Sunday, 14 April 2013

Antara FAHAM dan berTAQLID BUTA :)

AKHHHHHHHHHH...ana tak 'faham' la..!!!!




Rafizi dan Najib dalam perjalanan ke bandar.Masa lapang yang ada,mereka gunakan untuk bersiar-siar bagi menghilangkan stress setelah puas menelaah pelajaran modul "infection and immunity".Dalam perjalanan mereka ke bandar,bas yang mereka naiki,melalui satu kawasan kampung yang dikelilingi gunung ganang yang tinggi.


"...wa alqa fil ardi rawasiya an tamida bikum wabassa fiiha min kulli dabbbah..."
-dan dia meletakkan gunung-gunung (di permukaan ) bumi agar (bumi) tidak menggoyangkan kamu;dan berkembang biaklah segala macam jenis makhluk bergerak yang bernyawa di bumi.(31:10)-

Najib termenung.Memandang keindahan gunung-ganang ciptaan tuhan.

"Cantik sungguh."

Bisik hatinya.Rafizi disebelahnya kelihatan monyok,dahinya berkerut.Seolah-olah memikirkan sesuatu.Najib perasan sesuatu yang tidak kena pada sahabatnya.Najib berlagak seoalah-olah tidak perasan.

"Najib !"

Panggil Rafizi dalam intonasi suara yang agak perlahan.Najib menoleh kearahnya.Jangkaannya tepat.Pasti ada sesuatu yang ingin dibicarakan Rafizi.

"yes my brother.May I help you"

Sahut Najib,berlagak seolah-olah beliau pelajar yang mendapat MUET Band-6.Najib tersengih,dikelipkan sebelah mata kepada sahabatnya.Mereka ketawa kecil.

"Najib,ana nak minta pandangan dari enta ni."

"Owh,apa dia?Kalau ada yang ana boleh bagi,insyaAllah ana cuba bagi"

Najib senyum,menenagkan hati Rafizi yang meminta.

"Macam ni,baru-baru ni ana ditaklifkan jawatan oleh pimpinan untuk buat satu gerak kerja program  ni.Tapi gerak kerja ni bosan la syeikh.Tak fancy-fancy.Stress ana.Ana memang tak boleh stress-stress ni.Allergic sejak azali lagi."

Rafizi memulakan bicara.

"Kalau dah namanya gerak kerja,ada ke yang Fancy-fancy?"

Najib mengerutkan dahinya.Digaru kepalanya yang tidak gatal.

"Ada syeikh,enta je yang tak tahu.Macam mana ni?ana dah pening fikir ni.Ana dah berjanji untuk memberi komitmen pada gerak kerja tu.Ana takut la nanti kalau-kalau pimpinan hilang kepercayaan pada ana.Bukan ana tak nak buat gerak kerja.Cumanya ana rasa tak rasa seronok bila bergerak kerja.Macam takde keikhlasan tu.Macam mana ni syeikh?"

Rafizi cuba meraih simpati dari sahabatnya Najib.Najib tersenyum.Direnungnya kembali gunung-ganang yang  kukuh berdiri.Gagah!

"Raf,ana bila bercakap berkenaan gerak kerja ni Raf,ana suka untuk tanya soalan ni.Enta rasa,enta faham tak apa program yang enta cuba buat tu.?"

Soal Najib.

"Hmm..faham..kot.."

Jawab Rafizi.

"Enta dah baca dah obektif program tu macam mana?Enta ada baca matlamat program tu apa?"

"Hmm..ada baca sikit-sikit.Tapi tak berapa nak faham"

Jawab Rafizi ringkas.

"Itulah jawapan dia Raf.FAHAM.Sejauh mana enta faham kepada program dan gerak kerja yang bakal enta jalankan,setakat itulah komitmen yang enta boleh bagi.Bagi ana,kefahaman ni sangat penting dalam gerak kerja.Ana lihat sekarang,kebanyakan orang bergerak kerja,rata-ratanya tak faham kenapa mereka kena bergerak kerja.Atas alasan ' wala' ' mereka tidak berusaha untuk memahami,bahkan hanya bertaqlid buta.Mungkin ramai yang tidak mengambil berat akan perkara iini,tapi percayalah Raf.Besar kesannya kepada gerak kerja yang ingin dilaksanakan.Kerana tidak faham,lama-kelamaan,mereka menjadi bosan,mereka hilang keyakinan,hilang kepercayaan,akhirnya mereka menarik diri di tengah jalan."

Rafizi mengangguk.

"Taqlid buta tu apa syeikh?"

Soal Rafizi.

"Taqlid buta tu secara ringkasnya,umpama orang yang main ikut je apa yang orang suruh buat.Cuba enta buka surah al-isra' ayat 36."

Rafizi segera mencapai mashaf quran terjemahan di dalam poket jaketnya.Diselaknya dan dibacanya ayat tersebut.




"Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui.Kerana pendengaran,penglihatan dan hati nurani,kerana semua itu akan diminta pertanggubjawaannya."
(17:36)



"Enta tengok,kalau kita tadabbur ayat ni,Allah sendiri melarang kita membuat sesuatu secara bertaqlid buta.Kita kena faham.baru kita boleh ber-intima' 100 percent dengan gerak kerja yang diberi.Tak gitu?

Senyum Najib memberi penerangan kepada sahabatnya.Rafizi mengangguk,seoalah-olah mula faham dengan penjelasan yang diberikan Najib.

"Ooo..abes tu,macam mana nak bagi kita ni faham ye?"

Soal Rafizi lagi.

"Senang je Raf,bagi ana,kalau kita nak bagi faham ni,kita baca balik dasar-dasar program yang ingin kita jalankan.Kita rujuk balik objektif yang ingin dibawa dalam program tersebut.Itu la sebabnya kenapa ana tanya soalan-soalan tadi pada awalnya.Faham juga mampu membezakan kita mana satu wasilah mana satu ghoyah."

Jelas Najib lagi.

"wasilah?..ghoyah? erkk..Apa pulak tu syeikh?Pening ana.."

Soal Rafizi.Rafizi menggarukan kepalanya yang tidak gatal.Najib ketawa kecil melihat telatah sahabatnya itu.Rafizi mencebik.

"wasilah tu Raf,maksudnya jalan.Manakala ghoyah itu maksudnya matlamat.Ramai antara kita yang bila mana menjalankan gerak kerja dakwah ni,mereka selalu tertukar antara wasilah dan ghoyah.Ada juga yang menjadikan wasilah itu sendiri sebagai ghoyah!kan silap tu"

Jelas Najib.

"Contohnya..?"

Soal Rafizi lagi bagi mendapatkan kepastian.

"Ok,ana bagi contoh yang simple ya.Matlamat sesuatu program dakwah yang kita anjurkan kebiasaannya untuk memahamkan masyarakat mengenai islam,supaya mereka lebih dekat dengan Allah,disamping kita ingin mencari keredhaan Allah.Tapi,bila terlalu sibuk dengan perlaksanaan program sampai kita tertukar matlamat yang asal.Kita terlalu fokus kepada wasilah.Kita katakan yang matlamat akan tercapai sekiranya wasilah kita berjaya dijalankan.Adakah kehadiran peserta program yang ramai itu menjadi kayu ukur berjayanya kita mencapai matlamat?Tidak.Bukan bilangan yang menjadi matlamat kita,pemahaman mereka.Itulah matlamat utama kita.Biarlah yang datang itu hanya 10-20 orang,janji pemahaman itu sampai kepada mereka.Biarlah kita sudah merancang pelbagai usaha,tetapi ditentang pentadbiran,kita still lagi mampu mencari wasilah yang lain.Kerana wasilah itu ada beribu-ribu cara.Yang pentingnya matlamat tercapai.Tetapi,hakikatnya Raf,bila program kita ditentang,kita jadi kecewa.Kita sedih,sebab kita ingatkan kita tidak mampu mencapai matlamat kita.Ini kerana wasilah tadi yang hanyalah sebagai wasilah,telah bertukar menjadi ghoyah.Tidak berjaya laksanakan program tersebut,maka tidak berjayalah kita mencapai ghoyah kita.Padahal wasilah itu pelbagai.Enta faham?"

Rafizi mengangguk,terasa pedih kata-kata sahabatnya itu.Sungguh terkesan pada dirinya.

"oo..baru ana faham.Rupanya penting juga 'faham' ni dalam bergerak kerja ye."

Rafizi seolah-olah bersetuju dengan pandangan yang diberikan sahabatnya.

"Betul tu.Bukan terhad dalam gerak kerja sahaja,hari ni,kalau enta rasa enta tak mampu nak beri komitmen,dan berintima' secara 100 percent kepada jemaah,then enta kena tanya kepada diri enta balik,setakat mana enta faham pada perjuangan jemaah kita.!"

Semakin lama,semakin bas mereka bergerak menghampiri sebuah gunung yang sangat besar.Sebelum melepasi gunung tersebut,Najib berkata sesuatu kepada sahabatnya.

"Enta lihat gunung tu,gunung tu umpama 'kefahaman',bagaimana gunung itu Allah pasakkan pada bumi,supaya bumi tidak bergegar begitu jugala dengan 'kefahaman'.Kita kena pasakkan 'kefahaman' tersebut ke dalam diri kita,supaya komitmen diri kita tidak mudah goyang dengan pelbagai hasutan syaitan dan nafsu.!manusia mudah terleka Raf."

Najib tersenyum dan kembali memandang ke tepi tingkap bas.Dihayatinya keindahan alam ciptaan tuhan.Rafizi memegang bahu sahabatnya.

"Sekarang ana dah faham.Terima kasih Najib"

Mereka berbalas senyuman.Tidak lama selepas itu, bas yang mereka naiki melepasi kawasan kampung tersebut,dan perjalanan menuju kebandar diteruskan.Rafizi kelihatan tersenyum sendirian.Peringatan demi peringatan yang Najib kongsikan berlegar-legar di kepalanya.Bersyukur beliau dikurniakan sahabat seperti Najib.




p/s:pemahaman vs taqlid buat
     wasilah vs ghoyah

moga ada manfaatnya. :)


No comments:

Post a Comment