Tuesday 26 February 2013

NOTA LIQO' 2


catatan nota liqo' ke 2 sem 2
27/2/2013
rabu
8:20 am 


bismillahirrahmanirrohim..

TUNTUTAN SEBAGAI SEORANG HAMBA
sebagai seorang hamba kepada penciptanya yang agung,sudah menjadi kewajipan kepada kita untuk melaksanakan tuntutan2 yg diberikan kepada kita sebagai tanda pengabdian kita kepada Allah..

"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu"(Az-Zaariyat:56) 

dan tidaklah konsep "ibadah" itu terhad di tikar sembahyang,surau ataupun masjid..

*secara asasnya terdapat 3 perkara yang dituntut Allah yang menjadi tanggungjawab dan amanah kepada hambanya

1.menjadi khalifah

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi."ila akhir ayat (al baqarah:30)

Dan dia lah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa derajat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaan-Nya dan Sesungguhnya dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (al-An`am;165) 

dan antara hadis yg masyhur

Rasulullah s.a.w bersabda “Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu sekelian akan ditanya perihal kepimpinan kamu. Seorang Imam (ketua) adalah pemimpin dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang lelaki adalah pemimpin keluarganya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Isteri adalah pemimpin dalam rumahtangga suaminya dan dia akan ditanya mengenai tanggungjawab kepimpinannya. Seorang pembantu adalah pemimpin harta majikan dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang anak adalah pemimpin harta bapanya dan dia bertanggungjawab mengenai kepimpinannya. Maka setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. “ (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 

2.berdakwah

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji)" ….(al imran:110)

3.amanah
dan tuntutan yang terakhir sekali ialah "amanah"..iaitu kita diamanahkan untuk melaksanakan kedua2 tuntutan yg di atas !
no kompromi..!  

ANTARA KEHEBATAN,PERANCANGAN SERTA UJIAN DAKWAH RASULULLAH SAW

*saat2 awal bermulanya dakwah rasulullah kita boleh lihat kepada siapakah mereka-mereka yg mula2 mendapat dakwah itu sendiri.
yang pertama sekali menerima dakwah ialah 

"SITI KHADIJAH"
bak kata pepatah,bagaimana suami begitulah isterinya..(baitulmuslim)
seorang usahawan yg berjaya
siti khadijah merupakan insan yang paling rapat dengan rasulullah
insan yang paling banyak berkorban untuk rasulullah

Rasulullah bersabda tentang Khadijah, “Allah tidak menggantikan untukku wanita yang lebih baik darinya. la beriman kepadaku di saat orang lain ingkar kepadaku, ia mempercayaiku di saat orang lain mendustakanku, ia menolongku dengan hartanya di saat orang lain tidak ada yang menolongku, dan Allah telah mengaruniakan kepadaku putra (dari hasil perkawinan dengan) nya sedang wanita-wanita lain tidak.”

dan kemudiannya dakwah disampaikan kepada Ali bin Abi tolib sebelum di sebarkan selama 3 tahun secara bersembunyi di rumah arqam bin abi al-arqam kepada sahabat2 yg rapat..
Hal ini merupakan stratergi rasulullah di samping untuk mengumpulkan sokongan..
"sokongan"
sokongan inilah yg penting..
tatkala bersendirian,lemah,kecewa dan sebagainya,"sokongan" inilah yg diharapkan bagi menarik tangan kita untuk bgn kembali..

*dan di antara ujian yg diterima rasulullah
antara kisah yg masyhur adalah kisah dakwah rasulullah yg berlaku di taif..bilamana rasulullah diherdik dan dibaling dgn batu sampai berdarah..
sedang rasulullah duduk di bawah pohon,datang jibril AS..melihat kekasih Allah dalam keadaan begitu,jibril meminta kebenaran rasulullah untuk menghancurkan taif sepertimana yg pernah dilakukannya dahulu kepada kaum2 yg ingkar..tetapi tidak dibenarkan rasulullah.
sebaliknya,baginda berdoa kepada Allah

“Ya Allah, berilah hidayahMu kepada bangsaku (Arab Taif), sesungguhnya mereka tidak mengetahui.”

satu persatu ujian yang diterima rasulullah menunjukkan kerja dakwah itu bukannya satu benda yg mudah..
sehinggakan ada ulama berkata..andai dakwah yg kita bawa itu tiada ujian dan dugaan..
senang,mudah lagi menenangkan..
ingatlah..
mungkin dakwah yg kita bawa tu
1.lebih hebat dari rasulullah
2.sesat lagi menyesatkan

andai kita bicara dakwah itu satu kerja yg sukar..
maka bukanlah ia satu kerja individu..tetapi menuntut kepada kita untuk BERJEMAAH
persoalan kepada diri kita?
mampukah kita untuk berdakwah bersendirian?
menerima ujian secara bersendirian?

dakwah memerlukan pengorbanan..
dakwah memerlukan kekuatan..
dakwah memerlukan sokongan..
bagaimana ingin menjadi sehebat rasulullah?
bagaimana ingin memiliki ketabahan dan ketahanan seperti rasulullah?

BAGAIMANA INGIN MENYERAPKAN KUASA DAKWAH RASULULLAH DALAM DIRI

1.ilmu
ayat pertama yg disampaikan kepada rasulullah melalui jibril as adalah "iqra'".sebanyak 3 kali sebelum rasulullah berjaya mengulangi ayat tersebut kerana terlalu takut..
-->surah pertama yg disampaikan,Allah menyentuh ttg kejadiaan manusia kemudian mengaitkan dgn kepentingan menuntut ilmu
oleh itu,sama2 lah kita tidak meninggalkan sebarang majlis ilmu
usrah..liqo'..tazkirah dan sebagainya
insyaAllah

ilmu itu adalah cahaya..cahaya yang membuka pintu kegelapan kepada cahaya keimanan

2.kefahaman
ilmu dan kefahaman adalah satu perkara yang x mungkin dapat dipisahkan
dalam menuntut ilmu,mesti mempunyai rujukan tersendiri..
jangan biasakan menuntut ilmu secara bersendirian,kelak kefahaman yang sebenar tidak sampai,malah mampu membawa kepada kesesatan seperti yg banyak berlaku zaman sekarang.

3.beramal
ulama' berpendapat untuk beramal dengan amalan2 yang mulia adalah dengan menjaga "solat" itu secara khususnya..baik ataupun jahat seseorang itu terletak pada solatnya.
FAIL solat,FAIL lah segalanya

"aku walaupun suka mencuri,tapi solat aku x pernah tinggal bro "
macam mana pula?

(almaarij:19-22)
"sungguh manusia diciptakan bersifat suka mengeluh"
"apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah"
"apabila mendapat kebaikan(harta),dia menjadi kedekut"
"kecuali orang2 yang melakukan solat"

bukan setakat bersolat saja..khusyuk pun kita kena tgok juga..
disebabkan tidak khusyuk lah mengapa masih ada yg bermaksiat walaupun masih bersolat.

"Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar’’ (Surah Al-Ankabut:45)

Rasullullah bersabda:
"Ramai sekali orang mengerjakan sembahyang, tetapi bahagian yang diperolehi dari sembahyangnya hanyalah penat dan letih"(riwayat ibnu majah)
Orang yang dimaksudkan Rasulullah ialah orang yang lalai dalam sembahyangnya

selain menjaga amalan solat,antara amalan yang penting adalah amalan2 sunat.dan antara yg ditegaskan para ulama ialah amalan solat sunat rawatib
solat sunat rawatib-->solat sunat witir-->qiyamullail-->solat sunat dhuha-->membaca alquran

hadis qudsi:
"sesungguhnya aku mengukur kasih sayang hambaku dengan sejauh mana mereka menjaga perkara2 sunat"
sambungannya andai kata kita menjaga amalan sunat kita,maka kita akan mencapai tahap dimana kita menyayangi dan mengasihi Allah,dan Allah juga menyayangi dan mengasihi kita
dan andai terjadinya perkara itu,maka antara yg diberikan Allah kepada kita
"yang pertama,aku menganugerahkan padanya redho"
"yang kedua,doanya akan diterima Allah"
"dan yang ketiga,Aku memberikan dua mata,dua telinga,dan dua tangan dan kaki"(boleh disemak kembali)

ulama menafsir,dua mata,telinga,tangan dan kaki itu adalah anggota yang mudah untuk berada di jalan Allah
anggota yang mempunyai kekuatan untuk berjuang di jalan Allah..
Anggota yang tabah menerima ujian di jalan Allah

4.JEMAAH
seperti yang ditulis di  atas,jemaah memainkan peranan penting dalam pergerakan sesebuah dakwah
mungkin berseorangan kita boleh mengajak seseorang itu melakukan kebaikan..justeru,lengkaplah "amar ma'ruf"
bagaimana pula dengan "nahi mungkar"
benar,"nahi mungkar" merupakan perkara yg agak berat..
tetapi tidak lengkaplah tuntutan "amar maaruf nahi mungkar" andai "nahi mungkar" tersebut diketepikan..

ulama berpendapat,untuk mencapai "nahi mungkar" kita memerlukan kepada "kekuatan" dan "kuasa"
dan "kuasa" itu ada pada "politik"..
andai kuasa islam yang merajai sesuatu politik,maka dengan mudahnya sesuatu mungkar itu terhalang..sebagai contoh apa yg berlaku semasa zaman pemerintahan rasulullah,khulafa' arrasyidin dan seterusnya..

jemaah bukanlah terhad kepada politik semata2..politik hanyalah wasilah kapada dakwah dan ghoyah yg sebenar adalah penyebaran islam itu sendiri..

andai kita kata tanpa jemaah kita mampu berdakwah dan menyambut seruan "amar maaruf nahi mungkar" sehingga terbentuknya ustaziyatul alam..buktikan !

dan bila berada dalam jemaah,dengan amalan2 yang mampu memberikan kekuatan,seharusnya kita mampu menjadikan sesuatu yang "negatif" kepada "positif"

kerana inilah antara barah yang sedang menular di dalam jemaah..
saat tidak mendapat sokongan,
kita cepat berputus asa
kita cepat berfikiran negatif
kita hilang kepercayaan

kita ingin dihormati..(pimpinan)
*bila pendapat tidak diterima,kita cepat kecik hati
*bila pandangan kita dikritik,kita cepat ambik hati

sedangkan sewaktu penciptaan manusia pun Allah meminta pendapat dari malaikat..walaupun malaikat sendiri tidak nampak tujuan sebenar penciptaan manusia ketika itu..
sedangkan pendapat nabi muhammad pernah ditentang dan dikritik sahabat,sebagai contoh apa yg berlaku ketika perjanjian hudaibiyah..

inikan pula kita manusia biasa..
bila pendapat ditolak,kita dah berputus asa..
patutkah?

itulah pentingnya kekuatan..
kekuatan yang mampu kita peroleh dari amalan2 kita seharian..
andai kita mempunyai kekuatan,semua perkara tersebut mampu dilihat dari sudut yang positif..
terima setiap kritikan sebagai satu penambahbaikan dan satu cabaran.
untuk memacu jemaah ke tahap yang lebih baik.

KESIMPULAN
banyakkan
1.menuntut ilmu
2.semaikan kefahaman yang sebenar mengenai haraki
3.banyakkan amalan2 sunat sehariaan
4.hiduplah dalam keadaan berJEMAAH

sumber:
tazkirah ustaz Adha
selasa
26/2/2013

No comments:

Post a Comment