Di Sydney,nasib kami agak malang.Tersangatlah sikit bilangan masjid di sana dan semuanya terletak jauh dari tempat kediaman kami.Boleh kira selama 2 hari kami tidak mendengar azan.Hambar.
masjid kami ?
hanya di taman ataupun padang.
orang berpusu-pusu mengejar urusan duniawi,bangunan-bangunan pencakar langit gagah berdiri.Rohani langsung tidak terisi.
"susah juga kalau nak hidup kat negara orang ni"
**********
Berbeza ceritanya di melbourne.Di sini ramai pelajar-pelajar malaysia.Bahkan restoran islam juga banyak kelihatan.Mungkin kerana faktor universiti memainkan peranan.
Di melbourne terdapat 3 masjid yang cukup sinonim dengan pelajar malaysia di sana.Suasana yang agak berbeza dari malaysia,kebanyakan dari mereka adalah muslim yang berlatarbelakangkan identiti dan negara asal yang berbeza-beza.Ada yang dari mesir,ada yang dari czechoslovakia,ada yang dari palestin.Bertahun berkelana di bumi orang,bahkan ramai diantara mereka yang telah mendapat PR(permanent resident)
Berkongsi pengalaman berteraweh di sana,
bila aku tengok hidangan iftar,
nasi arab tu ! |
tourist guide kami..Umar hamzah.menunggu giliran dihidangkan nasi arab |
lenguh habaq ang !
Selepas habes terawih,kami diperkenalkan dengan seorang lagi ikhwah di papa john's restaurant.Alhamdulillah,atas dasar perjuangan dan aqidah yang sama,kami tak ambil masa yang lama untuk menjadi mesra.
makan lagi.
itadakimas ! 10 AUD untuk nasi dan rendang ayam. |
'abe' jejaka kelantan. |
**********
Berbeza pula suasananya dengan masjid yang kedua.masjid yang terletak di dalam uni melbourne ini lebih dikenali sebagai "masjid pelham" bersempena nama jalan tersebut
Pelham street.
Di sini,kebanyakan mereka yang menjadi imam adalah pelajar-pelajar uni tersebut.Dan kebanyakan antara mereka ialah pelajar dari malaysia.
So,tidak banyak bezanya dengan masjid-masjid di malaysia.
masjid lagi satu yang dikenali sebagai masjid turki.kami tidak berkesempatan untuk kesana.Diceritakan disana,terawehnya lebih cepat dan kadang-kadang kalah malaysia.wow.Memang cepat.
Aktiviti malam kami..
main-main dengan tupai POSSUM
"kenapa x tangkap je benda ni buat bela?comel apa."
"hish,binatang ni dekat sini lebih kurang macam tikus dekat malaysia je.suka geledah tong sampah"
"erk..seriously?"
No comments:
Post a Comment