kadang-kadang aku perasan juga satu perangai budak-budak universiti ni. Tambah-tambah untuk mereka yang usia mencecah 23 atau 24 tahun. Gaya macam memang dah nak berumah tangga sangat dah. Okeh aku akui, kalau dari sudut persiapan tu aku rasa normal la. Kau nak simpan duit, kau nak baca buku tarbiyatul aulad ke, kau nak pergi dengar kursus kahwin ke, konvensyen kahwin ke. Okehlah, itu aku rasa tiada masalah. Tapi yang jadi masalah ialah kesemakan yang berlaku apabila aku tengok korang ni, pasangan lelaki perempuan ni dah macam official laki bini pulak.
Kesemakan yang kedua adalah apabila benda ni dilihat masyarakat kampus seolah-olah suatu perkara yang normal. Kesemakan yang ketiga, suasana di universiti ini pulak mendesak engkau untuk melihat ini sebagai suatu yang normal. Semak fikiran aku. Ini baru tiga kali semak. Kalau empat kali semak, mungkin aku pulak yang dilamun cinta. choi .
Kau menggelabah bila ada pelajar pergi demostrasi, kau suruh diorang fokus pada pelajaran. Punya cantik ayat kau bila nasihat diorang. Macam baru lepas buat dosa besar. Habis yang kaki lamun cinta ni kau takde pulak tegur diorang suruh fokus pada pelajaran?
" diorang bercinta, tapi pemangkin semangat untuk berjaya syeikh. bukan tiap masa berkepit. "
" habis kau ingat, bebudak tu 24 jam berdemo? "
Okeh takpe. Kepelikan aku yang kedua, yang bebudak ni pergi keluar dating laki perempuan, lepas tu yang diorang ni pergi pulak dating dekat tempat yang dah memang jadi port student. Lepas tu kalau kecoh pasal diorang dating, diorang marah-marah pulak. Yang ni lagi satu logik yang menjadikan otak aku berat nak hadam. Takkan benda simple macam ni nak kena aku ajarkan?
Ni mari sini aku nasihatkan. Kalau taknak benda jadi kecoh, jangan la kau dating kat tempat yang biasa jadi tempat lepak student. Cuba kau pecah sikit kepompong pemikiran tu. think outside the box la. Bila AGM persatuan bukan main lagi kau mengkritik dan bagi pandangan. Benda simple camni, aku juga yang kena ajar. Tapi, kalau korang memang jenis tak kisah terpulang la. Diri masing-masing kan.
Tempat ada banyak wahai abang dan kakak, kau jalan jauh sikit je dari kampus, kau pergi la tempat yang grand-grand. yang ni aku jamin student akan takde. Student bukannya berani makan tempat mahal-mahal. kecuali dating la, sebab macam biasa, lelaki kena tunjuk power. Atau kalau korang nak tempat yang paling ultimate, power dan selamat, korang tahu tempat yang macam mana?
" tempat yang korang rasa Allah tak nampak korang buat apa. "
p/s: Aku cannot brain bila orang kata aku menggelabah nak kahwin bilamana aku cerita yang aku dah start menyimpan duit untuk berkahwin. Walaupun masih tiada calon. Serius yang ni aku tak boleh terima. Habis tu yang duk pergi dating-dating tu kau tak kata pulak diorang menggelabah? grr. stress aku dengan dunia sekarang.
No comments:
Post a Comment