Thursday, 11 April 2013

Akh...ana futur




AKH...ANA FUTUR !
"Allah memanjangkan tanganya pada waktu malam bagi mengampunkan pembuat dosa pada waktu siang.Allah memanjangkan tangannya pada waktu siang untuk pembuat dosa pada waktu malam sehingga terbit matahari dari barat"
hadis riwayat Ahmad & Muslim

sungguh.Aku selalu jatuh.Tapi ini bukan alasan untuk aku tidak bangun..
wala takhofu wala tahzan..innallahu ma'ana

Disebalik kesesakan pelajar yang memenuhi kafe untuk lunch,kelihatan Rahman termenung di suatu sudut.Mengasingkan diri.Menyembunyikan diri dicelah-celah kesibukan tersebut.
Faiz yang dari tadi memerhati sahabatnya itu mula resah,memikirkan masalah yang dihadapi Rahman.Tanpa membuang masa,beliau nekad untuk menghampiri sahabatnya itu.

"Assalamualaikum Rahman,sorang je?"

Soal Faiz memulakan bicara.Rahman jadi kekok.Cepat-cepat dia mengubah ekspresi muka.Seperti tiada apa-apa yang berlaku.

"Waalaikumsalam.Oh Faiz,ye ana sorang je kat sini.Dudukla dulu."

Pelawa Rahman.Senyuman terukir dibibirnya.Faiz membalas senyuman.

"Rahman,ana tengok dari jauh tadi,enta asyik termenung je.Macam orang ada masalah je.Enta ok tak?"

Soal Faiz.Rahman senyap.Mukanya ditundukkan.Memandang ke lantai.Seolah-olah malu untuk menceritakan kepada sahabatnya.

"Rahman,ana ni kawan enta,kalau enta ada masalah,cerita pada ana.Apa guna kita berkawan kalau ana tak mampu untuk membantu"

Tegas Faiz.Bersungguh beliau ingin membantu sahabatnya itu.Rahman jadi serba salah.Matanya merah

"Ana lemah Faiz"

Ujar Rahman lemah.Kelihatan beberapa titisan air mata yang mula menitis di atas meja.sukar baginya untuk mengungkap masalah yang dihadapinya.

"berat masalah sahabat aku sorang ni"

Faiz bermonolog sendirian.

"Rahman,ana kenal enta dah lama.Belum pernah ana melihat enta jadi macam ni."

Rahman melihat wajah sahabatnya.Rahman mengalah.Inilah masanya yang diperlukan untuk meluah segala masalah yang dihadapinya.Lagi di pendam,lagi sakit jiwanya menderita.

"Ana lemah Faiz.Ana beramal.Ana bercita-cita menjadi seorang daie.Ana bercsungguh-sungguh menjadi seorang hamba yang soleh.Tapi Faiz,bila sampai satu masanya,ana pasti tersungkur.Walau macammana pun ana cuba mengelak dari terjatuh,seringkali jugala ana tersungkur.Ana tak tahu lagi macam mana nak buat.Sia-sialah amalan yang ana buat selama ini kalau ana asyik bermaksiat kepada Allah.Ana taknak semua tu terjadi akh.Ana ahli jemaah akh,malu ana dengan diri sendiri!"

Luah Rahman.Setiap tutur katanya menunjukkan bibit-bibit penyesalan.Faiz bersimpati.Dipegangnya bahu sahabatnya.

"Rahman,enta pernah dengar tak ayat ni 'yazid wa yanqus'?"

Soal Faiz.Tersenyum.Rahman menggeleng.Mukanya seolah-olah dahagakan nasihat daripada sahabat usrahnya itu.

" 'Yazid wa yanqus' ni sifat iman."

Sambil meletakkan tangan ditengah dada sahabatnya.

"Yazid bererti tambah,dan yanqus bermaksud kurang.Itulah sifat iman manusia.Bertambah dan berkurang.Rahman,disebalik turun naiknya iman seseorang itu,disitulah Allah meletakkan sesuatu hikmah yang sangat besar,andai kita menyedarinya."

Jelas Faiz.Rahman mengesat saki-baki air mata di pipinya.Takut kelihatan oleh pelajar yang lain di situ.

"Ana tak nampak hikmahnya.Apa yang ana nampak hanyalah kehinaan yang ada pada diri ana."

Keluh Rahman.Faiz menyambung bicaranya.

"Rahman,suka ana untuk berkongsi ayat yang ana temui di buku karya Hilal Asyraf  ni kepada enta.'hanya si buta mengetahui nikmatnya melihat,hanya si mati mengetahui nikmatnya kehidupan'.Di sini kita mula belajar erti "menghargai sesuatu".Rahman,percayalah pada ana.Hanya mereka yang pernah merasai turunnya iman,mengetahu betapa nikmatnya bila mana mereka berada pada tingginya sesuatu iman tersebut.Mereka mula menghargai saat-saat tingginya iman tersebut.Bila mana mereka jatuh,mereka rasa kosong,berasa kekurangan.Di sinilah,jika mereka seorang yang berjiwa sensitif,pastilah mereka akan bangkit untuk memperbaiki diri mereka.Dan apabila mereka bangkit,pastilah mereka akan bangkit lebih tinggi daripada sebelum kejatuhan mereka."

Rahman senyap.Benar juga kata-kata sahabatnya itu.

"kadang-kadang kita lupa Rahman,Allah mencipta kitaran iman tersebut sebagai satu bentuk pendidikan kepada hambanya.Inilah hikmah Allah.Hanya mereka yang pernah jatuh,mengetahui kepentingan berada di tempat yang tinggi.Dan bagi mereka yang mempunyai iman yang palsu,akan terus merudum jatuh lebih bawah dari yang sebelumnya.Ini ujian Allah Rahman!Sudahkah enta lupa kisah-kisah para sahabat yang lalu.Mereka juga melakukan kesilapan.Lihat bagaimana Abu Dzar bangkit dari kesilapannya yang pernah menggelar Bilal sebagai anak hitam sehingga ditegur rasulullah saw.Abu Dzar gentar dengan keimanannya yang menurun sampai diletakkan kepalanya keatas tanah supaya Bilal memijaknya sebagai balasan dari kesalahan yang dilakukannya.Akhirnya Abu Dzar bangkit dari kejatuhannya dan menjadi seorang yang lebih mulia dari sebelumnya."

Rahman angguk tanda faham.Faiz tidak berhenti di situ saja.

"Enta lupa ke perkara yang pernah berlaku kepada Kaab Bin Malik yang pernah leka sehingga meninggalkan Perang Tabuk?bagaimana beliau bangun menjadi hamba yang lebih baik bilamana menerima hukuman dari rasulullah,sehingga Allah menurunkan ayat al-quran secara terus mengampunkannya.Mereka tidak mengalah Rahman.Mereka jadikan kejatuhan itu sebagai pengajaran halus daripada Allah,untuk mereka lebih gagah menjadi seseorang yang lebih baik.Jadi,mengapa enta terlalu bersedih.Allah bagi enta peluang dengan menyedarkan enta akan kesalahan yang enta lakukan.Usah banyak bicara Rahman.Teruslah bangun dari jatuh,dan jadilah seseorang yang lebih baik dari sebelumnya."

Senyum Faiz.Bersungguh-sungguh beliau ingin kembalikan semangat sahabatnya.Kali ini Rahman tidak mampu menahan sebak.Terharu dengan nasihat yang disampaikan sahabatnya sebentar tadi.

"Faiz.Terima kasih kerana sedarkan ana.Ana hampir berputus asa."

kelihatan manik-manik kecil sekali lagi keluar dari mata Rahman.Cepat-cepat disapunya.

"Dah Rahman,tak usah bersedih lagi.Buruk rupanya.hehe.Masa yang ada ni,lebih baik enta mulakan dengan solat taubat.Ana pun ada kerja sikit sekejap lagi."

Rahman mengangguk.Faiz berdiri,meminta izin untuk beredar.Mereka bersalaman.Rahman memeluk erat sahabatnya itu,Terasa manis bilamana ukhwah yang diwujudkan bersandarkan semata-mata kerana Allah.

Rahman melihat Faiz bergerak pergi meninggalkannya.Tiba-tiba Faiz berpusing memandang Rahman.

"RAHMAN !! SURAH AZZUMAR AYAT 53 !"

Jerit Faiz sambil melambaikan tangan kepadanya!mereka tersenyum.Rahman segera membelek poket jaketnya.Dicapainya sebuah terjemahan alquran mini yang sering dibawanya.Di selaknya muka surat mencapai surah Az-Zumar



"wahai hambaku yang melampaui batas kepada diri sendiri.Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya Allah maha mengampuni semua dosa-dosa.Sungguh dialah yang Maha Pengampun,Maha Penyayang (Az-Zumar:53)"








*terdapat beberapa point penting yang dipetik hasil karya Hilal Asyraf(untuk kita pendosa)
*moga bermanfaat untuk kita semua.

1 comment: