Dari Darlinghurst Road, kami berjalan merantau pusing pusat bandar Sydney. Jauh? jauh gila. serius penat kalau jalan kaki. tetapi memandangkan kami berada di tahap hyperexcited, dan cuaca yang tidak panas, kami pun selamber je berjalan ke sana.
oh ya. waktu ni bulan puasa. ;)
nate gapo ni? -.-" |
bila korang ada peta di tangan, rasanya tak susah untuk ke mana-mana, as long korang tahu nak interpret peta tu dan tak segan untuk bertanya orang. Perjalanan ke Opera House ambik masa lebih kurang 40 minit.Waktu petang adalah masa yang sesuai kesana, sekiranya korang nak naik feri melalui Harbour Bridge. kalau korang bertuah, dapat la tengok lampu-lampu semua.
Dua benda yang paling penting untuk survive waktu travel, yg pertama, korang kena ada peta sentiasa di tangan. bukan sekadar ada, tapi kena tahu membaca. tak susahpun. yang kedua, korang kena buat muka tak malu sikit untuk tanya orang-orang kat sana. yela, bila lagi nak improve english korang kan ;D
tapi jangan risau, dalam keadaan terdesak, automatik korang akan mahir benda ni.
selepas puas posing bergambar di Opera House, kam bergerak ke Circular Quay. hanya berjalan ke depan sedikit dari Opera House.
dari Circular Quay, kami naik feri ke King Street No 3. Feri tersebut akan bergerak di bawah Harbour Bridge. So korang boleh lihat lambang kemegahan Sydney ni dengan lebih dekat lagi.
King Street bagi aku tempat yang paling stratergik sekali kalau korg nak stop. Kat situ ada mcam-macam tempat yang menarik, kalau korg ada banyak duit la. haha. satu pun tempat aku tak masuk. yelah. dah kena bajet siap-siap duit.
memandangkan di Sydney, waktu maghrib masuk lebih awal, so kami tak sempat nak cari kedai-kedai makan yang murah, atau lebih spesifik, yang halal. jadi terpaksalah berbuka puasa dengan roti dan nuttela je dulu.
bila dah penat berjalan, malam tu kami tak keluar kemana-mana, memandangkan kaki semua dah macam nak cramp. habis dah satu sydney berjalan. masa untuk berehat dan tidur.
kalau tanya aku perkara yang aku tak suka tentang Sydey, kalau korang berjalan ke pusat bandar, mungkin korang takkan jumpa masjid atau ruang bersolat. 2 hari dekat Sydney, aku tak pernah dengar azan. smthng yang buatkn jiwa kau rasa kosong. tiba-tiba rasa rindu nak dengar azan.
kalau korang nak pergi masjid yang berdekatan, mungkin korang terpaksa keluar dari pusat bandar dan pergi ke kawasan-kawasan Sub-urban. mungkin agak jauh dari pusat bandar.
bestnya dapat merantau kat negara org...
ReplyDelete