Saturday, 3 August 2013

aku,kelapa dan dia



selesai solat sunat rawatib,imam berselawat menandakan solat sunat terawih akan bermula..
aku bergerak ke hadapan."site" untuk aku solat malam ni dah target awal2.


tidak jauh,kelihatan seorang yang sangat ku kenal.Bergerak ke arah yang sama.Dia berdiri untuk solat di
sebelah aku.Dia pandang aku,aku automatik tersenyum,sambil buat gwiyomi..


Tak.Aku bergurau je.


Aku senyum.Dia balas senyuman aku.Riak mukanya seolah-olah tertanya-tanya.

"Dia dah lupa aku kot"



**********


Tak asing lagi.Wajah beliau tak makan diusia,susuk tubuh masih bergaya.erk


darjah satu aku pernah kena cubit dengan dia sebab x hafal sifir.
darjah satu dia suruh aku berdiri atas kerusi sepanjang kelas sebab x buat kerja rumah.
darjah dua buku aku dia pernah campak ke luar kelas,sebab x buat kerja rumah.
darjah dua aku pernah kena pulas telinga dengan dia sebab berlari-lari dalam masjid waktu orang solat maghrib.
darjah tiga dia lantik aku jadi pengawas sekolah.
darjah empat dia pernah cubit perut aku sebab bergaduh dengan orang(budak kaki report)
darjah empat dia pernah panggil aku masuk bilik disiplin sebab ada budak report aku main sepak kaki orang bg jatuh waktu tengah solat jumaat.
darjah lima dia pernah lantik aku jadi ketua komanden pasukan pengakap,sebelum aku tarik diri alasan opah x bagi izin untuk aku sertai aktiviti KOKO.
darjah enam dia nak lantik aku jadi ketua pengawas sebelum aku letak jawatan sebagai pengawas kerana rasa diri belum cukup berdisiplin untuk jaga disiplin orang lain.

banyak sangat kenangan aku dengan dia..
banyak sangat benda yang aku belajar dari dia..

dia masih istiqomah solat di masjid seperti dulu..
dia masih komited mendidik anak bangsa seperti dulu..


cikgu Mohammad.
budak nakal akan panggil dia sebagai cikgu Mad pendek.
penampar dia orang panggil "penampar jepun"

" Walaupun cikgu dah tak kenal saya,insyaAllah jasa cikgu takkan pernah saya lupa "



psst..apa kena mengena dengan gambar kelapa tu?
xde apa.saje nak bagitau tadi berbuka puasa aku minum air kelapa fresh..ngee 

No comments:

Post a Comment