Monday, 21 March 2016

#1 MENDEFINISIKAN FINANCIAL FREEDOM



Jujur dengan aku, apa yang korang faham bila pertama kali dengar pasal konsep financial freedom? korang mesti terbayangkan orang yang tiada had ketika membeli belah. Bebas berbelanja. Ada mansion dalam estet yang bernilai jutaan ringgit. jet peribadi sendiri. tiap bulan belayar atas cruise peribadi. etc etc

Jangan risau, sebab aku dulu pun fikir macam tu juga. Sebab tu aku percaya kata-kata 'knowledge' tu perlaburan yang paling power. Kau tak rugi apa jika kau invest something terutamanya bab ilmu atau pengetahuan. sebab dengan ilmu yang kau apply, kau boleh turn things yang impossible kepada possible. Aku jamin !

Bila aku sebut pasal financial freedom depan member-member aku, aku yakin dan percaya di sebalik hulu pangkal hati mereka, mesti ada yang tersenyum sinis, "seriously? Financial freedom bro? Talking nonsense ea bro?" Kau nampak tak macam mana orang korporat mendefinisikan maksud financial freedom menyebabkan mereka dilihat elitis di kalangan marhaen jalanan. Diorang mendefinisikan sesuatu yang menyebabkan kau kelihatan mustahil untuk capai setaraf mereka.

oh come on dude, kita ubah definisi ni biar kita juga boleh pecahkan tembok kapitalisme yang dah lama membezakan kaum pekerja dan kaum elitis. Kau percayalah yang kita juga mampu capai financial freedom yang kita inginkan. Dan meletakkan kita searas dengan elitis di luar sana.

tapi definisi yang bagaimana?

Definisi yang Alwi Adam maksudkan bersifat lebih terbuka dan praktikal bersesuaian dengan individu masing-masing. Kau percaya tak keperluan dan kekuatan berbelanja seseorang itu takkan sama antara satu sama lain? that's why definisi yang diperlukan perlu mempunyai fluidy dia tersendiri dan tidak rigid. Keperluan berbelanja korang mungkin agak tinggi sikit sekiranya gaya hidup korang dah terbiasa dengan kehidupan yang mewah. Dan sekiranya korang dah terbiasa dengan gaya hidup sederhana, maka keperluan belanjaan korang juga akan berkurangan.

1. Kumpulkan jumlah perbelanjaan
kumpulkan jumlah belanjaan korang mengikut income yang korang bakal terima. Ada yang dapatannya mengikut bulanan, jadi kumpul jumlah perbelanjaan mengikut bulanan. Ada yang acah-acah eropah yang dapat secara mingguan, ikut koranglah nak guna mingguan ataupun bulanan. Sebagai contoh, Mungkin seseorang perlukan RM2000 bulanan untuk tampung kehidupan dia.

2. Bezakan dahulu apakah income aktif, dan income pasif
income aktif atau bahasa mudahnya, pendapatan utama individu. Sebagai manusia biasa yang tidak bercadang untuk mendapat financial freedom, pendapatan utama adalah wang yang akan mereka keluarkan untuk menampung kehidupan secara harian. Daripada wang ini mereka salurkan untuk simpanan masa hadapan, bayar hutang dan simpan sebagai wang kecemasan. Income pasif pula dalam mudahnya ialah pendapatan sampingan yang kita jana mungkin daripada bisnes kecil-kecilan ataupun perlaburan.

3. Bagaimana menjadikan kita seorang yang bebas kewangan?
Seseorang yang digelar financial freedom bukanlah mereka yang mampu menyelesaikan perbelanjaan harian dengan income aktif, sebaliknya mereka yang digelar financial freedom adalah mereka yang mampu atau berjaya menaja kehidupan mereka sendiri dengan income pasif secara konsisten dan istiqamah. Sebagai contoh, untuk mereka yang memerlukan belanja RM2000 setiap bulan, mereka memerlukan income pasif sekurangnya RM2000. Puff, mereka dikategorikan sebagai orang yang bebas berbelanja, kerana masih punya income aktif yang masih tidak disentuh.

4. Mula berfikir dan menaja kehidupan dengan income pasif
Menteri sendiri juga sedar, disebabkan kelemahan mereka mentadbir negara, untuk hidup, marhaen perlu melakukan dua kerja. Jadi kita perlu mula melihat diri sendiri dan bak kata Chris Gardner "start where you are" . Perhatikan sekeliling anda, dan anda akan pastikan ada sesuatu bahan yang agak fundamental yang anda perlukan untuk langkah pertama mengejar income pasif anda.

Dah faham?

Dah faham? bagaimana? Rasa mustahil? tahniah, lengkapkan dengan ilmu supaya kita tidak turun ke medan ini dengan tergopoh-gapah kerana gopoh-gapah itu sifatnya untuk syaitan. Sudah faham, fahamkan kawan yang lain juga !!

Wednesday, 2 March 2016

KETAWA MONTAGU KEPADA SANG ANTI-VAKSIN DI MALAYSIA




Aku cuba membayangkan apa yang akan difikirkan oleh Lady Mary Wortley Montagu apabila sampai kepadanya naskhah-naskhah ataupun bahan bacaan yang dipersembahkan oleh Jerry D Gray kepada masyarakat umum. Adakah wanita aristokrat barat ini akan ketawa berdekah-dekah, ataupun wanita ini menghentak-hentak kepalanya di meja makan berkonsep Diraja England tatkala melihat logik ataupun kegilaan masyarakat umum zaman sekarang. Bangunan tinggi menangkap langit tapi masih lagi berfikiran seperti masyarakat zaman batu. Lady Montagu, wanita bangsawan era 1718 yang hidup pada zaman Turki Uthmaniyyah pernah mencatat kisah perjalanan hidupnya yang melihat dengan sendiri mata kepala beliau bagaimana keilmuan empayar khilafah mendominasi dunia pada ketika itu.


Lady Montagu juga menjadi saksi zaman di mana penyakit smallpox menjadi satu kerisauan yang melanda sang ibu bapa yang tidak tahan melihat penyakit berjangkit itu menyiksa anak-anak comel mereka. Di dalam catatannya ke Empayar Uthmaniyyah, Lady Montagu mengibaratkan apabila datangnya musim luruh pada bulan September, maka berbondong-bondonglah penduduk wilayah Uthmaniyyah mereka seperti sedang berpesta. Mereka berkumpul masing-masing meminta untuk disuntik dengan “jangkitan yang telah dilemahkan” itu. Beliau turut mengambil peluang dengan mengambil smallpox itu untuk kedua anaknya. Melihat keberkesanan hasil rawatan ini terhadap penyakit tersebut, Lady Montagu menulis dan memperkenalkan kaedah rawatan tersebut jauh ke England, dan nama Lady Montagu terpahat dalam lipatan sejarah sebagai wanita yang terawal memperkenalkan kaedah vaksinisasi di negara barat itu.


Vaksinisasi memainkan peranan terpenting dalam membasmi gejala penyakit berjangkit yang beperingkat-peringkat menggemparkan dunia suatu ketika dulu. Kabut agaknya tokoh pemikir pada zaman itu memikirkan cara untuk mengatasi masalah ini. Di zaman era pra-vaksinisasi, penyakit poliomyelitis pernah menyerang Amerika pada tahun 1917, membunuh sekurangnya 6000 orang dan melumpuhkan beribu-ribu yang lain. Franklin Delano Roosevelt, Presiden Republik Amerika ke32, turut tidak terkecuali. Lumpuh ketika menjengah usia 30-an, presiden itu lebih banyak menghabiskan seluruh hidupnya mentadbir negara dari atas kerusi rodanya. Masyarakat eropah sebelumnya, pada abad 18, mencatatkan, smallpox membunuh sekurangnya 400,000 orang setahun.


Jumlah yang sangat menggemparkan dunia, mengetepikan jumlah mereka yang pernah tercatat menjadi mangsa perang mahupun penghapusan etnik yang wujud selepasnya. Ya, untuk tempoh setahun, jumlah ini terlalu gila. Di sebalik krisis itu, Allah dengan sifat RahmanNya mencampakkan hikmah kepada Edward Jenner. Edward, memperkenalkan kaedah vaksinisasi apabila cubaan memasukkan sedikit penyakit smallpox yang menjangkiti lembu ke dalam anak salah seorang pekebun rumahnya membuahkan hasil. Anak tersebut selamat dan terlindung daripada sebarang jangkitan kerana imun di dalam badannya telah membentuk sistem pertahanan yang kuat. Hasil rangsangan daripada jangkitan penyakit yang lemah itu. Selepas itu muncul pula saintis-saintis yang meneraju era mereka tersendiri dengan penemuan demi penemuan vaksin baru seolah memberi dunia suatu sinar dan harapan, bahawa kegelapan penyakit berjangkit yang menjadi khuatir alam ini akan berakhir seiring dengan kemajuan intelektual manusiawi. Nama-nama seperti Pasteur, Shibasaburo Kitasato, Emil von Behring, Jonas Salk mengiringi saintis-saintis terdahulu menempa kejayaan di pentas dunia vaksinisasi. Bravo. Bravo.


Pujangga Negara seberang, Raden Adjeng Kartini pernah menerbitkan karya kontroversinya pada 1911 yang bertajuk habis gelap, terbitlah terang. Namun berbeza situasinya dengan isu vaksinisasi dunia. Kemunculan pelbagai gerakan anti-vaksin ini nyata membawa kepada kegelapan setelah berlalunya terang yang lama. Mungkin inilah frasa yang terbaik bagi menggambarkan keadaan penolakan rakyat terhadap kaedah prevensi ini. Tatkala penyakit-penyakit berjangkit ini berjaya dihapuskan, maka konsentrasi mereka dilihat mula beralih kepada kesan-kesan sampingan hasil daripada vaksinisasi ini. Kerisauan mereka bertukar. Mereka yang hidup di zaman ini adalah mereka yang tidak pernah menyaksikan kengerian yang pernah wujud suatu ketika dahulu. Lantas neuron-neuron di kepala mereka merembeskan tindak balas yang menyebabkan mereka melakukan perkara yang tidak sepatutnya.


Sejarah pergerakan anti-vaksin ini bukanlah baru sahaja bermula, tetapi pencaknya di pentas rakyat seawal kemunculan vaksin itu sendiri. Edward Jenner di awal penemuannya telah ditentang oleh mereka yang menolak teori vaksinisasi yang dibawa beliau. Rata-ratanya dipengaruhi idea keagamaan, juga pengaruh politik. Tidak lari juga dari mereka yang mengatakan vaksinisasi ini bukanlah dari ajaran kristian. Marcapada, muncul hero alaf baru apabila Gordon Stewart dan Dr Andrew Wakefield masing-masing menerbitkan kajian yang mengaitkan vaksinisasi dengan kesan sampingan yang berisiko tinggi seperti autism. Karyanya yang dicetak oleh penerbit jurnal terkenal ‘Lancet’ terbang meninggalkan benua Eropah dan mendarat kemas di bumi asia, terutamanya Malaysia. Namun apa yang menyebabkan rakyat kita berbeza daripada mereka?


Berbanding melakukan kajian yang terperinci, rakyat Malaysia lebih mudah terhibur dengan suapan-suapan yang mengumpan mereka dengan umpan ‘konspirasi’. Andai di tanya sumber, maka Jerry D Gray bolehlah dikatakan sebagai prophecy dalam menyebarkan dakyah anti-vaksinisasi ini. Bermula dengan siri musuh utama dunia islam Sang Rockefeller dan angkatan zionisnya dikatakan mendanai vaksinisasi bertujuan untuk melemahkan umat sejagat, maka muncullah pejuang-pejuang atas nama agama memperdagang isu demi keuntungan peribadi. Maka perubatan tradisional islam diperkenalkan, dan mereka yang mendengar nama agama, pantas terpesona.


Tidak cukup dengan itu, kajian-kajian terbaru daripada Gordon Stewart dan Dr Andrew Wakefield meniti di tepi bibir mereka dan sering dipetik kononnya menjadikan hujah mereka lebih akademik. Dr Andrew Wakefield yang menerbitkan jurnal beliau mengaitkan vaksinisasi dengan autism pada tahun 1998, telah pun digantung lessen daripada praktis dunia perubatan kerana menyalahi etika kajian. Jurnalnya kemudian ditarik kerana telah mempengaruhi tindakan rakyat. Wabak measles kembali di-isytiharkan endemik pada tahun 2008 setelah 14 tahun penyakit berjangkit itu dikatakan hilang dari bumi United Kingdom. Daniel Jolley dan Karren M Douglas dalam kajiannya “The Effects of Anti-Vaccine Conspiracy Theories on Vaccination Intentions” mengatakan 20% daripada responden mereka bersetuju dengan kenyataan-kenyataan konspirasi yang mereka pernah temui terutamanya di internet. Dan selamat datang, rakyat kita sedang mewarisi tindakan mereka.


Dari laman web Channel New Asia baru-baru ini memberikan maklumat data yang diperolehi dari kementerian kesihatan bahawa trend penolakan vaksin di kalangan ibu bapa meningkat hampir tiga kali ganda kepada 12000 pada tahun 2014 berbanding 470 pada tahun sebelumnya. Nyata peningkatan yang ketara ini pasti akan terus meningkat hasil pergerakan-pergerakan mereka yang agresif dan menjaja nama agama sebagai tarikan. Namun adakah mereka pernah mengkaji apakah implikasinya?


 Melalui kajian yang dilakukan Prof Gangarosa, beliau memperkenalkan negara-negara yang pernah terjejas akibat dari pergerakan kumpulan anti-vaksin ini. Di Sweden, vaksinisasi bermula pada era 1950 yang menyaksikan insiden jangkitan penyakit pertussis semakin berkurangan. Pada tahun 1967, muncul seorang pemimpin perubatan yang berpengaruh, Jusus Strom, yang banyak mempertikaikan kaedah vaksinisasi ini sehingga mengundang sokongan awam kepada pandangan beliau. Pada tahun 1980, kes pertussis meningkat kepada 3370 untuk setiap 100,000 orang setahun. Dan tahun-tahun berikutnya laporan mencatatkan lebih dari 10,000 kes setahun. Perkara yang sama juga berlaku kepada negara-negara maju seperti Jepun, Rusia dan juga UK apabila gerakan-gerakan anti-vaksin ini telah merencatkan trend pengambilan vaksin dikalangan ibu bapa, dan seterusnya mengundang kepada musuh lama dunia. Epidemik. Dan Malaysia, mungkin sedang menuju ke arah yang sama.


Aku masih lagi bertanya, apakah agama ini terlalu mudah dijaja, ataukah masyarakat kita terlalu jahil untuk mengkaji. Lantas pengajaran bagaimana yang ingin kita ikuti? Adakah masyarakat faham peranan Herd Immunity bilamana senang sahaja mereka berhujah, “ kalau nak vaksin, vaksinlah. Kalau taknak vaksin, tak payah marah. Ini hak kami ”. Kita masih lagi degil dengan kejahilan kita. Mencari pula mereka yang bukan ahlinya. Lupakah kita kepada firman Allah s.w.t

“… maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kalian tidak mengetahui.” (an-Nahl: 43)

Cukuplah jahil itu pada ahli politik negara. Usahlah diwarisi kepada rakyat jelata. Kalau tidak mahu vaksin, silalah ke hutan belantara. Maka kami semua akan gembira. Dan sekali lagi persoalan muncul di benak minda, sekiranya Lady Montagu masih ada, apakah beliau akan berdiam saja? Atau adakah beliau akan melemparkan sinis di dalam syair-syairnya. Atau adakah beliau akan berpiket memegang mikrofon menghentam mereka?



IbnuZen

Saturday, 27 February 2016

Borguiba sang liberalisme Tuunisia


Kalau di Turki Ideologi sekular Kemalisme dipelopori si Attaturk, Namun Tunisia juga tidak lekang dari idea-idea mengangkat liberalisme. Terutamanya ketika pasca-kemerdekaan mereka.

President Habib Bourguiba. Dikenali di kalangan rakyat Tunisia sebagai " father of nation ".beliau terkenal antara Presiden yang mengekalkan kemerdekaan Tunisia dengan perjanjian-perjanjian bersama Perancis bagi memastikan negara tersebut tidak terliur menyerang mereka.

Borguiba yang mendapatkan jawatan presiden pada 1974, rata-rata seperti pemimpin dunia islam pasca-kolonialisme barat. Masing-masing mempergunakan terma modenisasi sebagai umpan bagi masyarkat jauh daripada syariat.

Selain mengangkat intelektual, Borguiba melihat tradisi masyarakat muslim sebagai penghalang terbesar Tunisia mengejar modenisasi yang didefinisikan oleh barat. Borguiba pernah mengibaratkan wanita-wanita yang berpurdah sebagai " odious rag " dan " unthinkable ". Di dalam dialognya, beliau pernah memerli mereka sebagai,

" half the population be cut off from life, and hidden like graceful thing. "

Borguiba juga terkenal antara presiden yang menyerang ketibaan bulan ramadhan sebagai bulan yang membawa bala kerana membawa kerugian kepada negara. Seperti mana terkenalnya beliau menikmati jus sewaktu panas terik ramadhan, seperti itulah terkenalnya Borguiba tekad mengheret bumi Tunisia ke arah liberalisme kemodenan barat meski rakyatnya bersetuju ataupun tidak.

Di dalam satu temu bual,  beliau di tanya mengenai sistem politik di Tunisia, dengan angkuhnya beliau menjawab,

" The system? What system? I am the system. "

Siri-siri kediktatoran Borguiba membawa kepada penubuhan beberapa persatuan-persatuan pekerja terutamanya persatuan yang dipengaruhi fikrah islam seperti kumpulan Islamic Tendency Movement (MIT) yang dipelopori oleh Rashid Ghannoushi.

Borguiba meminta pertolongan dari junior politik beliau Zine Al-Abidine Ben Ali untuk mengekang gerakan islamis itu. Ben Ali yang sebelumnya bekas pegawai polis dinaikkan pangkat menjadi menteri dalam negeri. Melihat ketegasan beliau menentang islamis, Borguiba mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri. Ben Ali yang melihat peluang dihidang, dengan sifat tamak menguasai diri, beliau menikam kepercayaan yang diberi Borguiba kepada beliau. Ben Ali mengupah tujuh orang doktor untuk mengesahkan bahawa Borguiba berpenyakit dan tidak layak mentadbir Tunisia. Dan Ben Ali bangkit sebagai Presiden tunisia dan meneruskan cita-cita kediktatoran dan liberalisme Borguiba.

Ben Ali meneruskan kekejaman beliau kepada kumpulan-kumpulan islamis pembangkang apabila bertindak memenjarakan pemimpin-pemimpin kumpulan tersebut. Dan siri kekejaman dan penindasan itu berterusan sehinggalah memanggil Bohamed Bouazizi mewakili rakyat Tunisia membakar dirinya dihadapan bangunan kerajaan. Bouazizi meransang kemarahan rakyat dan berlakulah revolusi Tunisia yang menjatuhkan kekuasaan sebuah rejim.

Wednesday, 20 January 2016

JPA digantung, pelajar kita yang rentung





Cuti semester yang lepas, sempat juga aku berbual dengan bapa saudara aku. setengah jam juga dia cuba menceritakan kesusahan hidupnya. Ini bulan kali pertama aku dengar, lama-lama bersimpati juga aku dengan keadaan yang melanda mereka sekeluarga. aku hanya berhararap agar dia sebagai ketua keluarga terus kuat membawa keluarganya.


Sepupu aku, katanya digantung oleh kolej, dan tidak dibenarkan untuk mengikuti pengajian untuk sem seterusnya. Pelik juga aku, rupanya dia digantung sebab ada yuran tertunggak yang masih belum dibayar kepada pihak universiti. Bila aku tanya kenapa jadi macam tu, rupanya mereka masih menuggu duit daripada mara yang menjanjikan untuk memberi pinjaman kepad pelajar yang melanjutkan pengajian ke kolej swasta. Aku faham keadaan keluarganya, ayahnya masih mencari pekerjaan tetap setelah satu per satu keadaan yang melanda keluarga.


Setelah bertahun-tahun menunggu, rupanya harapan tinggal sekadar harapan apabila MARA tidak lagi menaja pelajar. Lalu terkontang-kantinglah nasib sepupu aku ni terpaksa memikirkan cara untuk membayar yuran-yuran tersebut. Bila aku tanya pointer dia berapa, agak tinggi juga. Mungkin nasib kurang menyebelahi dia, dengarnya sekarang dia sedang mencari kerja untuk mencari duit bagi membayar yuran yang ada sementara menunggu sem yang seterusnya.


Jadi, bila aku mendengar berita mengenai biasiswa JPA yang akan digantung buat masa ini membuat aku memikirkan akan beberapa nasib mereka yang tidak berkemampuan tapi becita-cita untuk melanjutkan pengajian di menara gading. Bukankah pendidikan seharusnya menjadi turning point bagi mereka mengubah keadaan mereka? Nampaknya rakyat yang harus membayar nilai kebodohan pemimpin kita pada hari ini.


baca di sini. http://www.malaysiakini.com/news/327638

" According to Sin Chew Daily, this was confirmed by Minister in the Prime Minister's Department Wee Ka Siong who raised the issue at the cabinet meeting today following several complaints from high-achieving students.
Wee said he had asked the Prime Minister Najib Abdul Razak to rethink and reinstate the scholarship.
"The prime minister understands that the economy is not good at the moment and the people are facing heavy burden so he has instructed the chief secretary to the government and JPA to come up with a new solution.
"I can't say for certain if there will be a change of decision but we (MCA) have tried our best to appeal the matter because we don't know how the economic situation will develop," Wee was quoted as saying by the Chinese language daily.
The suspension applies to both overseas and local scholarships and affects some 700 placements this year. "

Fantasi Dari Venus

                                 




            Sepi perjalanan seperti biasa. Taufiq sedang lena di-belakang, dan yang menemani aku berjaga adalah Aliff. Perjalanan dari Kelantan ke ibu negara makan masa sekurangnya 7-8 jam. Cuma kali ini perjalanan yang agak tidak tersusun mengakibatkan kami tersangkut di tengah kesibukan Bandar Kota Bharu.


Ah kawan-kawan aku ini, gemar sahaja mencari gadis Kelantan. Tahun ini sahaja sudah berapa kali aku ulang alik ke sana kerana majlis walimah. Tapi tidak mengapa, moga kalian bahagia hingga ke akhirnya. Bagitahu sahaja dimana majlisnya, demi kalian berapa kosnya sahaja aku bisa sampai ke sana. Pemanduan berfokus, aku yang masih lemah dengan jalan di Kelantan mencari-cari signboard yang menghala ke Machang. Kaki masih memijak pedal minyak yang kadang-kadang bertukar kelajuan dari 50-70km/j. Pemanduan yang bengkang-bengkong  ini kadang-kadang terberangan juga aku seperti sedang memandu AE86 Truno dalam anime popular Jepun, initial D. Tapi sedar diri ini hanya memandu kereta Myvi. Oh, kereta Myvi juga jangan dibuat main zaman ini. Pajero pun boleh terbalik. Kau kenal Yana Toretto?


“ Aku rasa pukul 9 malam kita sampai ni Lip. ” 


Aku melihat jam tangan yang baru menunjukkan pukul 11 pagi. Tiada sebarang petunjuk yang mengatakan kesesakan ini akan berkurangan dalam masa yang singkat. Geram juga dibuatnya bila memikirkan terpaksa menghabiskan separuh hari di jalanraya. Aliff yang sejak bangun tidur tadi mengelamun mula bersuara.


“ Aku ajak gerak pukul 4 pagi tadi korang taknak. ”


            Ah, ini lagi seorang perangai tipikal malaysian. Benda sudah lepas tidak perlulah dibangkitkan semula. Yang kita mahukan adalah solusi. Memandangkan perjalanan yang masih jauh, aku rasa adalah patut untuk aku tidak beremosi. Layan sahajalah teguran beliau sebelum ada yang terpaksa balik ke Kuala Lumpur dengan menaiki lori nanti. Aku mencebik.


“ Kau termenung apa tu? Sembang la sikit dengan aku ni. Ngantuk kau tahu tak. ”


Mata yang sedari tadi kuyu kerana berjaga malam menonton perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah benar-benar memenatkan badan. Hajat hati melihat Pirlo menjulang piala Liga juara-juara tersebut tidak kesampaian apabila Barcelona berjaya membenam Juventus 3-1. Bukan aku menyokong Juventus sangat, Cuma hati lebih gembira sekiranya dapat melihat Barcelona kalah.


“ Kau perasan tak tadi? ”


“ Perasan apa dia? ” 


Keliru juga aku dengan pertanyaan Aliff ni. Buatnya salah aku beri jawapan boleh segan jadinya.


“ Takdela, tadi bila bersembang dengan abang si Farid tu, tertanya-tanya juga aku. ”


“ Oh, Dr. Faizul tu ke? Apa yang kau peningkan? ” 


Geram juga aku dengan konversasi yang asyik tergantung ni. Terpaksalah aku menggunakan common sense untuk mengorek apa yang membingungkan beliau. Dr. Faizul, lepasan sarjana perubatan Ireland. Sebelum berada di Malaysia, beliau sempat menghabiskan housemanship dan berkerja selama lapan tahun disana. Tiada yang istimewa, kecuali beliau kini sudah tidak lagi berada dalam bidang klinikal. Atau lebih tepat lagi, beliau sudah pun berhenti dari berkhidmat dengan hospital kerajaan.


            “ Aku tengok dia hidup mewah. Selesa. Kereta pun pakai Honda Accord Sedan. Bukan calang-calang. Tapi dia kerja apa je sekarang? ” 


            Ya, siapa tidak kenal dengan pernampilan Dr. Faizul. Doktor yang sepenuh masa berkhidmat bersama Mus’ab Foundation miliknya. Sebuah NGO yang bergerak membantu pelarian-pelarian Rohingya dan Syria di Malaysia dan rantau Arab. Mus’ab, sahabat nabi yang pernah dihantar ke Madinah sebelum peristiwa hijrah bagi mengajar penduduk Madinah alquran. Pemuda yang meninggalkan kemahsyuran demi kemuliaan islam. Pemuda yang menjadi pembuka kepada penyebaran islam, mengeluarkan mereka dari kegelapan jahiliyah kepada terangnya agama. Seindah namanya, sesuai benar nama NGO tersebut dengan tuannya.


Dr. Faizul sentiasa kelihatan bersahaja, Cuma kadangkala rumah banglonya dan juga koleksi keretanya kerap kali menangkap perhatian sesiapa sahaja yang baru berkenalan dengan beliau. Baru berusia 38 tahun, Telah dikenali rakannya sebagai orang kaya muda. Kalau bukan kerana zuhudnya beliau, sudah pasti orang menyangka penampilan beliau seakan-akan isteri kepada perdana menteri di Negara Pasola.


Tahun lepas, aku pernah bertemu beliau di dalam satu konvensyen Kemanusiaan anjuran sebuah NGO perubatan Malaysia. Orangnya ramah, tetapi ada yang pelik. Track record yang cemerlang semasa menjadi pelajar perubatan, mendapat tawaran melanjutkan pengajian siswazah MSc Trauma & Orthopaedics di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Faizul kini lebih selesa untuk tidak bergerak dalam dunia klinikal, sebaliknya mewaqafkan sepenuh masanya di dalam misi-misi kemanusiaan.


“ Doktor sara keluarga macam mana sekarang. Setahu saya, Mus’ab Foundation bukan profit-based punya NGO kan? ” 


Terlepas juga soalan super power aku kepada beliau.


            “ Haha. Kenapa tiba-tiba je ni? ” 


Persoalan yang dibalas soalan tersebut menyebabkan aku menjadi serba salah.


            “ Takde apa doktor. Saje tertanya. ” 


Kau gila aku tidak ter-tanya. Maintainance banglo sahaja sudah berapa. Termasuk bulan-bulan duit Honda dia dengan Mus’ab Foundation ni siapa yang tanggung? Pada awalnya, aku syak beliau berkahwin dengan mana-mana anak menteri yang tengah kaya raya menibai cukai rakyat. Ternyata aku silap, beliau hanya berkahwin dengan seorang pakar pemakanan yang berasal dari Perak. Tentunya sekali bukan anak kepada Dato’ Tajudin .


“ Awak pernah dengar konsep financial freedom? ”


Financial freedom? Terus aku terbayangkan seseorang yang dilahirkan jutawan, ataupun memang kaki bisnes yang mempunyai aset syarikat multi-million. Lelaki berkemeja korporat bertali leher jenama Giorgio Amani. Meeting bersama ahli korporat dan CEO mat saleh. Ah, itu drama melayu. Takkan dia nak bagitahu yang dia ada anak syarikat kot. Bila masa bapa si Farid ni ada company sendiri.


“ Pernah doktor. Warren buffet? Donald Trump ” 


klise. Nama-nama tersebut spontan keluar dari mulut aku.


“ Okey, kali ini, kita ubah sedikit. Pernah dengar konsep financial freedom and time freedom? ”


Ah sudah. Terpaku aku.


“ Wujud ke doktor benda tu? ”


“ Apa yang awak faham mengenai financial freedom? ”


“ Financial freedom. Kebasan dalam perbelanjaan. Orang yang ada banyak duit. Orang yang boleh berbelanja apa yang dia suka. Orang yang ada syarikat besar-besar. Ros**h. ” 


Spontan.


“ Awak percaya tak, tanpa mempunyai syarikat, saya mampu capai tahap financial freedom? Dan yang paling penting, saya boleh beli sesuatu yang sangat berharga. Awak tahu apa dia? ” 


Senyum di wajah beliau. Agak tenang pemuda ini.


“ Apa dia doktor? ”


“ Masa. ”
            

            Hebat. Walaupun tengah cuba membuat korelasi apa yang beliau cuba sampaikan, namun telinga masih fokus mendengar.


            “ Kalau awak nak tahu, sejak student lagi saya memang dan berazam untuk bersara awal. Awak jangan salah faham, bersara awal bukan bermaksud hati saya sudah tidak lagi mahu berada dalam bidang ini. ”


            “ Jadi, sebab apa doktor? ”
            

            “ Sebab saya mahu bawa bidang ini dalam cara yang saya paling suka dan paling komited. Awak pernah dengar  Confucius punya quote, ‘ choose a job you love, and you will never have to work for the rest of your life. ’ ”


            Memang benar, statistik dari akhbar NST baru-baru ini juga menakutkan. Beribu-ribu doktor pelatih yang gagal menamatkan latihan, bertukar kerjaya. Ada yang menjadi tukang masak, ada yang memulakan perniagaan kecil-kecilan, ada yang menjadi guru dan ada yang menganggur. Kerana apa? Kerana tertekan dengan bebanan kerja. Senang aku ceritakan, mereka sudah tidak menjiwai kerjaya mereka. Memang kerjaya doktor itu mulia, tapi jangan kau lupa, tekanan itu mampu merubah jiwa menjadi gila. Senior-senior yang baru menjadi HO sahaja seperti tudak terurus sahaja aku lihat mereka di wad. Terlalu sibuk gamaknya.


“ Jadi macam mana doktor menyara hidup dan NGO doktor? ”


“ Semua ni tak mudah, tetapi tidak perlu sampai memiliki syarikat-syarikat gergasi. Cukup sahaja dengan ilmu dan pengalaman. Banyak caranya, tetapi saya memilih untuk terlibat dalam perlaburan hartanah. ”


“ Wah, bagaimana tu doktor? ”


“ Create your property salary. Atau dalam bahasa mudahnya, bina akaun pasif untuk perbelanjaan harian kamu. Saya memilih hartanah. Cuba awak bayangkan, pada usia 35 tahun, saya berjaya memiliki 18 unit apartment. Dan kadar sewaan untuk semua unit ini memberikan satu pulangan net property salary hampir RM15k untuk satu bulan. Awak kena ingat, ini adalah akaun pasif.  ”


“ Wow.”


Khusyu’ aku mendengar penjelasan beliau. Belum pernah lagi aku berjumpa dengan doktor yang terlibat aktif dalam perlaburan hartanah, walaupun ada beberapa figure yang aku pernah dengar nama. Namun ini yang pertama aku bersemuka.


“ Asasnya adalah akaun pasif. Bagaimana caranya, itu terpulang kepada perancangan masing-masing. Lalu dengan akaun inilah yang menampung perbelanjaan harian keluarga saya. Mus’ab Foundation pula, ada sepuluh lagi orang yang mempunyai visi seperti saya. Kami berkongsi bahagian duit yang telah kami asingkan lebih awal, dan dengan bantuan derma dari orang luar, Mus’ab Foundation beroperasi dalam kadar RM70k. Setiap bulan. ”


“ wah, sampai macam tu sekali ya doktor fikirkan. ”


“ Haha. Awak jangan salah faham dengan saya. Saya juga manusia seperti biasa. Ada masa, saya perlu luangkan masa bersama keluarga. Ada masa, saya juga ingin membawa keluarga bercuti ke luar negara. Ada masa, saya juga ingin menziarahi sahabat handai. Ada masa, saya juga perlu berada dalam masyarakat. Ada masa, saya juga perlu melihat saudara-mara kita di sana(merujuk kepada Rohingya dan Syria). Awak fikir saya akan dapat semuanya sekiranya saya masih lagi di dalam klinikal? Mungkin boleh. Mungkin juga tidak. Ringkas cerita, saya bersara awal kerana saya perlukan masa. Dan saya membelinya dengan perlaburan saya. ”


Perbualan kami terhenti apabila beliau dikehendaki untuk bergegas ke Cheras. Ada 2 pusat pendidikan untuk warga Rohingya yang baru ditubuhkan disitu hasil kerjasama Mus’ab Foundation dan Kementerian pendidikan. Aku tidak mampu berhenti tersenyum melihat kelibat pemuda itu. Sungguh, hiduplah kita dibumi ini seperti satu bangunan. Setiap batu bata yang menjadi asas kepada kukuhnya bangunan itu, begitulah juga peranan yang perlu kita mainkan dalam masyarakat. Masing-masing mempunyai peranan yang tersendiri. Jauh dari sudut hati, mungkin ada beberapa perkara yang aku tidak bersetuju dengan beliau. Tetapi aku percaya, hati mana yang terdetik melakukan kebaikan, hari ini, aku melihat seorang pemuda yang mewaqafkan dirinya berkerja dalam bidang kebajikan dan kemasyarakatan, apa kau sangka bukan dari yang Maha Kuasa yang menjentik hatinya?


Gelagat kereta Saga berwarna merah plat negeri Perak dihadapan mencuri tumpuan. Hendak memotong kemudian tidak menjadi. Hendak memotong, lori pula yang menghalang dari arah bertentangan.


“ Gelojoh. ”


“ Kau tak menjawab soalan aku lagi ni. Kau pernah jumpa dia kan sebelum ni? Rasanya dia dah tak jadi doktor kan? Mana dia dapat duit ea? ” 


Bertalu-talu soalan dari Aliff.


“ Macam biasa la. ” Ringkas jawapan aku.


“ Macam biasa macam mana? ”


“ Financial freedom. ” 


Terus aku tukar topik dan meninggalkan beliau dalam kebingungan. Hendak dicerita sekarang, sampai ke Johor pun belum tentu mamat ni faham.


               Sebelum kami bersalaman, aku sempat bergurau kepadanya,


               “ Tak mahu terlibat dalam politik ke doktor? ”


               “ InsyaAllah. Satu hari nanti. ” 


               Senyuman manisnya menampakkan lagi dua lesung pipt di pipinya. Inilah dia anak muda.

Tuesday, 17 November 2015

Mohon rilek sikit



Ward round mula seawal pukul 7.45 pagi. Sampai pukul 9.00am. Sambung dgn klinik dari pukul 9.00 sampai 2.00pm. Badan dah penat, balik bilik, malek pulak keluar pergi wad. Tidur sampai pukul 5.00. Siap-siap untuk oncall pulak start dari pukul 6.00pm sampai 10.00 malam. Balik dari oncall pergi sambung study group sampai pukul 11.45pm. 

Balik bilik baru teringat yang ssm tak sempat buat lagi. Tgok whatsapp ada org bagi kerja pulak. Penat woi. Penat.

Monday, 2 November 2015

Mari studi untuk kejar mimpi



Malam ni aku buang segala puisi lama yang merosakkan jiwa. Aku pulaukan segala sengketa dunia yang membinasakan rasa cinta. Aku tolak angan-angan kosong yang dibina tanpa usaha. Aku capai indah nilai persahabatan yang dibina asas rasa kasih. Aku semai diri agar henti prejudis. Aku tampar diri supaya jangan kau judgemental pada peribadi.

Selamat ber-studi.

Orthopaedic surgeon to-be,
Ibnuzen

Sunday, 1 November 2015

Mimpi

Musykil bagaimana dia masih mampu hadir lagi dalam mimpi. Tidak berkata atau memandang rupa. Hanya menyampaikan mesej bertanya khabar. Entah apa ceritamu disana. Engkau pinta agar kutanyakan kabar berita. Tulisanmu panjang tidak ku ingat semua ayatnya. Cuma pinta agar aku teruskan bertegur sapa.

Bagaimana lagi mungkin kau hadir. Mustahil besarnya lebih dari angan pak pandir. Ku pandang langit sedar betapa besarnya jurang antara mimpi dan realiti. Rasa enggan ku bangun biar terus hanyut dibuat lena mimpi. Entah mengapa wahai mata kau buka sperti mahu aku teruskan derita. Biarkan saja aku sepi dalam mimpi. Andai itu bisa menggembirakan hati.

Ku bangun, muka ku basuh jiwa ku sergah. Jangan kau leka bisikan dunia. Pinta engkau agarku lemah tidak gagah seperti biasa. Biar ku rebah hina cium tanah pinta di manja. Kau jangan biarkan dirimu rebah. Renjang dunia seperti pejuang yang memegang mata pedang. Bisa hunus pedulikan apa yang datang. Rentap segala kesenangan yang punca diri kau leka. Tendang segala halangan meski kaki kau luka. Berpantang maut tidak takut ajal yang menerpa. Kau tepis buang leka dunia.

Aku bangun pedulikan semua. Sedar perjalanan kita tidak seindah coretan yg kita idamkan. Kau padamkan sebahagian, mulakan sebahagian. Kerna apa jua halangan, hari esok tetap akan datang. Sebelum mati, jangan takut utk terus padam memori lampau. Bisikkan pada diri. Sekali lagi kita mulakan hari baru pada masa-masa yang mendatang.

Monday, 10 August 2015

KISAH RAHIM #1




Rahim termenung, direnungnya pohon dari tabir bilik menghala ke barat. Indahnya pohon itu, indah lagi saujana dunia kehijauan yang diidamkannya. Hatinya meronta. Dia ingin ke sana. Berkelana menjelajah dunia menjadi impiannya. Anak muda itu berimpian besar. Tapi sering saja menjadi inferior apabila bersemuka dengan dunia luar. Sering kali melihat dirinya kekurangan sesuatu, Impiannya seakan musnah apabila merasakan semuanya hanya sekadar satu angan-angan biasa. Dia tidak punya cara untuk menggarap apa yang dimahukannya. Dia tersekat di dalam satu sistem yang menekannya, Dia takut keluarnya nanti ke jelata, dia hanya menjadi robot yang sia-sia.


Rahim berimpian besar untuk menikahi seorang gadis. Nuri gadis indah nama dan se-comel akhlaknya. Impiannya menjadikan Nuri sebagai isi hati dan orang rumahnya. Namun mungkin saja dosa lama menjadi penghalang kisah dua jiwa. Nuri baik budaknya. Rahim tercemar akhlak lamanya. Dia sering merasakan penolakan Nuri sebagai jawapan tuhannya yang melarang jiwa kotor itu bersama Nuri si gadis kain suci yang turunnya menyucikan jiwa raga yang memandangnya. Rahim ikhlas seikhlasnya, dia pendamkan kata janji buat dirinya meskipun tiada yang mendengarnya. Rahim merasakan Nuri insan terbaik untuk membimbingnya. Rahim harus sedar dari mimpi lena. Dirinya pasrah redha. Namun dalam redha terpahat jua seribu kekecewaan. Rahim merasakan ini semua ujian dari tuhan. Namun, dalam ujian terzahir juga kekalahannya. Penolakan Nuri membunuh jiwanya.


" Bergerak jauh adalah cara untuk teruskan kehidupan "


Langkah berkelana harus difikirkan. Dekat dengan memori hanya mengazabkan hatinya. Melupakan tidak semudah yang di kata. Ah inilah azab seksa seorang teruna. Mahu sahaja dia berazam untuk tidak akan jatuh cinta selamanya. Rahim hanya manusia. Bukan malaikat yang bisa saja beribadah setiap masa. Bukan syaitan yang bisa mengingkari cintanya. Dia hanya manusia yang bisa cinta. Bisa tersilap. Bisa terluka, dan melukakan. Bisa setia dan bisa mengecewakan. Manusia yang terulit seribu kesilapan lama. Rahim mengimpikan masa depan yang sempurna atas nama cinta. Tersilap percaturan mana yang rupanya kesilapan silam itulah menjadi penghukum jiwa raganya.


" Ah. penat saja memikirkan soal cinta. "


Rahim berazam untuk setia. Namun setia apa juanya melainkan itu satu pembodohan kepada dirinya. Setia itu satu persetujuan melibatkan pasangan, namun setia berseorangan hanyalah seperti impian majnun yang tidak akan ke mana. Kesetiaan pasangan titanic menjadi inspirasinya. Kisah romeo dan juliet menjadi asas kepada ketabahan hatinya. Tapi Rahim silap. Cinta yang digarap mereka itu kisah dua jiwa. Sebaliknya dirinya hanyalah sebuah kisah kosong bagaimana dia cuba menepuk sebelah tangan yang tidak berbunyi. Rahim beranggapan kisah cintanya suci, tetapi suci apalah sekiranya membelakangkan kisah takdir jodoh dari tuhannya. Rahim kisahkan itu, kisahkan ini, dia lupa hakikat dirinya sebagai hamba.



Rahim merasakan dirinya redha. Rupanya ia sekadar bualan kosong mulut untuk menyedapkan hatinya. Dia ingin kelihatan baik dihadapan Tuhannya, tetapi dia saja tidak akan bisa menipu dirinya selamanya. Dan Tuhan tidak akan terpedaya dengan ucapannya. Tuhan maha mendegar, maha melihat, maha mengetahui. Untuk menilai keikhlasan hati Rahimi sahaja adalah perkara yang terlalu mudah. Tatkala dilihat Nuri bahagia, hatinya sakit menderita. Ah, suci apa sekiranya hatinya kotor dengan kebahagiaan orang lain. Hatinya terseksa melihat Nuri yang tidak merasa apa-apa. Hendak sahaja dia berdiri dihadapan Nuri dan mengeluarkan segala isi hatinya. . Hendak sahaja dia menjerit keluarkan segala isi cinta dia. Namun Rahim manusia yang masih beragama. Yang dilarang tidak akan bertukar larangannya meskipun jiwanya memberontak mahukannya. Sukar melawan dengan bisikan syaitan durjana bila jiwa masih lemah binasa. Rahim pujuk diri. Disibukkannya pula dengan program-program mengisi jiwa. Dia membelek buku-buku cerita lama. Dia cuba-cuba juga untuk berbicara dan membincangkan politik negara. Menyibukkan dirinya adalah untuk mengeluarkan Nuri dari hatinya. Buat apa disimpannya sekiranya tiada masa depan untuk bersama.


Terkadang dihentak, senyum juga muncul dibibirnya. Rahim lucu memikirkan mengapa dirinya sedemikian rupa. Rahim terlibat dalam pelbagai program yang mengajak manusia kepada hidup beragama. Bagaimana hal remeh itu kembali memakan dirinya. Tidak. Bukan hal remeh. Jiwa adalah refleksi kepada kehidupan manusia. Baiklah jiwa, baik kehidupannya. Buruk jiwa, buruk kehidupannnya. Ah banyak benar dia membisikkan perihal cinta kepada dirinya. Dicoretkan sebahagian lain, dan disembunyikan jauh di dasar hatinya. Cintanya tidak bisa diomong dan dihebahkan kepada jelata. Biarlah kisahnya menjadi kisah rahsia hati dia dan Tuhannya. Risau benar sekiranya dirinya menjadi jelek dari pandangan sahabatnya. Dia tidak suka mejaja kisah hidupnya. Seperti artis yang bisa bertukar-tukar status berlaga pipi hari ini dengan ikatan ingin berkahwin suatu hari nanti. Esoknya berpisah dan berlaga pipi dengan manusia lain pula. Tidak. Mudahan Tuhan jauhkan dirinya dari hal sedemikian rupa.

Saturday, 4 July 2015

Tangan-tangan kotor yang membinasakan diri sendiri



وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا قَرْيَةً كَانَتْ آَمِنَةً مُطْمَئِنَّةً يَأْتِيهَا رِزْقُهَا رَغَدًا مِنْ كُلِّ مَكَانٍ فَكَفَرَتْ بِأَنْعُمِ اللَّهِ فَأَذَاقَهَا اللَّهُ لِبَاسَ الْجُوعِ وَالْخَوْفِ بِمَا كَانُوا يَصْنَعُونَ 

" Dan Allah telah membuat satu perumpamaan (dengan) sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram, rezekinya datang kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi penduduknya mengingkari nikmat-nikmat Allah, kerana itu Allah merasakan kepada mereka pakaian kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang selalu mereka perbuat. "
( An-Nahl:112 )


Abdullah Bin Abbas ra dalam membahaskan ayat ini menceritakan negeri yang dulunya aman dan tenteram itu adalah Kota Mekah. Makkatul Mukarramah dahulunya sangat tenteram dan aman. Kota peninggalan agama Hanif itu berkembang pesat dizamannya. Menjadi tempat persinggahan mereka yang ingin menunaikan haji. Siapa yang tidak kenal bangsawan-bangsawan yang terkenal lahir di kalangan masyarakat ketika itu. 

Sayang sekali penolakan kepada agama yang dibawa Nabi Muhammad saw, menjadikan mereka dikalangan yang tidak bersyukur dengan nikmat tuhannya. Murka Allah menjadikan kehidupan mereka seterusnya bertukar 360 darjah. Negara yang dahulunya dikatakan tenang dan aman maka muncul pula siri-siri penentangan dan peperangan yang menyebabkan generasi-generasi ketika itu hidup dalam ketakutan, meskipun tidak semua hidup dalam kelaparan. 

Namun inilah indahnya bahasa al-quran. Al-quran yang kekal dan konsisten memberi nilai pelajaran daripada umat-umat terdahulu untuk generasi kemudian belajar.


" Kenapa dalam al-quran tidak disebut nama-nama secara spesifik ? "

" Kenapa peristiwa-peristiwa di dalam al-quran tidak menyebut nama-nama orang ataupun tempat yang spesifik? "  


Antara beberapa persoalan yang dikemukakan ustaz Ridha dalam liqa' tempoh hari. Terdiam juga aku pada awalnya. 


" Kerana di dalam al-quran menceritakan mengenai tabie manusia. Sikap dan sifat orang-orang terdahulu yang mana diwarisi oleh generasi sekarang. Dan al-quran diturunkan menjadi rujukan yang relevan sepanjang zaman. " 


Bermakna, sekiranya zaman dahulu mempunyai Firaun, zaman sekarang kita punya orang yang mengaku menjadi tuhan. Sekiranya dahulu kita punya ashabul kahfi, sekarang kita akan punyai jiwa-jiwa anak muda yang tidak akan tunduk kepada kemungkaran dan kemaksiatan. Dan juga bermakna, sekiranya dahulu ada negara yang aman damai bertukar menjadi binasa, hancur dan kacau bilau, maka zaman sekarang juga pasti akan ada negara yang akan menerima nasib yang sama sekiranya berlanggar dengan ajaran-ajaran islam yang telah diwartakan.

Inilah bahasa al-quran yang menyampaikan peringatan untuk mereka yang beramal dengannya. Sayang sekali, namun hanya beberapa ramai pula yang beriman dengannya. 

Ah. gusar aku melihat negara yang aku cintai ini. selepas satu perkara, satu perkara pula berlaku. Oh Tuhan, apakah pengajaran yang Engkau ingin sampaikan,

Bermula dengan kekacauan yang pernah berlaku dalam syarikat penerbangan. MH370 telah bertahun-tahun hilang tetapi masih tiada sebarang bukti dimana jasad-jasad insan didalamnya bersemadi. Kita dicabar pula apabila MH17 ditembak jatuh pejuang Ukraine ketika dalam perjalanan pulang dari Belanda ke Malaysia. Pengenalan GST bagi menampung beban hutang negara, subsidi dikurangkan dan terkini, ligat berita mengenai kegawatan ekonomi negara yang berlaku yang katanya hampir kepada krisis ekonomi yang pernah menimpa kita suatu masa lalu. 

Bila lagi kita mahu belajar dengan al-quran? 


Monday, 15 June 2015

Bicara untuk Saudaraku di sana


" Perumpamaan orang-orang mukmin dalam saling kasih mengasihi dan sayang menyayangi, laksana sebatang tubuh, apabila salah-satu anggotanya mengadu sakit, seluruh anggota lain turut merasa demamnya dan berjaga malam. "

Raymond merenung hadis yang dibelek sebentar tadi. Terpaku dia seketika. Buku merah kecil itu diletakkan ke tepi. Matanya merenung jauh ke luar jendela. merentasi sempadan bangsa yang dicipta manusia. Kadangkala pandangannya jauh merantau ke negara timur tengah, melayang juga ke tebing barat sana. Terhenti juga kepada lambaian anak-anak kecil rohingya di atas kapal samudera. 


Hatinya ragu. Apakah hadis ini yang salah, atau dia yang sudah tersasar? Bukannya dia tidak tahu, pelajar yang mempunyai asas pemahaman sosiopolitik tahu segalanya apa yang dikatakan dengan negara bangsa. Ya, negara bangsa. Itulah harga yang perlu dibayar demi sebuah kemerdekaan. Dasar imperialisme barat benar-benar meninggalkan parut luka yang mendalam di kalangan masyarakat islam. Masyarakat kita.


Terngiang-ngiang juga bait-bait lagu kumpulan lelaki dari eropah yang dihafalnya, kumpulan Soldier Of Allah tidaklah terkenal dikalangan masyarakat Malaysia, tetapi liriknya telah lama bertapak dalam hatinya.

In 1924 

Our state was demolished 

Hundred years of planning And their plans were accomplished 

Kafirs broke our bond 

Contaminated our knowledge 
Better listen up 
because you won't learn this in college 



Beginning of the end 

and the divisions began 

Step by step 

they divided our lands 
in 1921 saudi arabia & iran 
next year egypt & 
In 32 iraq 



In 1945 

jordan indonesia 

Lebonen & syria 

Two years later 
The division of India 
the Muslims took a stand 
and demanded 
the ruling of Islam 
so they gave them pakistan 
but it was only an illusion 
a false resolution 
far from the solution 
In 1948 
The Jews establish their israeli state  

" Hidup di dalam sistem divide and rule benar-benar menghancurkan serpihan cinta yang ada di dalam hati kita. ". Rafiq yang sedari tadi berselimpuh sambil membuka bungkusan megi goreng yang dibelinya sebentar tadi terkelu. Inilah nilai seorang sahabat. Sentiasa perlu bersedia dengan spesis manusia yang suka bermain-main dengan awan fikirannya jauh di angkasa sana. Bukannya Rafiq tidak tahu, faham benar dengan kawannya seorang ini. Gemar berfikir, gemar membaca, dan gemar bermain dengan sentimen yang mencabar sistem.


" hmm. kali ni apa pula Ray? ". Ejek si Rafiq.


" Kau percaya sistem divide and rule yang membawa kepada konsep negara bangsa ini yang terbaik? " Soal Raymond. Kali ini soalannya betul-betul mematikan segala ayat yang ada di kepala Rafiq. Dia tidak tahu apa yang bermain di kepala sahabatnya. Hendak diketuk dengan helmet, risau pula dipersoalkan ibu si Raymond ini nanti. jadi dia hanya mendengar.


Apa yang dipersoalkan Raymond itu ada benarnya. Agenda barat hanya satu. Memecahkan kuasa pemerintahan islam, demi mencapai kemenangan yang mutlak. Kemenangan sebagai nadi pembalasan kepada siri-siri perang salib yang dialui mereka sebelum ini. Perpecahan di kalangan umat islam bukan sekadar fizikal di atas peta, Tetapi nilai cinta yang dipupuk sesama saudara islam itu semakin pudar apabila sentiasa diapi-apikan dengan semangat negara bangsa.  


" Ukhwah islamiyyah kita sudah tiada, dan yang tinggal hanya semangat negara bangsa. " 


" Tak baikkah perkara tersebut? "


" Aku juga terkeliru dengan semangat nasionalisme. Hendak dikatakan mengandungi keburukan, ada juga kebaikannya. Hendak dikatakan semua baik, pergaduhan dan sentimen kebenciaan juga lahir dari nasionalisme yang berlebih-lebihan. " 


Raymond bangun, lantas bergerak menuju ke meja bacaanya. Buku nota di ambil dan dia cuba mencatat sesuatu. Itulah rutinnya, apa yang dirasakan perlu untuk dicatat, dia cuba tinggalkan di dalam buku nota yang menyimpan semua koleksi pandangan dan pendapatnya. Terlalu takut untuk dicurahkan kepada bacaan awam kerana kebiasaannya pandangannya datang dan pergi tanpa syarat. Dan adakalanya tindakan susulan tidak muncul jua. Risau benar jika disamakan beliau di dalam Al-quran sebagai golongan orang yang bercakap tetapi tidak amalkan.


Posisi tempat duduknya dibetulkan. Dia perlu berada dalam keadaan yang selesa untuk mencurahkan segalanya.

Mereka di Palestin, Syria dan Rohingya atau dimana sahaja mereka yang ditindas di sana. Selagi kalian bukanlah saudara yang melepasi batasan sempada negara bangsa kami, kami tetap sama.
Beribu-ribu tubuh kalian sudah jatuh syahid menghadap ilahi. Berapa ramai pula yang telah lumpuh dan tercedera, tetapi tubuhku tidak pula terasa apa-apa.
Pemimpin kami tidak bersuara. Anak-anak kami tetap berjaya. Kami juga tetap masih mampu bergurau senda. Hari raya diraikan seperti biasa. Bulan ramadhan masih segar berbelanja. Mc Donald masih bangga ditelan. Apa yang mmbezakan?
Mujurlah Mark Zuckerberg mencipta ruangan alam maya facebook. Banyak maklumat-maklumat yang kami terima. Perjuangan-perjuangan di atas papan kekunci terasa puasnya. Semoga esok Palestin bisa dibebaskan bicaranya.
Dan aku masih lagi gembira dengan negara bangsa aku sendiri. Berjalan bebas di muka bumi. Melakukan rutin-rutin yang telah sebati dalam diri.
Kata mereka lagi, separuh diriku telah mati di sana.
-Ray, June2015 

Raymond menyeka air-matanya yang mengalir hinggap di bibirnya. Hari itu dia lepaskan segala isi hati dalam tulisan ringkasnya. Ah, lembut sangat hati lelaki ini.

"

Sunday, 14 June 2015

TANGGUNGJAWAB

Panas terasa. Petang-petang selepas main futsal bila pekena air kosong dalam peti ais memang salah satu nikmat dunia. Azalinya lagi, peti ais di rumah memang menjadi tempat simpanan air-air kosong. Manfaatnya waktu-waktu begini la.


Pintu peti ais dibuka.


* kreeeekkk *


Sambil menggapai sebotol air kosong, mata melirik kepada bungkusan-bungkusan minuman saki baki yang ditinggalkan di tingkat yang sama dengan botol-botol air minuman yang lain.


" Budak-budak ni memang taknak buang ke benda alah ni. "


Boleh migraine Amran dibuatnya. Bukan sekali dua telah dimaklumkan kepada mereka, tetap melakukan benda yang sama. Kadangkala alasan yang diberikan betul-betul memeningkan kepala.


" Ala. Tolong jela buangkan sendiri. Bukan susah sangat pun. "


Bukan tidak mahu, bahkan boleh sahaja Amran melakukan perkara tersebut, Bahkan hari-hari beliau mampu untuk buangkan. Tetapi apa yang dilihat Amran bukan terhad sekadar buang plastik tersebut ke tempat asalnya semata-mata.


tetapi ianya suatu signal ' TANGGUNGJAWAB '


Friday, 12 June 2015

Kisah Fibroid di Suatu Malam

Macam biasa, kalau tinggal lagi beberapa minggu untuk exam, dia punya momentum study memang lain macam. Study group muka serius. Kalau boleh kerut dahi, memang akan kerut selagi mahu. Perbincangan pun lebih ilmiah. Iyalah, siapa yang rajin nak mengulang 3 minggu kalau dah gagal posting.


Cuma malam ni, perbincangan aku dan kawan yang lain tertumpu kepada satu soalan yang kitorang dah jawab dalam perbincangan yang sebelum ni.


" Mustahil la. Kalau betul patient tu keen for conceive, means kita kena buat myomectomy la. macam mana kalau nak observe je benda tu boleh mengandung tetiba. "


" Memang betul Man. Tapi, bla bla bla... "


Perbincangan berlanjutan dan kitorang terkeluar dari track perbincangan yang asal. Pelbagai mazhab guru-guru menjadi sebutan dan rujukan. Semuanya benar, cuma keputusan untuk mencari yang paling benar itu memerlukan satu sudut pandang yang sangat kritis. Dalam erti kata lain. Kau perlu buktikan kesalahan aku, Aku perlu buktikan kesalahan kamu.


Perbincangan makin rancak. Dan rasanya kali ini aku perlu terima yang mungkin sedikit aku salah faham berdasarkan soalan. Dan disebabkan perbincangan tu makan masa, jadi aku pun adalah terdetik rasa bersalah.


Sebenarnya yang berdebat dari tadi aku dengan seorang lagi kawan aku yang muslimat ni. Lagi 3 orang sekadar mendengar setia di sisi. Hanya senyum melihat gelagat kami yang bertungkus lumus memberi hujah masing-masing.


" Sori weh. Makan masa plak. bukan apa, Aku cuma mahukan kebenaran je. "


" Nak kebenaran bukak Al-Quran la Man. "


Member aku yang dari tadi membisu mula mengeluarkan bisanya yang sebenar.


Tersedak aku.

Ceritera Pen Merah

" Man, ada pen tak? Nak pinjam. "



" Ada. Nah. "


" Pen merah? Pen lain takde ke? "


" Takde la bro. Haha. Semua merah. "


" Kau nak buat apa la semua pen merah ni. "


Waktu aku masih di tingkatan 3(atau 4), arwah atok aku pernah bertanya soalan yg sangat klise. Soalan yang selalu ditujukan kepada budak-budak baru nak ' up '. Soalan yang berunsur kematangan sikit dan kadang-kadang soalan yang jarang budak semuda aku memberi jawapan yang serius kepada persoalan tersebut.


" Hakim bila dah besar nanti nak jadi apa? "


Kau kena faham. Aku antara budak yang menjadi bahan ataupun mangsa sistem pendidikan negara sendiri. Aku melihat pembelajaran sesuatu yang tak lari dari peperiksaan. Bila kau score result yg tinggi bermakna kau dah capai tujuan pembelajaran tersebut. Ilmu dan pendidikan yg sepatutnya melahirkan pelajar yg berfikir untuk menyelasaikan masalah, kini bertukar kepada melahirkan pelajar yang berfikir untuk lulus exam.


" Sedangkan hidup ini adalah suatu ujian. " 


Tenang alasan aku bila orang mempersoalkan student-student yg berjiwa exam-oriented ni. 


Nak dijadikan cerita, aku bukanlah tergolong di kalangan mereka yang bercita-cita besar. Cuma waktu tadika aku pun tak tahu tatkala budak2 sebaya aku melihat mereka yang berunirform sebagai suatu kerjayan yang cool, kenapa entah cikgu tadika aku letak cita-cita aku nak jadi peguam. Tak ikut waqi' semasa betul. Dia tak tahu ke kerja peguam tu sebelah kaki kat dalam neraka. Oh. Mungkin sebab nama aku ' hakim '. Aku yang tak tahu menahu peguam tu apa hanya akur sahaja. Wala'.


Meningkat besar, dan bila aku tahu peguam tu kerjanya macam mana. Memang aku buang terus. Sebab aku bukannya pandai berhujah ataupun bercakap. Cuma kalau bersembang pasal bola, non-stop dua jam aku boleh bagi lecture. Masa meningkat remaja aku masih tercari-cari cita-cita yang sebenar. Tidak istiqamah dan berfikir panjang. Cita-cita aku berubah-ubah. Dari menjadi saintis yang mencipta robot-robot yang mampu terbang, sehinggalah kepada pakar kimia yang mampu menghasilkan bom. Aku tak pernah serius. Cuma apabila ditanya, satu je jawapan aku.


" Asalkan bukan doktor. "


Skeptikal doktor itu kerjayanya untuk budak-budak yang pandai, budak-budak yang rajin, nerd dan noob itu masih melekat dalam diri. Langsung tak terasa yang diri ini layak untuk kerja-kerja sebegitu. Aku perlukan enjoy. Macam mana nak tengok bola weekend kalau asyik kena on-call. Nak bercuti? Nak melepak dengan kawan? Siapa yang nak setel? Jahilnya aku waktu pra-matang dulu.


Tempoh masa berlalu. Setelah sekian lamanya aku menghirup udara dalam sistem pendidikan negara, aku rasa perlu aku tetapkan cita-cita hala tuju memandangkan tak berapa lama lagi nak menghadapi SPM. Hanya satu kerjaya yang sesuai dengan aku. kerjanya rilek, gaji standard, tak banyak risiko, banyak cuti, belajar standard. Cikgu. Tapi takkan aku nak cakap cikgu. Orang kata, impian atau cita-cita ni tak pernah limit. Masa ni la kau kata nak letak jadi perdana menteri ke, agong ke, takde siapa akan pertikaikan. Jadi aku upgrade sikit cita-cita aku bagi nampak murni sikit dalam kalangan orang kampung.


" Hakim nak jadi lecturer tok. " sambil tersengih bangga sebab dah ada cita-cita.


Lecturer ataupun menjadi tenaga pengajar dah sebati dalam tubuh aku sejak sekian lamanya. Skema jawapan yang sama apabila dioal, aku mula istiqamah dengan cita-cita tersebut. Aku rasa inilah yang ditakdirkan untuk aku. Aku akan terus mendidik manusia. Aku akan terus berkhidmat dalam masyarakat. Inilah impian yang aku idamkan. megajar, dan diajar. Soleh, wa musleh.


Tapi, kita manusia.


Bisa saja sesat. Sesatnya itu datang dengan tiba-tiba. Sampai sekarang aku tak pasti celah mana sesatnya. Jalan mana yang aku ambik ni weh?


p/s: aku harap arwah atok aku tak marah sebab aku cakap tak serupa bikin.