang tidak perasan, tetapi hakikatnya, langkah pertama yang kita selalu ambil biasanya menentukan berapa batu jauhnya kita boleh berjalan.

2. Kalau sebelum ni ada orang pernah berkata kepada kau.

" kalau dalam program, bukan main lagi kau jadi ahli syurga, luar program, sayur "

Jangan risau, ini benda biasa, sebab kita serupa. Kau jangan rasa inferior, dan sebaiknya gunakan kekuatan yang ada sewaktu berprogram dan selitkan dalam kehidupan realiti kita.


" Bagaimana? "

" programkan kehidupan kita "

" contohnya ? "

" apa yang ada ketika berprogram ? "

" tentatif program . "

" apa yang tidak ada dalam dunia realiti ?

" tentatif ... "

" jadi bagaimana untuk programkan kehidupan ? "

" buat tentatif ??? "


Terpulang, mungkin ada yang tidak bersetuju. Tapi diri kita sendiri yang mengetahui mana yang terbaik dan kita dihidangkan dengan beribu wasilah. Ada orang susah untuk mulakan, ada orang susah untuk istiqamah, ada orang susah untuk sebarkan, ada orang diduga dengan pujian.

Kau duduk. Dan fikir.mana yang terbaik.

Selamat bercuti.

Kalau tak mampu buat semua, jangan tinggal semua. Itu sayur namanya !

Gua dah ready nak balik !!

Sunday, 18 January 2015

With L.O.V.E





ketika dia masih menjadi seorang rahib wanita yang masih muda, mengajar di sekolah menengah bagi kelas pertengahan di Calcutta. Dia sering melemparkan pandangan keluar tingkap dan melihat penghidap penyakit kusta di jalanan.


" saya ternampak ketakutan yang terbayang di mata mereka. Takut yang saya maksudkan adalah takut yang mereka tidak akan disayangi, takut yang mereka tidak akan menerima rawatan yang sepatutnya. "


Dia tidak dapat melupakan ketakutan tersebut dari fikirannya. Dia sedar dia akan terpaksa keluar dari biara yang selamat, pergi ke jalanan, dan buka sebuah rumah aman untuk penghidap sakit kusta di India. Dia sudah menjaga lebih kurang 149000 penghidap sakit kusta, memberi rawatan dan mencurahkan kasih sayang tanpa berbelah bahagi sepanjang hidupnya sebagai mubaligh dan pengasas ' missionaries of Charity '.

ibu Teresa.

-Dale Carnegie



kau nampak ? Kau rasa apa kau boleh belajar dari legend missionary sorang ni. kasih sayang . Nabi menyampaikan islam sehingga diterima ramai, bukannya atas faktor peperangan mata pedang semata-mata.

perut aku senak bila orang kata, islam hanya boleh menang hanya dengan peperangan !

aduh kawan. nabi perawat hati manusiawi. mengisi hati-hati fitrah yang kosong itu dengan harapan hidup insan bertuhan. mengeluarkan mereka-mereka yang kering hatinya dengan kelembapan kasih sayang dari tuhan. menyemai indah kasih sayang seorang guru kepada anak-anak muridnya ibarat bapa dan anak. 


masakan tidak sanggup sahabat-sahabat baginda memperisaikan diri mempertahankan baginda dari dibunuh sehingga terkorban jiwa-jiwa yang suci itu di medan uhud.

masakan tidak separuh gila jadinya saidina Umar al Khattab tatkala mendengar berita kewafatan baginda.

masakan tidak sedihnya Bilal sehingga beliau berpindah jauh dari madinah selepas kewafatan Baginda dan tamatnya riwayat beliau dalam hati merintih rindu kepada nabi saw.


semua ini kerana apa?


kasih sayang.

Saturday, 17 January 2015

karipap bernyawa..




Charles Schwab dibayar gaji sebanyak sejuta dolar setahun dalam bisnes besi dan dia memberitahu bahawa dia dibayar gaji sebanyak itu kerana kemampuannya mengurus pekerja. Bayangkan, dia dibayar sejuta dolar setahun hanya kerana dia bijak mengurus orang!

pada suatu hari, sedang dia berjalan di sekitar kilang besinya, dia terserempak dengan sekumpulan lelaki sedang merokok di kawasan bertanda ' Dilarang Merokok '. Betul-betul di bawah tanda itu.

adakah kamu membayangkan yang dia menunding jari ke arah tanda itu dan berkata

" kamu tidak nampak tanda itukah ? "

sudah tentu tidak. Tentulah seorang pakar 'perhubungan insan' tidak akan berkata begitu.

Charles Schwab berbual dengan lelaki itu dengan mesra. Dia langsung tidak menyentuh perihal yang mereka sedang merokok di kawasan larangan merokok.

Kemudian dia pun menghulur rokok cerut kepada mereka. Sambil tersenyum dia berkata,

" Rasanya lebih baik kamu semua menghisap ini di luar sana. "

Itu sahaja yang dikatakan kepada mereka. Semua lelaki itu sedar, Charles Schwab tahu yang mereka telah melanggar peraturan kilang. Mereka mengaguminya kerana tidak menegur kesalahan mereka. Dia sungguh baik. Dan mereka pun mahu bersikap baik kepadanya.

-Dale Carnegie


jadinya..


Para naqib, naqibah, daie, murabbi, dan segala yang seangkatan dengannya. Apa yang kau belajar dari kaafirin tersebut ?


" manusia itu ibarat karipap. luarnya nampak sama. tetapi intinya berbeza-beza. "  
 -someone 

Monday, 7 April 2014

untitled


untitled






aku termenung, kadangkala aku juga manusia yang selalu tergelincir.

ah, macam mana sembang kencang kau nak jadi daie ?

adakah aku belum bersedia ?

ah, itu godaan syaitan untuk melarikan diri kau dari amanah Allah !


*****

"adakah kau lupa ?"


kisah sahabat yang tidak menyertai peperangan tabuk ? Kaab bin Malik, sehingga dihukum, dipulau selama 50 hari sehingga Allah menurunkan ayat mengampun perbuatan beliau !

beliau melakukan kesilapan.


"adakah kau lupa ?"


kisah masyhur Hatib abi Baltaah yang dikatakan cuba untuk mengkhianati pasukan tentera ketika peristiwa pembukaan kota mekah.

beliau melakukan kesilapan.


"adakah kau lupa ?"


mereka yang disebut sebentar tadi adalah pejuang-pejuang BADAR ! yang dikatakan Allah mengampunkan dosa-dosa mereka sebelum berperang dan selepas peperangan. menerima darjat kemuliaan disisi Allah.

mereka juga tergelincir dan melakukan kesilapan.


"apatah lagi manusia selemah engkau ?"

"engkau fikir terselamat dari kegelinciran ?"

"hahaha."

"engkau memang kelakar."


*****

menyesali dan bersedih di atas kesilapan, satu tuntutan.

bertaubat dan beriman lah kamu, satu kewajipan.


" setiap anak adam itu melakukan kesilapan, sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan ialah mereka yang bertaubat "
( HR Ahmad dan Tirmizi )

Ya robbi, 

kadangkala aku bertaubat, tetapi aku tergelincir lagi.
pernah aku menyesal dan kesali, masih aku tergelincir lagi.


Ya Allah , Ya robbi, 

memang sukar untuk beristiqomah sepenuh hati.
tapi janji aku tepati, untuk berputus asa tidak akan sesekali.

bermujahadah sampai mati,
kerana aku yakin yaAllah engkau maha mengampuni.


terimalah taubat hambamu ini untuk sekali lagi.

mujahadah memang pahit.
sebab syurga Allah itu maha sweet


Saturday, 7 December 2013

hopeless





" Masyarakat perlu kan orang-orang macam enta syeikh ! "


ujar Dr Hizul kepada kami. Urat leher yang timbul jelas menunjukkan yang beliau serius. Kerut di dahi, dan lebam di mata jelas menunjukkan yang beliau berlelah siang dan malam.

Demi tarbiyah.


" ana tengok masyarakat kita dah tenat. Sangat-sangat tenat. "

Tiada jawapan dari kami. Aku dan Daud hanya merenung dan mendengar taujihat julung-julung kali daripada pengasas gerakan jemaah SINERGI tersebut.


Aku cuba menilai diri.

Allah.

bagaimana caranya untuk aku terjun dalam masyarakat ?
Apa persediaan aku untuk berada bersama-sama dalam masyarakat ?

Allah.

aku risau hanya digelar idealis semata-mata.
aku risau kata-kataku hanya retorik semata-mata.

hakikat, aku juga sedih dengan diri sendiri.

Wednesday, 9 October 2013

#kreatif





hari ini aku hadir awal ke dewan kuliah. seusai melangkah masuk, aku melihat dia berada di depan.

" bagi tazkirah ? " 

soal sendirian.

aku meletakkan beg, dan telinga aku fokuskan kepada pengisian beliau.

tajuk yang menarik.

aku pandang sekeliling, agak ramai orang yang ada dalam dewan kuliah tersebut. tapi sayang, ada yang buat kerja sendiri, ada yang bersembang dengan kawan-kawan yang lain, dan hanya beberapa yang kelihatan fokus kepada penyampaian beliau.


" hmm.. " 

satu persoalan muncul dalam minda aku,


" perlukah kreativiti dalam penyampaian ? 
bilamana kita kata hidayah itu milik Allah. "


sesetengah pihak berpendapat, kita perlukan kreativiti untuk menarik pelajar lebih mendalami agama. Pembawakan usrah harus lebih santai dan masuk dengan mad'u tersebut.

dalam masa yang sama,

ada yang berpendapat, penyampaian harus lebih serius, direct, dan menyentuh isu yang besar-besar. tak perlu risau penerimaan, hidayah itu milik Allah, yang penting kita dah berusaha.


usaha tanpa kreativiti?

bagaimana?

aku terdetik untuk memetik dan mengolah beberapa petikan dalam karya syeikh Muhammad Munir Al-Ghatban di dalam buku beliau, "Manhaj Haraki dalam Sirah Nabi saw


pengetahuan adalah suatu material yang penting dalam gerakan dakwah. Dakwah berdasarkan hanya kepada pengetahuan semata-mata, tanpa akhlak dan kreativiti yang menarik juga mendatangkan satu masalah kepada daie.
kecerdikan dan pengetahuan bukanlah suatu perkara yang kurang pentingnya, bahkan sangat dituntut sekiranya ia disertai pengalaman dalam masyarakat, kehendak dan juga kecenderungan mereka. 
dalam erti kata lain, daie harus lebih kreatif. Daie harus lebih arif untuk mengenali jiwa-jiwa manusia, kehendak dan keinginan mereka yang mampu menjadi kunci kepada gerakan bagi seorang daie dan juga sebagai pintu masuk ke dalam hati mad'u.

"maka tidakkah mereka menghayati Alquran? ataukah hati mereka sudah terkunci "

( muhammad:24)
setiap hati itu mempunyai anak kunci bagi kunci yang tersendiri. Yang paling penting menjadi seorang daie untuk lebih 'sensitif' memiliki kunci tersebut, dan mengetahui dari mana untuk masuk ke dalam hati tersebut, sehinggalah dakwah itu diterima.
 sejauh mana kita kata kita telah berusaha? sedagkan dalam masa yang sama, "kreativiti" dalam sesuatu penyampain kita tinggalkan.

be creative,

lead the world !

Monday, 7 October 2013

untuk siapa ?





hari ni sekali lagi aku runsing.

bermula dari pagi,

banyak benda kena setelkan harini,

hal pengangkutan untuk clinical booth, proposal researh untuk medsoc, practical medsoc, BADAR, NGO ?

bertalu-talu mesej gerak kerja datang.


aku terdiam, Allah, banyak lagi benda tak siap ni.


satu-persatu aku cuba siapkan, sehingga aku tertidur pukul 3 lebih, dan berlanjutan sehingga 5.10pm.

" Allah, belum asar lagi. Nak ambik mak lagi . " 

aku terlambat dan tidak sengaja membiarkan emak aku menunggu sehingga 15 minit.



lepas selesai urusan petang tersebut, sekali lagi aku mengeluh.


"  banyaknya "


selesai maghrib, aku dimaklumkan lagi dengan beberapa gerak kerja.

Allah. kali ini jiwa betul-betul memberontak. aku rasa berkeseorangan. jujur, aku tak mampu.


alhamdulillah, di saat genting, aku dihadirkan seorang teman, membantu sedaya yang mampu, Allah, aku kembali bertenaga.


selesai semuanya. Aku cuba refleksi. apa yang terjadi ?

satu persoalan yang aku cuba timbulkan,


" kenapa hati aku rasa tidak tenang ? "

" Untuk siapa aku buat semua ini ? "


waktu itu aku sedar, niat aku telah banyak lari.


" untuk siapa ? untuk siapa kita buat semua ini ? "


Allah.

maafkan aku.

aku berasa tenang di sebalik syair ungkapan imam syafie :')



" bilamana terasa keras hatiku,dan terasa sempit perjalananku,
kau jadikan rayuan daripadaku sebagai jalan untuk mengharap keampunanmu"





untuk mendapatkan kemuliaan manusia..

dicerca, aku jadi marah.

untuk mendapatkan penghormatan manusia..

di maki, aku jadi gelisah.

untuk mendapatkan sokongan manusia..

di tolak, aku rebah.

rupanya,

niat aku sudah salah..

kalau niat kerana Allah..

itu semua mungkin sunnah.




Wednesday, 2 October 2013

tidak perlu..








tidak perlu untuk menjadi "pro-pembangkang" untuk merasa resah dengan reaksi buruk umum masyarakat dunia terhadap malaysia.

tidak perlu untuk menjadi "pro-pembangkang" untuk merasa resah dengan pelbagai pendedahan yang bersifat khianat kepada rakyat dilakukan.

tidak perlu untuk menjadi "pro-kerajaan" untuk merasa bangga, atas setiap pencapaian terbaik negara yang berjaya dilakukan.

tidak perlu untuk menjadi "pro-kerajaan" untuk merasa bangga, atas pengorbanan yang dilakukan pemimpin untuk kesejahteraan rakyatnya.

tidak perlu.


kita hanya perlu jadi "malaysian".
untuk pandai menilai.




Tuesday, 1 October 2013

hati-hati di jalanraya





ada sahabat whatsapp aku.


" kalau kita berangan benda bukan-bukan, boleh effect iman kita tak ? " 


cakap soal iman ni. satu benda yang kita memang tak nampak. Tapi kita boleh rasa.

nak menjawab persoalan iman, rasanya perlu untuk kita tahu sifat iman itu sendiri.

ya. iman itu menaik dan menurun.


tapi,


apakah iman itu menaik dan menurun secara random?


" ok, iman aku tengah naik arini, so aku nak buat baik je. "

" apalah nasib badan. asyik menurun je iman aku ni. bila nak naik pun tak tahu"

" kau takpela, bolehlah nak cakap ko mampu turun subuh berjemaah, iman kau selalu naik, aku ni je iman tak naik-naik "


senang.


manusia akan mula menyalahkan kondisi iman itu sendiri, berbanding mereka menundingkan jari ke muka sendiri.


pasti ada faktor yang mempengaruhi iman tersebut!


turun naik iman sering dikaitkan dengan permasalahan hati


"sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging, bila baik daging itu nescaya baiklah keseluruhannya, dan bila jahat daging itu, maka jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah! iaitu hati. "


jawapan mudah,


" ofkoslah, kalau dah fikir bukan-bukan, benda yang dah konfem dosa, kotor, maksiat, pasti akan tercalit titik hitam pada hati, which can lead to turun naiknya iman tersebut. "


berbeza soalnya dalam perihal jatuhnya hukum dosa pahala,


dalam satu hadis qudsi, daripada Abu Hurairah ra. bahawa rasulullah saw bersabda:

" apabila hambaku hendak mengerjakan suatu kesalahan, jangan kamu tulis sebelum dikerjakannya dan kalau dikerjakannya, tuliskanlah sebanyak kesalahannya. tetapi kalau tidak jadi dikerjakannya kerana mengingatiku, tuliskan untuk orang itu satu kebaikan. Kalau dia bermaksud hendak mengerjakan kebaikan dan belum dikerjakannya, tuliskanlah untuk orang itu satu kebaikan. Tetapi jika sampai dikerjakannya, tuliskanlah pahalanya sepuluh kali lipat, sampai tujuh ratus kali. "

(HR bukhari)


wallahualam,

pendapat dan pandangan peribadi.

mungkin ada yang salah.


Thursday, 26 September 2013

sembang kosong





*backgroud music*

" aku suka music part awal lagu ni. "

" smart kan dia goreng gitar tu "

" aku dah cuba main, susah sikit. kena laju kot. gitar ko mana? "

" tu ada dalam bekas dia. "

" pergh, berhabuk dah. "

" aku dah lama tak main. aku ingat nak tukar profession la nyong"

" ko nak main apa? "

" aku ingat nak jadi drummer plak. cool kot. "

" susah kot aku tgok pakcik main aritu. kaki tangan ko kena laju. "

" abis tu aku nak jadi apa? "

" main je la gitar tu "

" haa. aku nak jadi vokalis boleh nyong? "

" pui. yang tu mintak maaf. kalau bab main gitar atau drum tu boleh lagi train. kalau yang ni komfem2 out. "

" jujur sangat ! "



*****

just nice.

 sebab dalam kehidupan, Allah itu sentiasa bersifat adil.


andai menilai kemuliaan berdasarkan paras rupa, pasti akan ada mereka yang ketinggalan.

andai menilai kemuliaan berdasarkan kekayaan, pangkat dan kepandaian, pasti ada mereka yang tidak berkemampuan.

andai menilai kemampuan berdasarkan keturunan, pasti ada yang disisihkan.


"inna akromakum i'ndallahi atqokum"
sungguh, orang yang paling mulia dikalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa
(al hujurat:13)

nak jadi orang bertaqwa ?

hensem boleh.
buruk boleh.
kaya boleh.
miskin boleh.
berketurunan boleh.
anak buangan boleh.

" kalau suara tak sedap pun boleh ! "








biar sengau dalam nyanyian, jangan sengau dalam memberi nasihat dan teguran !

Wednesday, 25 September 2013

termenung sejenak






sejak dua menjak ni, aku sering didatangi adek2 junior.
bertanya soalan yang hampir sama, tetapi di dalam versi yang berbeza.


dan hakikatnya mereka di dalam keadaan yang tertanya-tanya.


bermula dengan kisah " bacaan tahlil ", " talkin ", " doa selepas solat ", " qunut " dan pelbagai lagi.


topik yang ditanya tidak mengejutkan aku, kerana aku juga melalui fasa yang sama .


aku diperkenalkan dengan isu bidaah sejak mula lagi aku bertapak di bumi KTSN ni.
hati menolak.

mana mungkin segala perbuatan yang aku buat dari dulu ini satu kesilapan dalam agama.

aku tak nampak di mana salahnya.

bukankah perkara begini mendekatkan kita kepada Pencipta?

fikir aku pada mulanya .

aku keliru.



satu persatu bahan bacaan aku terokai.

tetapi aku tidak pasti, apakah ilmu yang aku cari itu untuk menjelaskan kebenaran.
ataupun untuk mencari hujah supaya aku menang.

boleh jadi aku bias dalam menilai.

ini tidak adil dalam prinsip keilmuan. Aku harus pandai menilai.



BIDAAH

Benda yang sering dianggap kecil. Tapi sebenarnya memberi peranan yang sangat besar dalam kehidupan.

aku cuba mencari, dan lebih mengenali bidaah ini. Sejauh mana kita harus menyentuh isu-isu ini.

ahli sunnah tidak melakukan bidaah.

para salafussoleh tidak menerima bidaah.

entry kali ni bukan aku nak menyentuh apa itu bidaah . apa yang dikatakan bidaah . contoh-contoh bidaah .
tidak.

sungguh, aku bukanlah mereka yang arif, cumanya aku ingin berkongsi beberapa hadis yang mungkin kita boleh berpegang. menunjukkan sejauh mana kita harus berdiri menangani isu bidaah ini.

sabda nabi SAW:

"sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku, akan melihat perselisihan yang banyak. maka hendaklah kalian berpegang kepada sunnahku, dan sunnah khulafa' ar-rasyidin, berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan geraham. Jauhilah kamu daripada perkara-perkara yang diada-adakan. kerana setiap yang diadakan adalah bidaah, dan setiap bidaah adalah sesat."


sabda baginda lagi :

"sesiapa yang membuat urusan baru dalam urusan kami ini, apa yang bukan daripadanya maka ianya tertolak"


jujur .
ianya buka satu perkara remeh .

dalam satu buku yang sangat ringkas hasil tulisan syeikul yusuf al-qaradhawi, beliau menyentuh, kenapa islam begitu menentang perbuatan bidaah .

1.pembuat bidaah melihat dirinya sebagai orang yang meletakkan syariat setanding dengan Allah.
2.pembuat bidaah melihat undang2 agama mempunyai keurangan dan perlu disempurnakan.
3.perkara yang dibuat menyukarkan agama dan terkeluar daripada tabiat agama yang bertoleransi
4.bidaah dalam agama mengudang manusia meninggalkan reka cipta dalam urusan duniawi
5.Bidaah dalam agama menghapuskan sunnah
6.bidaah dalam agama memecahbelahkan dan menghancurkan kesatuan ummat.

rujuk buku : SUNNAH VS BIDAAH




*****


" aku nak tanya pendapat kau, sebab ada sahabat kita ni dia ada cakap something dekat aku pasal bacaan tahlil ni, "

" dah buat rujukan ?"

" Aku aritu dah balik rumah, aku ada juga buat rujukan."

" apa yang ko jumpa ?"

" memang kebanyakan aku jumpa kata benda ni memang takde sanad, sambungan dengan nabi. nabi pun tak pernah buat . banyak pandangan yang aku jumpa dari aliran syafi'e pun cakap benda yang sama. so, aku nak tanya pendapat peribadi kau macam mana ? "

" aku tahu sedikit je mengenai bidaah . sampai sekarang aku tak berani nak menghukum mana-mana. tapi aku ambik keputusan untuk keluar dari was-was. so, jangan terkejut kalau tengok aku takde waktu mana-mana bacaan tahlil. hehe"

dalam satu hadis yang panjang,

rasulullah bersabda:

"...maka, barangsiapa yang menjaga dirinya dari yang samar-samar itu, berarti ia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya, dan barangsiapa yang terjerumus dalam wilayah yang samar-samar maka ia telah terjerumus kedalam wilayah yang haram, ..."




cuma satu benda yang aku kesal.

kita hendak berbicara mengenai kebenaran.
tetapi kita tidak berhikmah.
apa kita mengharap orang akan bersama kita ?

aku belum cukup kuat untuk menyampaikan kepada orang ramai .
insyaAllah keluarga menjadi sasaran utama 


jujur aku katakan.
kita melayu,
terlalu banyak perkara adat yang kita jadikan ia sebagai ibadah.
mungkin kita perlu ubah .

cukup.

refleksi diri kita dulu .

sungguh, berat untuk menjustifikan sesuatu perbuatan itu adalah bidaah .

kerana aku masih seperti mereka yang terlalu cetek ilmu

Allah, do guide us .

Thursday, 19 September 2013

iqro'




aku nak jadi seorang yang berani .

berani ke hadapan .

lantang bersuara .

mampu memberi kritikan dan pandangan yang bisa membina .

tapi aku lelah .

kerana aku tiada idea ?

aku perah kepala .

" idea .. idea .. idea come to papa "




aku nak jadi seorang yang mempunyai idea , fikiran dan cadangan yang bernas .

supaya aku bisa jadi penyumbang .

sekali lagi aku perah kepala .

" mana ko idea oiiiiiii ! "

muka ala-ala meneran kerana lelah memikir .

tetapi sebenarnya kosong .



kini aku sedar .

idea bukan hanya sekadar memerah otak .

idea datang seiring dengan pandangan mengenai  future

thinking outside the box 

memerlukan pandangan mata yang berilmu

bukan sekadar memerah .

aku kena membaca .

dan terus membaca .

Wednesday, 11 September 2013

bangsa islam ?



Umar Al-khattab di saat islam nya beliau,perjuangan yang digendong dibahunya bukanlah berlandaskan bangsa arab semata-mata .

pun begitu,tidaklah bermakna beliau anti kepada bangsa arab !



Daulah khilafah Uthmaniyah menjadi lambang kekuasaan wilayah islam suatu ketika dulu,

namun dijatuhkan dengan kerakusan sifat kebangsaan yang berjaya dimomokkan !


bangsa melayu ?


maaf . terkadang aku menjadi kaku dan diam membisu bila ditimbulkan isu berkaitan bangsa . Bukan kerana tidak berminat ! apatah lagi membenci !

cuma aku terfikir,


setakat manakah perjuangan yang berlandaskan semangat kebangsaan ini harus diterapkan ?
apakah jaminan yang boleh kita dapati hasil dari kebangkitan bersifat kebangsaan ini?
perjuangan bersifat kebangsaan itu untuk siapa ?



" ... kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal.Sungguh,yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah taala adalah orang yang paling bertakwa.Sungguh,Allah maha mengetahui,maha teliti " (Alhujurat:13)



Dari Umar Al-khattab,

"Kita adalah satu golongan yang diberi kemuliaan oleh Allah dengan Islam. Sekiranya kita mencari kemuliaan selain dari Islam, nescaya Allah akan menghina kita." 

aku tak salahkan kalian yang giat bergerak atas nama bangsa . Namun maaf sekiranya langkah kaki ini tidak bersama .Bukan kerana aku anti kepada bangsa . 

cuma bimbang fokus utama akan lari .

mungkin kalian lebih mengetahui sesuatu yg tidak aku ketahui .


aku bangga bila terjumpa orang melayu waktu di melbourne dulu . so boleh dikatakan semangat kebangsaan itu still wujud dalam diri aku . :)

perjuangan ? 


Tuesday, 10 September 2013

Armagedon




Minggu mesra pelajar (MMP) sudah 2-3 hari melabuhkan tirai . Walaupun aku bukanlah diantara mereka yang terlibat menjadi pemudah cara (PC) , seperti biasa , aku lebih tertarik dengan pelbagai isu yang timbul setelah berakhirnya MMP .


Dan yang paling menarik perhatian aku adalah isu berkenaan perang DECTAR yang dari dulu lagi dimainkan . Ada sebahagian pihak yang menentang 'perang' ini , tetapi ada juga sebahagian pihak yang begitu teruja untuk melihat 'perang' tersebut .




Di atas merupakan salah satu luahan hati pelajar berkaitan 'perang' tersebut . Bila aku cuba scroll untuk melihat komen-komen tersebut,adalah beberapa sahabat baik aku yang turut memberikan pendapat peribadi mereka berkenaan 'perang' itu . kebanyakan mereka memberikan pandangan positif dan memberikan backfire kepada confession ini .

atas alasan apa ?

" kenangan manis yang ko akan ingat sampai bila-bila . "




**********



Aku tidak menafikan , bahkan aku tidak menyalahkan mereka kerana itu hanyalah pandangan peribadi mereka sendiri .

Aku juga pernah suatu ketika teruja dengan 'perang' tersebut . 

Tapi bila aku tengok balik video yang lama , aku jadi malu . Menjerit sini sana , dengan macam-macam gaya lagi . Paling kesian bila aku tengok muslimah bertudung labuh pun terpaksa terkinja-kinja .

Kadang-kadang mungkin kita tidak perasan , ada pihak yang sentiasa menjaga maruah mereka terpaksa melakukan satu benda yang mereka sendiri tidak suka , atas sebab tidak mahu dilabel "tak sporting" dan macam-macam lagi .

kesian .

Mungkin kerana kita lelaki , dan perangai dulu agak gila-gila , jadi aku tidak rasa malu dengan tindakan sendiri , bahkan antara yang paling bersemangat malam tu . Tapi bila aku berdiri sebagai pemerhati (melihat video) , aku rasa geli dengan aksi aku sendiri .



" euwwwwww . what the heck . Aku ke tu ? "



Aku cuba bayangkan adik aku yang bertudung labuh tu cuba menjerit-jerit , terkinja-kinja .

memang aku ketuk kepala dia . Tak malu ke ?

Dari Abu Hurairah r.a , bahawa Rasulullah saw bersabda : 
 " iman itu tujuh puluh cabang lebih atau enam puluh cabang lebih ; yang paling utama adalah ucapan 'laa ilaha illallahu" dan yang paling rendah adalah menyingkirkan rintangan (kotoran) dari tengah jalan , sedangkan malu itu (juga) salah satu cabang dari iman . " (hadis riwayat muslim) "



**********




Aku juga tidak menafikan memang pengalaman tersebut menghadirkan satu momen yang manis dalam kehidupan bergelar mahasiswa UKM .

Tapi , kadang-kadang kita kena memijak realiti alam kehidupan bersyariat ,

Manis-manis ni kalau dibiarkan pun tak boleh juga . Mesti ada sukatan dan had yang perlu ditetapkan .

orang kalau banyak sangat minum manis tanpa sukatan dan had boleh menyebabkan diabetes.

samalah dalam kehidupan , kalau semua momen manis nak cedok tanpa ada batasan juga kelak mampu mengundang bencana dari Allah .

pencuri dan kawan dia kalau dah mencuri sama-sama , hampir tertangkap , momen diorang kelam kabut selamatkan diri tu , aku pasti diorang akan claim itu momen yang manis dalam kehidupan diorang . bila terkenang diorang akan gelak sama - sama .

so sama-sama kita fikirkan .

memang bagus kalau ada momen manis dalam kehidupan . Manis tu terlalu subjektif . Pandai-pandai kita menilai dan memikirkan jawapan yang terbaik untuk 'manis' tersebut .

ada yang suka ?
ada yang tidak suka ?

there must be a reason behind each of it .


motif ??