Saturday 5 July 2014

Tak pelik ke?


   Gambar hiasan.


Pada suatu ketika sedang rasul saw berjalan, baginda berselisih dengan orang-orang musyrik yang sedang duduk di masjidil haram.

Tiba-tiba orang-orang musyrik tersebut melompat bangun menghadang. Dan mengelilingi rasulullah saw. 
 
Mereka bertanya.

" kaukah orang yang pernah berkata begini dan begitu? "

Rasulullah saw dengan penuh kepercayaan kepada dirinya menjawab.

" ya, akulah orang yang mengatakan demikian itu . "

Pada hari itu, baginda telah dipukul beramai-ramai oleh orang-orang musyrikin. Kalaulah tidak kerana takdir Allah, Abu Bakar datang meleraikan mereka, nescaya baginda mungkin mati dipukul oleh musyrikin tersebut.



..



Mungkin hari ni aku boleh cakap, aku terlalu sibuk memikirkan cara yang terbaik untuk menyampaikan atau menegur sesuatu. 

Fikir takde masalah. 

Yang menjadi masalah bila terlalu memikir sehingga lansung tak bergerak. Itu tak kena.

Mungkin aku boleh bagi alasan.

" nak berdakwah kena kreatif. Tak boleh main tegur je. Nanti mad'u lari. Orang taknak dekat dengan kita . "

But dude,

Kalau difikirkan balik. Dah namanya kerja da'wah. Memang sunnahnya akan ada tentangan. Ada yang tak suka. Ada yang paling muka.

Terlalu banyak menjaga hati, sampai tak jalan kerja.

Pun tak guna juga.

Kan ?

Rasulullah berdakwah sampai teruk dipukul berdarah sini sana. Tak pelik ke kalau kita buat kerja baik tak dapat tentangan dari mana-mana ?

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment