permulaan juzu' 10 dalam Al-Quran, Allah memulakan bicara agungnya mengenai
status harta rampasan perang. seterusnya Dia membicarakan mengenai sebuah
peperangan yang sangat agong dikenali Badar-al-Kubra.
" diampun dosa ahli peperangan badar itu, sebelum,
ketika, dan selepas peperangan itu. "
lantas tertanya, apakah yang menyebabkan peperangan ini
sangat mulia disisi tuhanNya?
nombor, bilangan dan figuratif merupakan satu perkara yang
sangat penting dalam apa jua keadaan. bilangan kelas yang lebih dari 3 kali
sehari juga dalam pelajar sudah menggusarkan hati kita dan merungut.
bayangkan.
Apakah kau
rela menghadap tentera musyrikin yang bilangannya mencecah seribu orang,
sedangkan kekuatan engkau hanya sekadar 313 orang.
ini tidak adil. apakah engkau menyangka tidak getar
hati mereka?
" (Ingatlah wahai Muhammad) ketika Allah memperlihatkan
mereka kepadamu dalam mimpimu sedikit bilangannya; dan kalaulah Ia perlihatkan
mereka kepadamu ramai bilangannya, tentulah kamu akan merasa gerun dan tentulah
kamu akan berbantah-bantahan dalam urusan (perang) itu. Akan tetapi Allah telah
menyelamatkan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati)
yang ada di dalam dada. "
permainan pikologi bermula. Allah sampaikan berita gembira
kepada mereka. Allah menanamkan keyakinan kepada tenteranya. Berjuanglah
sehabis baik. Turunlah ke medan badar seikhlas hati. Dan percayalah kepada
janji tuhanmu. Bertawakallah kepada tuhanmu. Dia akan membantumu.
" Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu
dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya,
dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu
berjaya (mencapai kemenangan). "
Apakah jenis pertolongan yang dijanjikan Allah?tatkala Syaitan yang menyaksikan pertembungan dua kumpulan itu berazam untuk membantu si Musyrikin sempat memperkecilkan kaum
musllimin.
“ kamu tidak akan menang pada hari ini! ”
Sebaliknya, mereka yang berlari lintang pukang tatkala turunnya bantuan dari langit tersebut.
وَإِذ زَيَّنَ لَهُمُ الشَّيطٰنُ أَعمٰلَهُم وَقالَ لا غالِبَ لَكُمُ اليَومَ مِنَ النّاسِ وَإِنّى جارٌ لَكُم ۖ فَلَمّا تَراءَتِ الفِئَتانِ نَكَصَ عَلىٰ عَقِبَيهِ وَقالَ إِنّى بَريءٌ مِنكُم إِنّى أَرىٰ ما لا تَرَونَ إِنّى أَخافُ اللَّهَ ۚ وَاللَّهُ شَديدُ العِقابِ
" Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka
perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta
menghasut mereka dengan berkata: "Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari
umat manusia yang dapat mengalahkan kamu, dan sesungguhnya aku adalah pelindung
dan penolong kamu". Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan
kafir musyrik) masing-masing kelihatan (berhadapan), Syaitan itu berundur ke
belakang sambil berkata: "Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat
melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada
Allah, dan Allah sangat berat azab seksaNya ".
“ aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya”
Turunlah malaikat berbondong-bondong menyahut perintah Allah.
Membantu kaum muslimin menewaskan kaum musyrikin. Tentera dari langit telah
tiba. Dan inilah janji dari tuhanMu yang tidak pernah memungkiri janjiNya.
Tidak pernah logik di pemikiran manusia, bagaimana bilangan
kecil mampu mengalahkan bilangan yang ramai. Tidak pernah logik di pemikiran
manusia bagaimana hambanya sanggup mengorbankan jiwanya menghadap mereka yang
bilangan ramai dan masih meruap2 kemarahannya ingin membunuh setiap jasad
muslimin itu.
Tapi inilah dia sang perwira badar. Mereka yang tidak pernah
meragui janji Allah. Mereka yang mengabdikan diri kepada Allah. Dan mereka yang
senantiasa mengejar kemuliaan Allah. Mereka membayar satu harga yang sangat mahal.
Mereka dimuliakan Allah.
No comments:
Post a Comment