"APA YANG HEBATNYA PADA ADAT ?"
apa yang hebatnya pada adat?
hanya kerana adat kita bertikam lidah,bermasam muka,memendam bara dan gundah gulana.
apa yang hebatnya pada adat?
sehingga kita mengagung-agungkan sesuatu perkara melebihi ibadat.
apa yang hebatnya pada adat?
sehingga kadang-kalanya kita tercampur aduk dan keliru antara adat dengan ibadat.
apa yang hebatnya pada adat?
sehingga keluarnya pepatah "biar mati anak,jangan mati adat".Sedangkan nyawa itu kedudukannya lebih tinggi dalam maqasid syariyyah.
apa yang hebatnya pada adat?
adakah aku penentang adat?
tidak sama sekali!
malah aku turut akui,
"di dalam adat itu terkandung 1001 hikmah yang menjaga nilai kesopanan dan lemah lembut masyarakat melayu.Unik dan tradisional."
namun hidup zaman sekarang manusia harus pandai menilai.ada kalanya aku rasa terlalu terikat dengan adat hanya menyusahkan.Sehingga melibatkan perkara ibadah,itu menggusarkan.melihat ramai yang lagi keliru,itu mendebarkan.
pokok pangkal,carilah ilmu.
hidup kalau terlampau taksub pun problem juga.
hidup kena pandai menilai !
"barangsiapa yang mengerjakan amalan yang tiada perintahdari kami,maka ianya tertolak"
(hadis riwayat muslim)
No comments:
Post a Comment