Thursday, 1 August 2013

redahlah angin itu !



amer : Nizam,asal aku tengok kau sedih je ni?

nizam : ...

amer : asal ni weh,cerita la kat aku !

nizam : aku sedih mer,result aku x lepas.aku terpaksa ulang tahun

amer : ya Allah,banyak2 bersabar ye zam.


nizam : xpela mer.mungkin ada sesuatu Allah nak tunjukkn pada aku ni.mungkin aku study x ikhlas.mungkin usaha aku x cukup.mungkin niat aku x betoi..



**********
azwan : weh ,asal aku tengok kau marah2 ni ?

abu : aku tension la weh..

azwan :asal nye?aku tengok dah mcm org xde pedoman je

abu : ko x kena boleh la cakap.result aku x lepas kot..arghh, tension aku.Aku dah buat yang terbaik   kot.aku dah usaha,bukannya tak.aku rasa mcm sume ni x adil laaaa..

azwan : sabar laa..mungkin ada hikmah

abu : xde mendanya,doktor la ni kedekut sangat markah...^#!^%!


**********
"ujian itu ibarat tiupan angin yang tidak boleh ditentu.Namun,bagaimana kita menyambut ujian itu,bagaimana kita mentafsirnya,adalah layar perahu yang kita kawal."
-hasrizal abd jamil- 


berkerut juga dahi aku nak faham ayat di atas.tapi 3,4 x aku renung rasanya semua boleh faham kot.kalau aku yang slow ni pun boleh faham,xkan la korang x boleh ..kekeke

hidup kalau xde ujian memang xde cabaran.hidup pun rasa macam hilang kemanisan.tiada apa yang nak kita buktikan.

**********

ujian memang seperti angin,ia datang dalam keadaan tiba-tiba.ia datang dalam keadaan kita tidak bersedia.ia datang dalam pelbagai arah.adakah kita mampu mengawal angin tersebut?

tidak.

sama seperti ujian,kita takkan mampu mengawal macammana rupanya sekalipun ujian yang datang kepada kita.ujian mampu datang dalam pelbagai bentuk,ujian mampu datang dalam pelbagai rupa,dan ujian itu datang secara tiba-tiba,bahkan ia datang tanpa kita bersedia.

tapi jangan lupa,

kita tak mampu mengawal ujian,tapi kita mampu mengawal layar perahu yang berada di tengah tiupan angin,
samada kita mahu menyambut ujian itu dari sudut yang positif ataupun negatif,kita yang pilih !


bagi seorang mukmin,pastinya akan menilai setiap kesenangan dan kesusahan itu,adalah pelajaran hidup dari Allah.

"tafsirkanlah setiap liku hidup ini sebagai bahasa tuhan mengajar insan"


bersyukur disebabkan kegagalan bukanlah bermaksud kita redho atas kegagalan.tapi kerana kita bersyukur kerana Allah bagi pengajaran.

alhamdulillah.

"dan (ingatlah) ketika tuhanmu memaklumkan,'sesungguhnya jika kamu bersyukur,niscaya aku akan menambah (nikmat) kepadamu,tetapi jika kamu mengingkari (nikmatku),maka pasti azabku sangat berat"(ibrahim:7)

anda pilih.

4 comments: