definisi Al-manhaj Al-haraki
langkah-langkah yang jelas,terang yang dipelopori oleh nabi saw,
sejak diutuskan menjadi rasul, sehingga wafat.
basically di dalam manhaj haraki, terdapat beberapa peringkat-peringkat yang mana kita harus menyusuri selangkah demi selangkah supaya ianya menjadi jelas.
dalam menjalani pergerakan islam, maka contoh apa lagi yang perlu kita ikuti melainkan kita meneladani langkah yang digerakkan oleh rasulullah saw.
" demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan dari Allah dan balasan baik akhirat... "
( al-ahzab:21 )
hakikat mengikuti setiap langkah-langkah baginda tidak lain melainkan mengharapkan keredhaan Allah swt. Bukankah Allah telah teguhkan hati Nabinya dalam melaksanakan langkah ini.
secara tidak lansung,
manhaj haraki ini juga sebenarnya, manhaj ketuhanan.
dari satu sudut lain,
ianya satu pintu jalan kepada gerakan islam dalam merencanakan politiknya( mengikut langkah-langkah sirah nabawiyyah ) yang mana tidak lain tidak bukan, untuk sampai kepada menegakkan hukum Allah di muka bumi.
peringkat-peringkat Manhaj Haraki
secara ringkas peringkat-peringkat yang digambarkan dalam manhaj ini boleh dihadkan kepada 5 peringkat utama.
pertama : dakwah dan stratergi secara rahsia
kedua : dakwah secara terbuka, stratergi secara rahsia
ketiga : menegakkan negara
keempat : negara dan penetapan ketuanya
kelima : menyebarkan dakwah dimuka bumi
No comments:
Post a Comment