Showing posts with label travelog. Show all posts
Showing posts with label travelog. Show all posts

Wednesday, 14 August 2013

Aussie#2



Di Sydney,nasib kami agak malang.Tersangatlah sikit bilangan masjid di sana dan semuanya terletak jauh dari tempat kediaman kami.Boleh kira selama 2 hari kami tidak mendengar azan.Hambar.

masjid kami ?
hanya di taman ataupun padang.

orang berpusu-pusu mengejar urusan duniawi,bangunan-bangunan pencakar langit gagah berdiri.Rohani langsung tidak terisi.

"susah juga kalau nak hidup kat negara orang ni"


**********

Berbeza ceritanya di melbourne.Di sini ramai pelajar-pelajar malaysia.Bahkan restoran islam juga banyak kelihatan.Mungkin kerana faktor universiti memainkan peranan.

Di melbourne terdapat 3 masjid yang cukup sinonim dengan pelajar malaysia di sana.Suasana yang agak berbeza dari malaysia,kebanyakan dari mereka adalah muslim yang berlatarbelakangkan identiti dan negara asal yang berbeza-beza.Ada yang dari mesir,ada yang dari czechoslovakia,ada yang dari palestin.Bertahun berkelana di bumi orang,bahkan ramai diantara mereka yang telah mendapat PR(permanent resident)

Berkongsi pengalaman berteraweh di sana,


menarik yang ingin dikongsikan,malam pertama aku berjemaah di ICBS.selesai berjemaah maghrib kami iftar bersama penduduk disana.Aku dimaklumkan,rata-rata masyarakat arab yang duduk di sini pemurah belaka.

bila aku tengok hidangan iftar,


nasi arab tu !
aku akui.Mereka memang pemurah !


tourist guide kami..Umar hamzah.menunggu giliran dihidangkan nasi arab
Teraweh di ICBS memang memerlukan ketahanan fizikal yang kuat.Kalau di masjid asy-syakirin KLCC teraweh bermula dalam 9.15 hingga 10.00 paling lambat untuk 8 rakaat,di sana teraweh bermula pukul 7.30 sampai pukul 10.00 malam.Berimamkan syeikh dari timur tengah.

lenguh habaq ang !

Selepas habes terawih,kami diperkenalkan dengan seorang lagi ikhwah di papa john's restaurant.Alhamdulillah,atas dasar perjuangan dan aqidah yang sama,kami tak ambil masa yang lama untuk menjadi mesra.

makan lagi.

itadakimas !  10 AUD untuk nasi dan rendang ayam.



'abe'  jejaka kelantan.

**********

Berbeza pula suasananya dengan masjid yang kedua.masjid yang terletak di dalam uni melbourne ini lebih dikenali sebagai "masjid pelham" bersempena nama jalan tersebut

Pelham street.


Di sini,kebanyakan mereka yang menjadi imam adalah pelajar-pelajar uni tersebut.Dan kebanyakan antara mereka ialah pelajar dari malaysia.

So,tidak banyak bezanya dengan masjid-masjid di malaysia.

masjid lagi satu yang dikenali sebagai masjid turki.kami tidak berkesempatan untuk kesana.Diceritakan disana,terawehnya lebih cepat dan kadang-kadang kalah malaysia.wow.Memang cepat.

Aktiviti malam kami..
main-main dengan tupai POSSUM





"kenapa x tangkap je benda ni buat bela?comel apa."

"hish,binatang ni dekat sini lebih kurang macam tikus dekat malaysia je.suka geledah tong sampah"

"erk..seriously?"




Sunday, 21 July 2013

Aussie#1

16 julai 2013
selasa


Photo: berjalan sambil menikmati keindahan alam

Bondi beach --> Cooge

hari kedua aku berada di Sydney.Badan terasa penat setelah jauh berjalan dari Bondi Beach ke Bronte Beach.Hajat di hati ingin menapak sampai ke Cooge yg jaraknya hampir 6 km berjalan di coastal walk.

hajat hanya tinggal angan2.kaki terasa lenguh,minta direhatkan.tak pepasal muscle tare karang jadi satu hal.disebabkan masa pun hampir menunjukkan pukul 4 petang.kami kena bergegas ke perhentian bas EDDY AV yang terletak bertentangan dengan central station of Sydney.untuk berbuka satu hal.takut terlepas bas ke Melbourne satu hal.

kami gegas menahan bas di Bronte beach.

Alif sedang sibuk membaca peta.kemudian menulis.

"untuk travelog dia gamaknya"

monolog hatiku..

perjalanan dari Bronte ke Eddy Av mengambil masa lebih kurang 30-40 minit.
lama juga dalam bas..

tangan menyeluk saku beg kamera DSLR.
aku tak tahu,bila tengok permandangan di coastal walk tadi aku rasa tenang..
cantik
rasa semakin dekat dengan Dia.

hadis 40 yg terselit di saku beg dikeluarkan.

hadis ke empat..

"...maka demi Allah yang tiada tuhan selainnya,ada seseorang antara kamu mengerjakan amalan ahli syurga,sehingga tidak ada jarak darinya kecuali sehasta sahaja.maka dahulunya hanya atasnya takdir Allah,lalu dia melakukan perbuatan ahli neraka hingga ia masuk kedalamnya..."

aku senyap seketika.
cuba merenung balik diri sendiri.ayat dan perenggan yang sama cuba aku ulang berkali-kali.
ambik feeling orang kata.

aku sambungkan bacaan.

"...ada seseorang antara kamu yang mengerjakan amalan ahli neraka,sehingga tidak ada jarak darinya kecuali sehasta.maka dahulunya atas takdir Allah,lalu dia melakukan perbuatan ahli syurga hingga ia masuk kedalamnya."


nah kau.

aku cuba pandang semua penduduk tempatan yg ada dalam bas.
hidung semua mancung2.

aku tengok luar tingkap.nampak seorang pemuda kacak dengan kot hitam bersandar di tiang lampu trafik di Elizabeth street.

Harini mereka tegar sebagai seorang yang beragama kristian,dan hati seolah2 beranggapan mereka ahli neraka.tapi..

bagaimana kalau suatu hari nanti mereka diberi hidayah..?
bagaimana kalau suatu hari nanti aku ditarik hidayah..?

seperti yang disampaikan oleh nabi sebentar tadi..

nauzubillah..

benarlah kata para ulama'.
kalau kita rasa harini kita dah banyak buat amalan,jangan ingat kita mampu untuk membeli syurga Allah.hanya dengan rahmat dan ehsan Allah sahaja kita boleh ke syurga..

bermain di kepala syair doa imam syafie yang menjadi kontroversi di kalangan salafi 

"wahai tuhan,ku tak layak untuk syurgamu,
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu.."

aku cuba merenung,bagaimana dengan amalan hidup aku selama ni.?

dalam sebuah hadis yang disebut imam muslim dalam kitabul iman
rasulullah saw bersabda

"seseorang melakukan amalan ahli syurga pada pandangan manusia,tetapi sebenarnya dia ahli neraka"

nauzubillah..
sumpah takut gila.

hadis 40 aku simpan kembali..
ayat tadi kerap bermain di kepala..

dah sampai..
masa untuk beli makanan berbuka..

sydney semakin gelap.

Saturday, 13 July 2013

TODAY is the DAY !

berbulan-bulan merancang..
berminggu-minggu berangan..
berhari-hari menanti dengan "excited sekali"..


lets shout together !!
the day is TODAY !!!


***************


InsyaAllah andai dipanjangkn umur,
malam ni kami(dgn Alif Khairuman) akan bergerak ke destinasi Jaulah kami edisi 2013

ke mana??

australia bebeh ..

insyaAllah dalam pukul 11.30pm kami akan bergerak dari LCCT ke Kingsford Airport dan dijangka sampai pada pukul 10:30am di sydney.. 

haha..

nampak tak excitednya di situ?

wallahualam,
aku x dapat nak bayangkan segala urusan perjalanan kami kat situ,
kami kesana hanya berdua tanpa sebarang kenalan..

ada juga aku study benda2 kt sydney dan melbourne ni..
tapi kita tengok jela jadi mcm mana nanti..
;D

***************

Disebabkan ni pengalaman pertama aku naik kapal terbang,so mcm excited lelebih plak..
Disebabkan ini juga pengalaman aku pergi ke rantau orang,so excited tu jadi "kuasa dua"..


Allahuakbar !

x lain yang aku harapkan agar sahabat2 sentiasa mendoakan kami sepanjang perjalanan supaya selamat pergi dan balik..Doakan kami k !

banyak lagi amanah dan tanggungjawab kami kat bumi ni..


***************


So disebabkan objektif JAulah kali ni untuk habeskan hadis 40..So aku namakan jaulah kali ni sebagai JAULAH HADIS 40...

hahaha..senangnya kau bg nama kan? 

Ada aku kesah?
jangan tengok nama..tengok kerangka secara keseluruhan..! ;D
(haha..kerangka apa sangat la pun)

tiba-tiba ada suara sumbang jauh di pelusuk hati !

"eleh,baca hadis je pun.kat malaysia pun boleh baca"

So what?
"ko nk aku pergi sana join kelab2 malam ke apa?"
(*jawab dalam hati je)

betul..dekat malaysia pun boleh habiskan hadis 40 ni..
korg x percaya korg try la baca,mesti boleh habes punya..

yela,sebab aku pg pun guna duit sendiri kan,
soooooo...
terpulang kepada aku la kan nak buat apa..haha  ;D (*xde jawapan yg jelas)

insyaAllah,pupuk diri untuk mengutip sebanyak mana ibrah yang akan kutemui nanti..


***************
Berpuasa di AUSTRALIA?

teringin juga sebenarnya nak tahu mcm mana komuniti saudara kita beribadah di sana..
disebabkan tarikh yg kami pergi jatuh pada "winter" (hoho)


mount Buller..wait for us :D

so,siangnya sekejap sahaja..


maghrib pukul 5 wei..  :O

lagi satu persoalan dalam minda aku..
diorang ni xde buat iftar ke kat masjid ?
bkn apa..nak mengeratkan silaturrahim la kan..( saving weh :D )


***************




teringat pepatah melayu dulu2..

"jauh berjalan,luas pandangan"

"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin."






kepada geng2 yang dah grad DAURAH tu..update byk2 ye ilmu kalian..aku nak baca ! :D
x dpt join sampai abes sebab ada komitmen lain..



brace urself  brade n sistah..me n my deuter ready for this journey..my Journey

Sunday, 19 May 2013

#1 misi tarbiyah di bumi AUSSIE

assalamualaikum

tajuk kat atas macam gempak je..
insyaAllah..telah merancang dgn seorang sahabat
untuk cuba mengisi masa cuti final sem yg panjang nanti dengan suatu aktiviti yg bermanfaat..

perjalanan hidup ini penuh dgn tarbiyah dari Allah..
hanya terletak kepada insan sejauh mana dia menilai nilai tarbiyah yg mereka terima..



dan ianya hanya bermula dengan sebuah novel "contengan jalanan"
karya HLOVATE
memberi inspirasi kepada kami 
untuk mencuba harungi tarbiyah baru.



tarbiyah di bumi Aussie
melihat kehebatan tuhan di negara orang

perancangan masih lagi dalam proses..
insyaAllah semoga Allah permudahkan segala urusan

ayat keramat Alif

"kalau kita dah beli tiket flight,2 benda je yg boleh menyebabkn kita kena koyak tiket flight tu

1.KENA RESEAT PAPER
2.KITA BELI GUNA DUIT JPA

deal?"

aku faham maksud dia..tarbiyah bukan bermula di bumi Aussie..tapi tarbiyah harus bermula dari Malaysia lagi.

kena kerja la nampaknya cuti final nanti..
halangan pertama..
FINAL SEM 2
no reseat paper !!
wait for me :)