Friday, 5 July 2013

Ramadonul kareem


"andai ramadhan itu sebuah sistem,maka inputnya adalan iman,prosesnya adalah puasa,dan outputnya adalah taqwa"


aku tertarik dgn sepotong "quote" yg aku jumpa dalam buku JOM isu 16..wallahualam sahabat mana yg bagi pada aku..

tidak dapat dinafikan inilah sistem yang menjadi modus operandi di dalam madrasah tarbiyah ramadhanul kareem..


**********

aku pasti mereka yang beriman itu insyaAllah tidak menjadi masalah untuk berpuasa pada bulan ramadhan.Justeru melengkapkan sistem "input" dan "proses" tersebut.tetapi yang menjadi persoalan ialah "output" itu sendiri.

Ramai yang berpuasa,tapi baiknya ramadhan sahaja
Ramai yang bertadarus alquran,tapi solehnya ramadhan sahaja
Ramai yang berqiyamullail,tapi solat malamnya ramadhan sahaja

ada yg bertanya kepadaku
"kenapa selepas ramadhan org kembali kepada keadaan dirinya sebelum ramadhan?"


**********

berbalik kepada niat asal.
kita berpuasa kerana menjadi hamba Allah?
atau hamba ramadhan?


bukanlah puasa itu sekadar menahan rasa lapar dan dahaga..
tetapi mendidik diri untuk menjadi insan yang bertaqwa kepada Allah.

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." (al-Baqarah:183)

kerana mereka yg bertaqwa..
beribadah dan menyerah diri kepada Allah tanpa mengira masa..
RAMADHAN?
ianya madrasah tarbiyah !

**********

doa menyambut ramadhan
"Allahumma sallimni li ramadhoni wa sallim ramadhon li wasallimhu li mutaqobbala"
-Ya Allah,selamatkanlah aku untuk menghadapi ramadhon,selamatkanlah ramadhon itu untukku,dan selamatkanlah ramadhon itu daripada perbuatan maksiatku,sehingga ibadahku diterima-
(HR at-Tabrani & ad-Dailami)


-kuharapkan ramadhon kali ini lebih bermakna- 

No comments:

Post a Comment