Wednesday, 9 October 2013

#kreatif





hari ini aku hadir awal ke dewan kuliah. seusai melangkah masuk, aku melihat dia berada di depan.

" bagi tazkirah ? " 

soal sendirian.

aku meletakkan beg, dan telinga aku fokuskan kepada pengisian beliau.

tajuk yang menarik.

aku pandang sekeliling, agak ramai orang yang ada dalam dewan kuliah tersebut. tapi sayang, ada yang buat kerja sendiri, ada yang bersembang dengan kawan-kawan yang lain, dan hanya beberapa yang kelihatan fokus kepada penyampaian beliau.


" hmm.. " 

satu persoalan muncul dalam minda aku,


" perlukah kreativiti dalam penyampaian ? 
bilamana kita kata hidayah itu milik Allah. "


sesetengah pihak berpendapat, kita perlukan kreativiti untuk menarik pelajar lebih mendalami agama. Pembawakan usrah harus lebih santai dan masuk dengan mad'u tersebut.

dalam masa yang sama,

ada yang berpendapat, penyampaian harus lebih serius, direct, dan menyentuh isu yang besar-besar. tak perlu risau penerimaan, hidayah itu milik Allah, yang penting kita dah berusaha.


usaha tanpa kreativiti?

bagaimana?

aku terdetik untuk memetik dan mengolah beberapa petikan dalam karya syeikh Muhammad Munir Al-Ghatban di dalam buku beliau, "Manhaj Haraki dalam Sirah Nabi saw


pengetahuan adalah suatu material yang penting dalam gerakan dakwah. Dakwah berdasarkan hanya kepada pengetahuan semata-mata, tanpa akhlak dan kreativiti yang menarik juga mendatangkan satu masalah kepada daie.
kecerdikan dan pengetahuan bukanlah suatu perkara yang kurang pentingnya, bahkan sangat dituntut sekiranya ia disertai pengalaman dalam masyarakat, kehendak dan juga kecenderungan mereka. 
dalam erti kata lain, daie harus lebih kreatif. Daie harus lebih arif untuk mengenali jiwa-jiwa manusia, kehendak dan keinginan mereka yang mampu menjadi kunci kepada gerakan bagi seorang daie dan juga sebagai pintu masuk ke dalam hati mad'u.

"maka tidakkah mereka menghayati Alquran? ataukah hati mereka sudah terkunci "

( muhammad:24)
setiap hati itu mempunyai anak kunci bagi kunci yang tersendiri. Yang paling penting menjadi seorang daie untuk lebih 'sensitif' memiliki kunci tersebut, dan mengetahui dari mana untuk masuk ke dalam hati tersebut, sehinggalah dakwah itu diterima.
 sejauh mana kita kata kita telah berusaha? sedagkan dalam masa yang sama, "kreativiti" dalam sesuatu penyampain kita tinggalkan.

be creative,

lead the world !

1 comment: