Tuesday, 26 February 2013

NOTA LIQO' 1


assalamualaikum wbt
catatan nota liqo' 1 sem 2

sedikit perkongsian untuk sahabat..

Alhamdulillah..seronok duduk kat KTSN ni..bi'ah dia alhamdulillah..terasa la suasana Biah solehah tu ada..
tambahan pula dgn pelbagai usaha dijalankan dari pihak BADAR sendiri dan individu2 yg "concern" supaya mahasiswa/mahasiswi KTSN "terisi"
rohani mereka..

baguslah :)
masing2 ada usaha untuk menjalankan kerja dakwah..

DAKWAH ?

dakwah merupakan satu benda yg sangat besar.secara matlamatnya mengajak orang untuk mendekati Allah.
Dan apabila sesuatu itu dikatakan sangat besar,maka bukanlah itu satu kerja ataupun tanggungjawab secara individu..Ianya memerlukan kepada JEMAAH..

dan antara dalil2 tuntutan berdakwah:

1.“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata “Sungguh, aku termasuk orang-orang Muslim (yang berserah diri)”. ( 41:33 )

2.Wahai orang-orang Yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan Yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa Yang tidak terperi sakitnya?(61:10)
 Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah Dengan harta benda dan diri kamu; Yang demikian itulah Yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya).(61:111)

3."Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan ummat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung." (2:104)

4."Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji)" ….(3:110)
*ulama haraki,assyahid Syed Qutb berpendapat,andai kita tidak menyuruh kepada kebaikan dan melarang kepada kejahatan,maka gugurlah taraf "sebaik-baik ummat" tersebut dalam diri kita..

maka ayuh lah kita berdoa dan sama2 berusaha supaya usaha2 yg telah diberikan akan berterusan supaya mahasiswa/mahasiswi KTSN(khususnya) lebih tajarrud dan mampu diserapkan nilai haraki dan fikrah islam itu sendiri..insyaAllah  

HUKUM ?

ulama berselisih pendapat dalam hukum yang berkaitan dgn tuntutan berdakwah ni..
terdapat 2 pendapat ..
1.FARDHU AIN
2.FARDHU KIFAYAH

jatuhnya hukum tersebut bergantung kepada keadaan semasa sesebuah negara.
sama ada negara tersebut adalah "muslim state" ataupun "islamic state"
rasanya semua faham kot apa makna istilah 2 benda ni..

bagi negara yg tidak mengamalkan islam secara total,ataupun "muslim state",jatuh hukum FARDHU AIN bg kerja2 ataupun tuntutan berdakwah..
manakala,bagi negara yg sudah mengamalkan islam secara total,maka hukum berdakwah jatuh FARDHU KIFAYAH ..

persoalan nya disini,apakah kriteria2 sebagai sebuah negara islam secara total?
dan persoalan yg kedua nya pula,adakah MALAYSIA ini sebuah negara islam yg total?

perbahasan yg besar untuk kedua soalan ini,yg memerlukan penjelasan dari bijak pandai.!

ANTARA WASILAH DAN GHOYAH

"wasilah"adalah cara ataupun jalan..
manakala"ghoyah" adalah matlamat...

antara matlamat utama sesebuah dakwah itu adalah tidak lain dan tidak bukan,iaitu membawa orang mendekati Allah,menyerahkan diri kepada Allah..
Dan terdapat pelbagai jenis wasilah,ataupun jalan yg boleh digunakan untuk mencapai ghoyah tersebut..
antaranya:
1.Bengkel pengurusan jenazah
2.Bengkel penghayatan solat
3.kuliah2 agama
etc etc

APABILA WASILAH MENJADI GHOYAH

antara isu yang sering timbul bg seorang daie ini adalah apabila berlakunya kurang kefahaman tentang perbezaan antara wasilah dan ghoyah
sebagai contoh..
jikalau harini pihak BADAR mengadakan sambutan MAULIDUR RASUL..
program2 yang diadakan itu ialah wasilah..manakala ghoyah kita adalah dengan menggunakan atau mengambil peluang terhadap "crowd" yg ramai dgn menyebarkan kefahaman berkaitan islam..
akan tetapi silapnya kita hari ini,bila mana wasilah itu dijadikan ghoyah..
kita menetapkan matlamat kita dengan memastikan kehadiran "crowd" yg ramai tersebut..
apabila ramai nya orang bersama2 dengan kita,kita jangkakan program kita telah capai matlamatnya,sedangkan matlamat kita yg sebenar adalah penyebaran tentang kefahaman islam itu sendiri kepada "crowd" yg hadir..

disebabkan itu,mengapa ramai diantara daie2 yang cepat mengeluh apabila program2 yg mereka rancang,mendapat tentangan dan tidak diluluskan oleh pihak yg lain..ini kerana wasilah yg pada asalnya hanyalah sekadar wasilah,tetapi telah menjadi ghoyah kepada mereka..seolah olah,perjalanan sesuatu program itu lebih utama berbanding penyebaran tentang kefahaman islam itu sendiri..
kita kadang2 terlupa..wasilah itu boleh datang dalam pelbagai cara.. 

SOLUSI

maka ayuhlah kita bersama-sama perbetulkan pemahaman kita berkaitan dengan kedua2 benda ini,supaya kerja2 dakwah yang kita lakukan lebih bernilai dan diterima Allah..
salah faham itu biasa,tetapi perbetulkan setelah faham adalah luar biasa ;)


hanyalah sekadar catatan nota tazkirah yang disampaikan oleh seorang ustaz..
andai tersalah silap,hanyalah disebabkan kekurangan yg ada pada diri ini..
sekadar ini yang ingin dikongsikan..


DAKWAH DAKWAH DAKWAH
aku pun masih lagi lemah dan sedang belajar..
dakwah bil hal pun x lengkap lagi T_T
andai salah tolong perbetulkan..

 22/2/2013
2:43am

No comments:

Post a Comment