Apa ertinya kehadiran jemaah-jemaah di kampus sekiranya tidak mampu menjadi rahmat kepada masyarakat luar ? Aku rasa ramai dikalangan kita masih terperangkap jumud dengan langkah-langkah abang kakak kita yang lepas, masih memperjuangkan isu dan perkara yang sama.
Berulang dan terus berulang tanpa penyelesaian. Tahun akan habis dan pimpinan berganti. Tapi masih berada pada cycle yang sama.
" KTM kat bangi beroperasi hampir 30 tahun. Dan masalah yang sama berlaku. Train lambat, train tak tepati masa. Padahal setiap tahun kita menghantar pelajar belajar di negara yang mempunyai sistem keretapi yang hebat, tapi sayang kelemahan ni tak mampu ditampung oleh mereka yang berada di sana. " -ZF ZAMIR
Di mana rahmatnya?
Dan harini aku rasa dah terlalu ramai orang bercakap perkara yang sama. Dah ramai orang yang utarakan isu yang sama. Kita ada persatuan mahasiswa fakulti untuk bercakap mengenai isu-isu fakulti. Kita mempunyai majlis eksekutif kolej untuk utarakan hal-hal kolej. Dan siapa pula yang nak dekati isu-isu masyarakat ?
Aku tengok ahli jemaah sekarang makin terhibur dengan isu universiti hingga tak pernah terfikir nak turun dalam masyarakat. Kita kata kita disediakan untuk masyarakat , tetapi kita tak pernah didedahkan lebih awal dengan masyarakat ketika di universiti.
Nak kerja untuk masyarakat macammana?
Aku tak nafikan, ada usaha-usaha dari ngo lain yang menyediakan platform untuk mahasiswa turun dalam masyarakat, sebagai contoh GAMIS. Tapi berapa ramai mahasiswa yang berani untuk turun? Semua kerana dek doktrinisasi dengan gerak kerja senior-senior yang sebelumnya memang tak pernah terasa nak ambil port langsung dalam masyarakat.
" senior kita dulu tak pernah join pun. "
Zaman kini, aku rasa tak perlu lagi kalian yang kata aktif bergerak untuk ummah bergerak terlalu laju dalam kampus. Aku dan sahabat yang lain dah muak. Berpuluh soalan dan isu yang diajukan kepada pihak yang bertanggungjawab tetapi jawapan semuanya nak menjaga kepentingan masing-masing.
Kau kecewa.
Cuma aku rasa satu je kau tak kecewa. Bila kau turun dalam masyarakat, kau bantu mereka yang memerlukan. Kau hayati suasana kehidupan mereka. Kau jiwai sengsara mereka. Kau takkan kecewa. Kau keluarkan diri dari kepompong birokrasi yang menyekat diri kau untuk menjadi somebody. Dan kau akan temui sesuatu yang tak pernah kau rasai.
Kepuasan.
Dan kepuasan sebegini kau perlu alami sendiri. Aku tak perlu cakap banyak. Kali ini aku nak bawak kau semua keluar dari universiti.
*thumbs up*
ReplyDeletemohle kitee yob.
ReplyDelete