selasa
hari kedua aku berada di Sydney.Badan terasa penat setelah jauh berjalan dari Bondi Beach ke Bronte Beach.Hajat di hati ingin menapak sampai ke Cooge yg jaraknya hampir 6 km berjalan di coastal walk.
hajat hanya tinggal angan2.kaki terasa lenguh,minta direhatkan.tak pepasal muscle tare karang jadi satu hal.disebabkan masa pun hampir menunjukkan pukul 4 petang.kami kena bergegas ke perhentian bas EDDY AV yang terletak bertentangan dengan central station of Sydney.untuk berbuka satu hal.takut terlepas bas ke Melbourne satu hal.
kami gegas menahan bas di Bronte beach.
Alif sedang sibuk membaca peta.kemudian menulis.
"untuk travelog dia gamaknya"
monolog hatiku..
perjalanan dari Bronte ke Eddy Av mengambil masa lebih kurang 30-40 minit.
lama juga dalam bas..
tangan menyeluk saku beg kamera DSLR.
aku tak tahu,bila tengok permandangan di coastal walk tadi aku rasa tenang..
cantik
rasa semakin dekat dengan Dia.
hadis 40 yg terselit di saku beg dikeluarkan.
hadis ke empat..
"...maka demi Allah yang tiada tuhan selainnya,ada seseorang antara kamu mengerjakan amalan ahli syurga,sehingga tidak ada jarak darinya kecuali sehasta sahaja.maka dahulunya hanya atasnya takdir Allah,lalu dia melakukan perbuatan ahli neraka hingga ia masuk kedalamnya..."
cuba merenung balik diri sendiri.ayat dan perenggan yang sama cuba aku ulang berkali-kali.
ambik feeling orang kata.
aku sambungkan bacaan.
"...ada seseorang antara kamu yang mengerjakan amalan ahli neraka,sehingga tidak ada jarak darinya kecuali sehasta.maka dahulunya atas takdir Allah,lalu dia melakukan perbuatan ahli syurga hingga ia masuk kedalamnya."
nah kau.
aku cuba pandang semua penduduk tempatan yg ada dalam bas.
hidung semua mancung2.
aku tengok luar tingkap.nampak seorang pemuda kacak dengan kot hitam bersandar di tiang lampu trafik di Elizabeth street.
Harini mereka tegar sebagai seorang yang beragama kristian,dan hati seolah2 beranggapan mereka ahli neraka.tapi..
bagaimana kalau suatu hari nanti mereka diberi hidayah..?
bagaimana kalau suatu hari nanti aku ditarik hidayah..?
seperti yang disampaikan oleh nabi sebentar tadi..
nauzubillah..
benarlah kata para ulama'.
kalau kita rasa harini kita dah banyak buat amalan,jangan ingat kita mampu untuk membeli syurga Allah.hanya dengan rahmat dan ehsan Allah sahaja kita boleh ke syurga..
bermain di kepala syair doa imam syafie yang menjadi kontroversi di kalangan salafi
"wahai tuhan,ku tak layak untuk syurgamu,
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu.."
dalam sebuah hadis yang disebut imam muslim dalam kitabul iman
rasulullah saw bersabda
"seseorang melakukan amalan ahli syurga pada pandangan manusia,tetapi sebenarnya dia ahli neraka"
nauzubillah..
sumpah takut gila.
hadis 40 aku simpan kembali..
ayat tadi kerap bermain di kepala..
dah sampai..
masa untuk beli makanan berbuka..
sydney semakin gelap.
dahsyattttt. sentap den bacaaaa. hhuhuhu.
ReplyDeletepembetulan alif ada dua f man. aliff. haaaa