Tuesday, 30 July 2013

khalifah terakhir

sebuah taman yang bernama daulah
retak seribu oleh kesombongan bangsa
seorang khalifah yang gigih memerintah
mengekang rekah dari terbelah
bagai terdengar bisikan di pusaramu
"ya muslimi al Aalam, Ittahidu!"
(wahai muslimin sekalian alam, bersatulah kamu)

Disisi persemadianmu
kuterkenang semalam
hari2 indah bahagia
islam pernah gemilang

tiada penderitaan
keimanan pun dirasa
islam yang gagah bertakhta
rahmat alam semesta

langit tidak akan cerah selamanya
mendung datang bersama gerimis kedukaan
rebahlah ummah bersama catatan sejarah yang hitam
kekallah dunia dalam hina selamanya

bumi turki menyaksikan perkhianatan agama
mahkota negara jatuh gugur berkecai tidak tersisa
lemaslah ummah dalam pelukan kemajuan yang berdusta
islam dan alquran diperhina terpenjara

seorang iblis yang durjana
bertopengkan manusia
hidup membina harta
'islam baru' yang dicipta
jauh dari tuhannya

manusia yang mulia di bumi yang bahagia
kau hancurkan sejarah warisan perjuangan mereka
namun lupakah engkau islam itu di tangan TuhanNya
langit tidak akan mendung selamanya

bumi Turki menyaksikan kebangkita kali ke dua
menjejaki perjalanan hari-hari semalam yang dilupa
bersemadilah kau dalam kemurkaan tuhan yang esa
islam akan dikembalikan ke takhtanya

-ustaz Hasrizal-
di sisi makam Sultan Abdul Hamid II
khalifah islam yang terakhir




sebak.terkilan.kecewa.duka membaca lembaran sejarah jatuhnya khalifah umat islam terakhir akibat daripada fitnah daripada mereka yang rakus menjadi hamba kepada nafsu dan dunia.

Emmanuel Carasso,Aram Efendi,Hikmet Pasha dan Arnavut Esat Toptani

 antara nama durjana yang memainkan peranan menjatuhkan khalifah,bersaksikan keutuhan istana Yildiz singgahsana sultan yang mulia.

"ummah telah memecat kamu !"

pendirian sultan abdul hamid untuk tidak mengizinkan yahudi bertapak di bumi palestin,harganya terlalu mahal.Sultan abdul hamid kehilangan takhta.Khalifah hilang dari dunia.Islam sudah tiada pembela.

mengenangkan nasib anak2nya yang ramai,itulah kerisauan terakhir baginda.
baginda bersama anak2nya dihalau dari istana berbekalkan sehelai dua pakaian dan diangkut dalam gelap menuju ke stesen keretapi Sirkeci.

khalifah terakhir umat islam,dan ahli keluarganya hidup dalam buangan di Salonika,Greece.

"sabarlah anakku,jika Allah mengehendaki kematian bagi kita,bukankah kematian itu kesudahan untuk semua"


catatan diari baginda.

"aku yakin ahli sejarah akan membelaku,seandainya ahli sejarah Turki tidak melakukannyasekalipun,aku pasti akan ada ahli sejarah luar yang akan menegakkan keadilan buatku"

rujukan
-secangkir teh pengubat letih(ustaz Hasrizal)-

Sunday, 21 July 2013

Aussie#1

16 julai 2013
selasa


Photo: berjalan sambil menikmati keindahan alam

Bondi beach --> Cooge

hari kedua aku berada di Sydney.Badan terasa penat setelah jauh berjalan dari Bondi Beach ke Bronte Beach.Hajat di hati ingin menapak sampai ke Cooge yg jaraknya hampir 6 km berjalan di coastal walk.

hajat hanya tinggal angan2.kaki terasa lenguh,minta direhatkan.tak pepasal muscle tare karang jadi satu hal.disebabkan masa pun hampir menunjukkan pukul 4 petang.kami kena bergegas ke perhentian bas EDDY AV yang terletak bertentangan dengan central station of Sydney.untuk berbuka satu hal.takut terlepas bas ke Melbourne satu hal.

kami gegas menahan bas di Bronte beach.

Alif sedang sibuk membaca peta.kemudian menulis.

"untuk travelog dia gamaknya"

monolog hatiku..

perjalanan dari Bronte ke Eddy Av mengambil masa lebih kurang 30-40 minit.
lama juga dalam bas..

tangan menyeluk saku beg kamera DSLR.
aku tak tahu,bila tengok permandangan di coastal walk tadi aku rasa tenang..
cantik
rasa semakin dekat dengan Dia.

hadis 40 yg terselit di saku beg dikeluarkan.

hadis ke empat..

"...maka demi Allah yang tiada tuhan selainnya,ada seseorang antara kamu mengerjakan amalan ahli syurga,sehingga tidak ada jarak darinya kecuali sehasta sahaja.maka dahulunya hanya atasnya takdir Allah,lalu dia melakukan perbuatan ahli neraka hingga ia masuk kedalamnya..."

aku senyap seketika.
cuba merenung balik diri sendiri.ayat dan perenggan yang sama cuba aku ulang berkali-kali.
ambik feeling orang kata.

aku sambungkan bacaan.

"...ada seseorang antara kamu yang mengerjakan amalan ahli neraka,sehingga tidak ada jarak darinya kecuali sehasta.maka dahulunya atas takdir Allah,lalu dia melakukan perbuatan ahli syurga hingga ia masuk kedalamnya."


nah kau.

aku cuba pandang semua penduduk tempatan yg ada dalam bas.
hidung semua mancung2.

aku tengok luar tingkap.nampak seorang pemuda kacak dengan kot hitam bersandar di tiang lampu trafik di Elizabeth street.

Harini mereka tegar sebagai seorang yang beragama kristian,dan hati seolah2 beranggapan mereka ahli neraka.tapi..

bagaimana kalau suatu hari nanti mereka diberi hidayah..?
bagaimana kalau suatu hari nanti aku ditarik hidayah..?

seperti yang disampaikan oleh nabi sebentar tadi..

nauzubillah..

benarlah kata para ulama'.
kalau kita rasa harini kita dah banyak buat amalan,jangan ingat kita mampu untuk membeli syurga Allah.hanya dengan rahmat dan ehsan Allah sahaja kita boleh ke syurga..

bermain di kepala syair doa imam syafie yang menjadi kontroversi di kalangan salafi 

"wahai tuhan,ku tak layak untuk syurgamu,
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu.."

aku cuba merenung,bagaimana dengan amalan hidup aku selama ni.?

dalam sebuah hadis yang disebut imam muslim dalam kitabul iman
rasulullah saw bersabda

"seseorang melakukan amalan ahli syurga pada pandangan manusia,tetapi sebenarnya dia ahli neraka"

nauzubillah..
sumpah takut gila.

hadis 40 aku simpan kembali..
ayat tadi kerap bermain di kepala..

dah sampai..
masa untuk beli makanan berbuka..

sydney semakin gelap.

Saturday, 13 July 2013

TODAY is the DAY !

berbulan-bulan merancang..
berminggu-minggu berangan..
berhari-hari menanti dengan "excited sekali"..


lets shout together !!
the day is TODAY !!!


***************


InsyaAllah andai dipanjangkn umur,
malam ni kami(dgn Alif Khairuman) akan bergerak ke destinasi Jaulah kami edisi 2013

ke mana??

australia bebeh ..

insyaAllah dalam pukul 11.30pm kami akan bergerak dari LCCT ke Kingsford Airport dan dijangka sampai pada pukul 10:30am di sydney.. 

haha..

nampak tak excitednya di situ?

wallahualam,
aku x dapat nak bayangkan segala urusan perjalanan kami kat situ,
kami kesana hanya berdua tanpa sebarang kenalan..

ada juga aku study benda2 kt sydney dan melbourne ni..
tapi kita tengok jela jadi mcm mana nanti..
;D

***************

Disebabkan ni pengalaman pertama aku naik kapal terbang,so mcm excited lelebih plak..
Disebabkan ini juga pengalaman aku pergi ke rantau orang,so excited tu jadi "kuasa dua"..


Allahuakbar !

x lain yang aku harapkan agar sahabat2 sentiasa mendoakan kami sepanjang perjalanan supaya selamat pergi dan balik..Doakan kami k !

banyak lagi amanah dan tanggungjawab kami kat bumi ni..


***************


So disebabkan objektif JAulah kali ni untuk habeskan hadis 40..So aku namakan jaulah kali ni sebagai JAULAH HADIS 40...

hahaha..senangnya kau bg nama kan? 

Ada aku kesah?
jangan tengok nama..tengok kerangka secara keseluruhan..! ;D
(haha..kerangka apa sangat la pun)

tiba-tiba ada suara sumbang jauh di pelusuk hati !

"eleh,baca hadis je pun.kat malaysia pun boleh baca"

So what?
"ko nk aku pergi sana join kelab2 malam ke apa?"
(*jawab dalam hati je)

betul..dekat malaysia pun boleh habiskan hadis 40 ni..
korg x percaya korg try la baca,mesti boleh habes punya..

yela,sebab aku pg pun guna duit sendiri kan,
soooooo...
terpulang kepada aku la kan nak buat apa..haha  ;D (*xde jawapan yg jelas)

insyaAllah,pupuk diri untuk mengutip sebanyak mana ibrah yang akan kutemui nanti..


***************
Berpuasa di AUSTRALIA?

teringin juga sebenarnya nak tahu mcm mana komuniti saudara kita beribadah di sana..
disebabkan tarikh yg kami pergi jatuh pada "winter" (hoho)


mount Buller..wait for us :D

so,siangnya sekejap sahaja..


maghrib pukul 5 wei..  :O

lagi satu persoalan dalam minda aku..
diorang ni xde buat iftar ke kat masjid ?
bkn apa..nak mengeratkan silaturrahim la kan..( saving weh :D )


***************




teringat pepatah melayu dulu2..

"jauh berjalan,luas pandangan"

"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin."






kepada geng2 yang dah grad DAURAH tu..update byk2 ye ilmu kalian..aku nak baca ! :D
x dpt join sampai abes sebab ada komitmen lain..



brace urself  brade n sistah..me n my deuter ready for this journey..my Journey

Friday, 12 July 2013

Dialog with my grandma

aku :opah..akim lulus semua (sambil senyum kambing)

opah :alhamdulillah,tahniah..

aku :lega rasanya..Merasa juga naik tahun

opah :berapa tahun lagi ye akim belajar?

aku :insyaAllah,kalau xde apa2 problem,dalam 4 tahun lg insyaAllah habes..hehe(senyum lagi)

opah :hmm..4 tahun lg ye..kalau x tinggal lg 3 tahun je lg kan..sayanggg..

aku :(senyap)..

opah :xpela..ada hikmahnya tu..

aku :insyaAllah..

*************


"boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu.Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"
(albaqarah:216)


just keep smiling brader n sistah... :)


bila kita rancang perjalanan sesuatu benda begitu begini..
tapi tak juga berjalan dengan sepatutnya..


bila kita pasak cita-cita nak jadi camtu camni..
tak juga tercapai impian kita..


bila kita nak rancang kawen dgn org tu org ni..
melepassss juga..

dalam doa mathurat kita selalu baca..


"wala takilna ila anfusana thorfata a'inn"
-dan janganlah engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh kami sendiri,walaupun pada kadar sekelip mata-




tapi kadang2 kita lupa..
kita rasa perancangan Allah itu sangat la berat..

tapi,
Allah ingatkan kita sebanyak dua kali..


"sesungguhnya di samping kesukaran,ada kemudahan"2x
(alinsyirah:5&6)



dugaan bertalu2 datang dan pergi..
seoalah2 tidak mampu dihadapi..
tatkala berasa putus harapan dan tidak yakin akan diri..

Allah tenangkan hati..

"laa yukaliifullahu nafsan illa wus a'ha"
-Allah tidak memberati manusia,melainkan sekadar tenaganya-
(al-baqarah:286)


x dinafikan..pengalaman menjadi pelajar "repeat" amat pedih sekali..tipu kalau aku kata aku x sedih..cukuplah sedih sekadarnya..sepanjang perjalanan balik ke kampung,aku "drive" dalam keadaan cuba menenangkan hati sebagai pelajar ulangan..aku cuba pujuk diri untuk terima apa je yg dah berlaku..

co-driver aku menyepi..
dia memahami..
aku perlukan masa untuk diri sendiri..

apa je benda yg memotivasikan aku untuk terus berdiri..?
ayat2 comel kat atas tadi..aku tahu segala yg berlaku bak kata opah aku

"ada hikmahnya tu"..


ini semua kenangan aku setahun yg lepas..
cukuplah penerbangan aku delayed setahun..

aku tak sabar nak sampai ke destinasi..
4 tahun lagi !

now lets keep standing and chase for our dreams..!


Friday, 5 July 2013

Ramadonul kareem


"andai ramadhan itu sebuah sistem,maka inputnya adalan iman,prosesnya adalah puasa,dan outputnya adalah taqwa"


aku tertarik dgn sepotong "quote" yg aku jumpa dalam buku JOM isu 16..wallahualam sahabat mana yg bagi pada aku..

tidak dapat dinafikan inilah sistem yang menjadi modus operandi di dalam madrasah tarbiyah ramadhanul kareem..


**********

aku pasti mereka yang beriman itu insyaAllah tidak menjadi masalah untuk berpuasa pada bulan ramadhan.Justeru melengkapkan sistem "input" dan "proses" tersebut.tetapi yang menjadi persoalan ialah "output" itu sendiri.

Ramai yang berpuasa,tapi baiknya ramadhan sahaja
Ramai yang bertadarus alquran,tapi solehnya ramadhan sahaja
Ramai yang berqiyamullail,tapi solat malamnya ramadhan sahaja

ada yg bertanya kepadaku
"kenapa selepas ramadhan org kembali kepada keadaan dirinya sebelum ramadhan?"


**********

berbalik kepada niat asal.
kita berpuasa kerana menjadi hamba Allah?
atau hamba ramadhan?


bukanlah puasa itu sekadar menahan rasa lapar dan dahaga..
tetapi mendidik diri untuk menjadi insan yang bertaqwa kepada Allah.

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." (al-Baqarah:183)

kerana mereka yg bertaqwa..
beribadah dan menyerah diri kepada Allah tanpa mengira masa..
RAMADHAN?
ianya madrasah tarbiyah !

**********

doa menyambut ramadhan
"Allahumma sallimni li ramadhoni wa sallim ramadhon li wasallimhu li mutaqobbala"
-Ya Allah,selamatkanlah aku untuk menghadapi ramadhon,selamatkanlah ramadhon itu untukku,dan selamatkanlah ramadhon itu daripada perbuatan maksiatku,sehingga ibadahku diterima-
(HR at-Tabrani & ad-Dailami)


-kuharapkan ramadhon kali ini lebih bermakna-