Tuesday, 25 March 2014
Ah. Aku memang penat. So?
Kalau kalian tanya aku,
" tak penatke ? "
Aku mungkin tersengih, aku mungkin sekadar senyum, atau boleh saja aku berdiam diri seolah malas nak melayan persoalan tersebut.
Jauh di lubuk hatiku,
Ya.
" memang aku penat ! "
***
Aku bukan superman.
Aku bukan ahli avengers.
Aku bukan wali-wali Allah.
Aku hanya manusia biasa, seorang peminat pasukan bolasepak arsenal ( 6-0 ) dan manusia yg kadang-kadang aku menjahanamkan masa aku dengan bermain PES13 !
Ya.
Aku bukan manusia luar biasa.
Mustahil aku tidak penat.
***
Ah.
Abaikan.
Aku tidak punya masa untuk memikirkan aku penat atau tidak.
Kerana aku,
MENGHAYATI.
Aku juga manusia yg mampu bangun pagi pukul 3 semata-mata menonton siaran bola sepak UCL tanpa ngantuk ! ( ini memang aku luar biasa )
Kerana apa ?
Aku menghayati.
Aku puas.
Dan aku tidak kebosanan.
***
Dan andai kata dengan tarbiyah lah yang membuat aku lebih menghayati, aku bersyukur.
Aku akan lakukan,
Dan aku akan teruskan.
Bukan hanya sekadar terpaksa,
Aku ambil kira ianya sebagai satu suka rela.
Kerana aku impikan,
Rantai-rantai perjuangan yg akan meneruskan agenda islam.
Yang akan teruskan menyebar walau sepotong ayat alquran.
Yang akan terus bermain-main nasihat hadis di mulut.
Yang akan komited menjalankan dakwah fardhiyah.
Kerana aku,
Aku mempunyai cita-cita dan impian.
Aku juga mempunyai beberapa retorika dan sembang-sembang kencang.
Ah.
Peduli apa.
Kalau bukan sekarang kita nak cakap pasal islam.
Bila lagi ?
Apa kau sangka esok kau komfem takkan mati ?
Wednesday, 12 March 2014
Do i have any choices?
Marhalah tarbiyah.
Orang kata, seorg ahli jemaah, sepatutnya aku berada di fasa kedua. Fasa takwin.
Apa tu ?
Org kata, fasa ni berfokuskan kepada pembentukan rijal-da'wah.
Benda ni yang buat aku sentap.
Rijal-da'wah?
Dari dulu lagi, aku rasa lain macam bila nak claim diri aku sebagai pendakwah. Dan aku banyak kali terfikir, merefleksi segala aktiviti harian aku, adakah wajar aku digelar pendakwah ?
Aku malu kalau org panggil aku pendakwah.
Memang,
Senang keluar dari mulut kata kita kena jadi pendakwah. Even aku juga selalu yakinkan diri bahawa aku adalah daie.
Susah.
Amalan aku lebih kenal diri aku sendiri. Kini aku terperangkap di antara dua entiti sama ada aku mahu berdiri dengan diri aku sendiri, atau terus diawangan bermain dengan teori.
Why not biar aku jadi macam dulu? Bebas. Bukannya aku jahat pun.
Dushhh.*penumbuk ke muka
Aku sedar.
Aku tak punya pilihan kan ?
Dulu aku ingat, menjadi pendakwah adalah satu pilihan.
Tapi bila dinilai atas dasar iman, ianya sebenar satu kewajipan.
I really do have no choice rite?
Subscribe to:
Posts (Atom)