Saturday, 6 April 2013

PELANGI KEHIDUPAN..KITA SALING MELENGKAPI

PELANGI KEHIDUPAN..KITA SALING MELENGKAPI

sambil berjalan...
dua sahabat rancak bersembang,memikirkan masalah yg berlaku di dalam jemaah mereka..

"syeikh,ana x puas hati la syeikh"

bicara azman..menimbulkan persoalan di minda Shaiful..

"apa yang enta tak puas hati ni?cuba cerita sikit..Kot2 ana boleh tolong enta setelkan".

senyum shaiful bagi menimbulkan suasana ceria.Risau beliau melihat keadaan Azman yang dalam kegelisahan..

"ana x puas hati la dengan budak baru dalam jemaah kita tu..serius semacam..sampai nak bergurau pun x boleh.."

tambah Azman sambil memuncungkan mulutnya..geram betul bunyinya...shaiful hanya tersenyum melihat gelagat azman

"enta bergurau terlebih sangat kot..?"

soal shaiful ringkas.

"mana ada terlebih,ana gurau biasa2 macam kita selalu bergurau tu la..tiba2 je dia jadi emo tegur tak tentu pasal..susah la macam ni syeikh,bila masuk jemaah serius...masuk jemaah serius..x syok la macam ni"

bentak azman.

"azman..Enta nak tahu satu benda tak?"

soal shaiful lagi.*senyum* wajahnya tenang.menenangkan mereka yang melihatnya.

"kalau tak keberatan apa salahnya"

jawab azman sambil membalas senyuman

"dalam kehidupan berjemaah ni azman,kita ada pelbagai ragam ahli..ada yang bagi komitmen..ada yang banyak bercakap..ada yang banyak mengomen..."

sambil menjeling azman

"ehem!!"

batuk azman seolah mengesan niat shaiful.mereka berdua ketawa kecil..pandai shaiful menarik perhatian sahabatnya..mengembalikan keceriaan di muka azman.

"ana sabung balik ya....dalam berjemaah,ada juga ahli yang suka main-main,suka bergurau,dan ada juga yang serius je..tapi cuba enta fikir balik..adakah benda sebegini memburukkan keadaan jemaah kita??tidak ana rasa..variasi sebeginilah yang melengkapkan kita..we need each other..! cuba enta bayangkan,kalau semua orang dalam jemaah kita suka bergurau..semua orang seronok bergurau,enta agak siapa yang nak tegur kita kalau masing2 dah hanyut dengan gurauan je...then,cuba enta bayangkan pula,kalau semua orang dalam jemaah serius..fuh,hilang satu nikmat ukhwah dalam jemaah..jemaah jadi bosan dan juga menyiksa jiwa kita..ana pun tak suka serius sangat ni,buat tekanan je..tapi pada sebahagian perkara,kita perlu serius..dan juga pada sebahagian perkara kita juga perlu bergurau senda untuk timbulkan keharmoniaan..sedangkan rasul juga pernah bergurau.."

shaiful memberi penjelasan kepada azman.azman mengangguk tanda faham..

"so?apa yang saling melengkapinya?"

soal azman inginkan penjelasan yang lebih lanjut..

"laaa...enta ni lampi juga ye..tak dapat tangkap lagi ea maksud ana?..haha"

ketawa shaiful melihat kerutan yang timbul di dahi azman..

"syeikh,straight to the point jela..tak perlu berkias-kias"

azman seolah-olah tak sabar mendengar penjelasan dari shaiful..

"macam ni,azman, dalam kita bergurau,kadang2 kita jadi lagho,kita terlupa had yang sepatutnya dibenarkan bergurau..pada masa tersebutlah kita memerlukan mereka-mereka yang serius untuk menegur kita..mereka menegur ada sebabnya..ana pun x rasa yang mereka sendiri nak serius dan menegur orang 24 jam..mereka ni macam check and balance untuk orang2 yng suka bergurau macam kita ni...samae goes for them,mereka yang serius ini juga memerlukan peranan dari orang2 yang pandai bergurau..supaya suasana jadi balance..tak terlampau serius,tertekan ak bergerak kerja nanti...enta dapat tak apa yang ana cuba sampaikan?"

azman angguk tanda setuju dengan idea yang dilontarkan sahabat baiknya.

"azman,Allah ciptakan manusia itu berbeza-beza..berbeza pemikiran..berbeza ideologi..berbeza pembawakan..tapi percayalah,Allah x ciptakan semua itu sia2..variasi mencantikkan suasana..bagaimana rasanya kalau hidup dialam dunia yang hanya ada kegelapan..?bukankah kehadiran warna dalam kehidupan itu menceriakan?cuba enta tgok pelangi..cantik kan"

tambah shaiful,memastikan azman betul2 faham apa yang beliau cuba sampaikan..

"betul tu syeikh,ana teringat satu ayat yang pernah enta share waktu usrah minggu lepas,dalam buku maza ya'ni,dalam bab 1,berkenaan saya mestilah muslim di sudut aqidah,point yang kedua.."
 
             أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثاً وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ 
(maka apakah kamu mengira,bahawa sesungguhnya kami menciptakan kamu secara main-main(saja) dan kamu tidak akan dikembalikan kepada kami  23:115)

tambah azman mengingat kembali penerangan yang pernah diceritakan oleh shaiful pada usrah yang lalu..

"betul tu,dalam konteks hamba,kita memang diciptakan untuk mengabdikan diri kepada Allah..itu tujuan penciptaan kita..kita bukan dicipta sia-sia..tapi ana juga percaya perwatakan kita yang variasi ini juga mempunyai hikmah yang tersendiri..jadi mengapa mengeluh sahabat..bersyukurlah kepada Allah..Dia mengurniakan seorang sahabat dalam jemaah kita yang mampu memegur andai kita tersasar dari landasan yang sebenar..bukankah itu yang terbaik untuk insan yang selalu leka dan alpa macam kita ni..iman manusia syeikh..kadang2 turun..kadang2 naik"

ujar shaiful..mereka berdua tersenyum..azman seolah2 mula memahami apa yang disampaikan shaiful..azman menepuk bahu shaiful beberapa kali,mereka teruskan perjalanan..masing2 senyap..akal fikiran ligat memikirkan perkara yang dibincangnya sebentar tadi..

"alhamdulillah"

bisik azman..

2 comments: