Sunday, 9 June 2013

PEMUDA

Dalam kesibukan membaca helaian lecture note Medicine & Society yg beberapa term didalamnya agak membingungkan kepala,

aku terfikir seketika kata-kata pujangga dan hikmat daripada bekas presiden republik Indonesia,
Soekarno..

"berikanlah aku 10 pemuda,maka akan ku guncang dunia"

secara pantas dan ligat  otak terus berfikir..
apakah realistiknya yang mampu dicapai dengan hanya 10 orang?
pemuda?

tak banyak rasanya yang mampu dilakukan dengan hanya 10 orang.
adakah Soekarno hanya tahu berpuitis?

tak dinafikan..
bombastiknya penggunaan ayat tersebut sehingga menjadi satu kata2 semangat bagi pemuda zaman kini.

Sampai satu ketika,bilamana aku mula menilai situasi politik yang berlaku di negara kesayangan aku ni,
aku mula mengerti apa yg dimaksudkan tuan presiden tersebut..

siapakah 10 pemuda yang dimaksudkan?

Ramainya pemuda zaman sekarang,tetapi berapa ramai yang hanya tahu menumpang ihsan daripada perjuangan2 orang lampau,bak kata ustaz Emran,mereka yg gemuk hasil daripada perjuangan org2 dulu.Sekaligus menjadikan mereka lembik dan terlalu leka akibat lama sangat berada dalam "zon selesa".Dan akibat terlalu selesa inilah yg rasanya menjadi sebab utama mengapa berlaku pelbagai masalah dikalangan remaja.Dah semua malas nak berfikir.Terlalu selesa.

fikir?idea?
aku rasa inilah yang dimaksudkan oleh Soekarno.Beliau impikan 10 pemuda yang mampu berfikir dan memberikan idea yang mampu menggoncang dunia..

logik akal,apalah sangat yg boleh dilakukan oleh 10 orang..
berbeza dengan idea.Andai seseorang itu mempunyai idea yg sangat gempak,usah terkejut andai ianya mampu untuk menghimpunkan beribu pemuda yang lain..

"tindakan tanpa idea?
itu tindakan bodoh..
idea tanpa tindakan?
itu hanya angan-angan.."

IDEA ??

im wondering berapa ramai pemuda kat Malaysia ni yang mampu untuk come up with idea-idea yang mampu menggoncang dunia..?
tak ramai kan..
dan kita boleh bilang berapa ramai pemuda yang berkebolehan,contohnya figure2 tersebut
Azan safar,Safwan Anang,Adam adli dan beberapa pemuda yang lain..

what they ended up with?
dipenjara.disoal siasat.digantung dari pengajian..
bahkan mereka mendapat kejian daripada mahasiswa/pemuda yang lain.

ianya menuntut kepada PENGORBANAN dan KEBERANIAN

bukan semua mampu bertindak sedemikian
dan tidak dinafikan,status pelajar yang masih dalam pengajian untuk degree.sape yang tak takut kena masuk penjara,kena gantung pelajaran,hilang tajaan biasiswa.

sukarnya untuk mencari pemuda sebegini,dan aku rasa sebab itulah 10 orang sahaja yang diimpikan Soekarno bagi merealisasikan impian untuk melakukan perubahan..

kesimpulan

So kesimpulan yg boleh aku katakan.

IDEA-50%
ACTION-50%(courage 25% & speech 25%)

insyaAllah inilah pemuda impian yang mampu membawa kepada perubahan

cuma persoalannya..
status perjuangan kita?
sama ada di pihak yg benar
..atau dipihak yang salah.





No comments:

Post a Comment