Tuesday, 25 March 2014
Ah. Aku memang penat. So?
Kalau kalian tanya aku,
" tak penatke ? "
Aku mungkin tersengih, aku mungkin sekadar senyum, atau boleh saja aku berdiam diri seolah malas nak melayan persoalan tersebut.
Jauh di lubuk hatiku,
Ya.
" memang aku penat ! "
***
Aku bukan superman.
Aku bukan ahli avengers.
Aku bukan wali-wali Allah.
Aku hanya manusia biasa, seorang peminat pasukan bolasepak arsenal ( 6-0 ) dan manusia yg kadang-kadang aku menjahanamkan masa aku dengan bermain PES13 !
Ya.
Aku bukan manusia luar biasa.
Mustahil aku tidak penat.
***
Ah.
Abaikan.
Aku tidak punya masa untuk memikirkan aku penat atau tidak.
Kerana aku,
MENGHAYATI.
Aku juga manusia yg mampu bangun pagi pukul 3 semata-mata menonton siaran bola sepak UCL tanpa ngantuk ! ( ini memang aku luar biasa )
Kerana apa ?
Aku menghayati.
Aku puas.
Dan aku tidak kebosanan.
***
Dan andai kata dengan tarbiyah lah yang membuat aku lebih menghayati, aku bersyukur.
Aku akan lakukan,
Dan aku akan teruskan.
Bukan hanya sekadar terpaksa,
Aku ambil kira ianya sebagai satu suka rela.
Kerana aku impikan,
Rantai-rantai perjuangan yg akan meneruskan agenda islam.
Yang akan teruskan menyebar walau sepotong ayat alquran.
Yang akan terus bermain-main nasihat hadis di mulut.
Yang akan komited menjalankan dakwah fardhiyah.
Kerana aku,
Aku mempunyai cita-cita dan impian.
Aku juga mempunyai beberapa retorika dan sembang-sembang kencang.
Ah.
Peduli apa.
Kalau bukan sekarang kita nak cakap pasal islam.
Bila lagi ?
Apa kau sangka esok kau komfem takkan mati ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment