Wednesday 20 August 2014

HOUSEMATE #1


" man, aku nak balik perak ni "

" bila ? "

" malam ni. "

" esok takde teaching ke ? "

" ada. "

" pukul berapa ? "

" pagi. Sebelum teaching aku balik la. "

" ada apa dekat perak ? "

" ada liqo' sikit. "

" balik naik apa ? "

" naik kereta. "

" balik dengan siapa ? "

" balik dengan arif asyraf. "

" wan afiq ikut sekali ? "

" err. Ikut. Hmm, asal lain macam je soalan ko, rasa macammm.. "

Tettt.

Dah bertahun-tahun aku duduk bilik single. Bukannya aku tak kesah sebelum ni, cuma aku taknak terlalu digelar orang menyibuk tepi kain orang lain.

But, since this time aku duduk serumah dengan 3 orang member lagi.

Jadi aku rasa, dah pasti adat hidup sebumbung, we care for each other.

Sebab kalau jadi apa-apa, for sure budak rumah kau yg akan ditanya bertalu-talu.

Ye dak ?

#SILAP


Manusia biasa. Mana bisa mampu berdepan sesama insan yang sering mengulangi kesilapan yang sama.

Manusia mudah jemu.

Jemu dengan kesilapan yang sama.

Berulang.

Manusia perlukan idea baru.

Tindakan baru.

Untuk kekal fresh.



Belajar.

Belajar dari kesilapan.

Kenal silap.

Beramah dengan kesilapan.

Bukan untuk ulang kesilapan yang sama.

Tahu behavior sesuatu kesilapan.

Untuk elak kesilapan yang sama berulang.


Tuesday 19 August 2014

..

If i could knew it earlier, i may not crossing the line.


Not just i gained nothing.


Guess now i loss something.


I feel bad.


Very bad.


I'm sorry.



Wednesday 13 August 2014

Tahalluf siyasi




Dua hari lepas aku terbaca satu status yang di share oleh seorang hamba Allah. Satu kenyataan yang disampaikan oleh hamba Allah juga yang memakai gelaran Ibnu Batoota.

Aku cuma nak highlightkan apa yang cuba disampaikan beliau berkenaan dengan konsep tahalluf siyasi. Aku taknak sebut atau sentuh perkara lain yang cuba disampaikan beliau. Cuma satu persoalan yang bermain dalam fikiran aku, yang aku perlukan satu explaination jawapan yang berdasarkan fakta. Rujukan dari kitab sirah.

" adakah nabi muhammad saw cuba bertahalluf siyasi hanya dengan ahli kitab sahaja, dan bukan dengan penyembah berhala ? "

Untuk dapat jawapan, aku tahu, ada beberapa kitab perlu dijadikan rujukan. InsyaAllah aku cuba cari masa untuk cuba selak sehelai demi sehelai. 

Aku cuma ingin mencari kebenaran dalam setiap fakta.

Wallahualam. Doakan aku !

InsyaAllah mana yang mampu untuk dikongsikan, aku akan kongsi.