bila dekat jadi tempat mengadu..bila jauh dia paling kita rindu...itulah IBU |
aku : maaakkkkkk,
mak : haa..apa dia?ad benda la tu..
aku : nak 5 ringgit boleh mak?nak p tengok bola kat kedai mamak..dapat beli sirap ais pun jadi la *buat muka kesian
mak : hmmm..ada2 je keje kamu ni..tengok bola la apa laaa
aku : hehehehe *sengih
mak : nah,sebab mntak 5 ringgit,so mak bagi sepuluh ringgit jela..sape suruh mintak 5 ringgit..
aku : uuuooooo.. (lebih dari cukup ni mak)
mak : nah ambik sepuluh ringgit ni..Pegi kayakan kedai mamak tu..
aku : hehehehe..masehhh
mak : tadi baki 5 ringgit yang mak suruh beli topup kenapa x ambek je?
aku : akim dah bagi kat mak tadi kan..x boleh ambik mak..kita kena jujur *ambik hati dia
mak : cehhh..yela tu
aku :hehehe *sengih
Mak belek-belek poket kecik handbag
mak : nah! ambik lagi 5 ringgit
Tergamam aku..!
Point dia,nampak tak dia instinct sifat keibuan di situ :D
Kadang-kadang memang tak dapat dinafikan yang ibu bapa kita juga terdedah kepada kesilapan.Mereka juga buat ada buat silap,sama macam insan biasa.Mereka bukan ma'sum.Ada je beberapa statement yang aku x setuju dengan ibu bapa aku.
tapi,
"hanya kerana beberapa kesalahan kecil membuatkan kita menghukum secara terus ibu bapa,jelas menunjukkan tidak bersyukurnya kita.Kadang-kadang kita lupa,kita juga berperanan dalam membina keluarga"
kadang-kadang aku terpaksa menasihatkan diri aku berkali-kali.
instead of kita jadi public tribunal,lebih baik kita jadi private motivator !
i luv u mom !
No comments:
Post a Comment