Saturday, 21 June 2014

untitled

 



lebih kurang hampir dua bulan yang lepas peristiwa tersebut berlaku. Aku masih ingat dengan jelas. Abg din tiba-tiba datang menjengah bilik aku. Ada benda penting katanya.
jarang muka dia nampak bertandang ke bilik aku memandangkan kami tinggal berlainan blok. berlainan tingkat pula tu.

aku saspen.

" ada orang nak masuk islam ni man. "

laju sebutan beliau. tidak jelas.

" apa dia bang ? "

" ada orang nak masuk islam ni . huhu " senyum tersimpul di bibir beliau.

betul ke main-main ni? aku menduga.

selepas diperjelaskan, barulah aku maklum. sahabat kepada abg din. dia ada seorang kawan india. minat untuk mengetahui islam katanya. Abg din minta pertolongan dari aku, memandangkan aku pernah berurusan dengan pihak hidayah centre untuk program yg lepas.

menarik.

aku pun bersetuju. aku cuba maklumkan perkara tersebut kepada beberapa orang yg aku kenal yang berkhidmat dalam hidayah centre. Lama juga masa yang diambil untuk mereka respon mesej aku. sibuk agaknya.

beberapa minggu kemudian aku terima mesej respon salah seorang dari mereka.

alhamdulillah. respon pun !

Detail diambil, sekarang aku hanya perlu meletakkan kepercayaan kepada mereka. aku yakin. aku percaya mereka akan berusaha.

*****

alhamdulillah. baru sebentar tadi. seorang kakak dari hidayah centre hubungi aku. katanya mereka telah menjemput beliau untuk menghadiri satu event di bawah hidayah centre. Open Your Eyes Dinner.

" akak nak bagitahu, kawan yang luqman bagi nama tu, katanya dia nak ucap syahadah harini "

Allahurabbi. setelah hampir dua bulan berlalu. aku betul-betul tak sangka. memandangkan aku tidak menerima sebarang update dari pihak hidayah centre, aku ingatkan perkara tersebut sudah tidak dihiraukan.

Allah. hamba tersebut bukanlah sahabat aku yang dekat. bahkan juga aku lansung tak pernah melihat dia. hanya membantu sahabat kepada sahabat sahaja. tapi, keseronokan yang aku rasa sungguh tidak terkata.

Allah.

tidak ada apa yang aku pinta selain dari keredhoan Allah.

sungguh aku berterima kasih kepada pihak hidayah centre atas segala usaha mereka. Dan bersyukur kepada Allah kerana mencampakkan hidayah kepada hamba-hamba yang Dia kehendaki. Allahurabbi.


Saturday, 14 June 2014

If it was a test ?


 

Perjalanan menuju ke syurga, bukan satu kisah senang lenang dongeng fantasi yang dipenuhi gelak ketawa. Perjalanan yang penuh dengan rintangan dugaan dan juga halangan. Bukan mudah. Bukan mudah.


حفة الجنة بالمكاره وحفة انار بالشهوات

" jalan syurga dihampiri kesusahan, jalan ke neraka dihampiri oleh keghairahan syahwat "


Allah mencipta satu modul yang sangat direct. Dan sangat simple. Kalian ingin menjadi hambanya. Kalian ingin mengejar syurganya?

Beramal soleh !

Seterusnya apabila kalian ingin beramal soleh, kalian wajib diuji.

Metod yang sangat mudah. Buat baik, pasti diuji. Dan siapakah kalian rasa di dunia ini yang paling banyak diuji ? 


اشد الناس بلاء الاءنبياء ثم الاءمثل فالامثل

" orang yang paling berat diuji ialah para nabi, kemudian yang paling baik selepas itu, kemudian orang yang paling baik selepas itu "


Benar. 

Aku pasti. Ujian itu hadir kepada diri setiap manusia berbeza-beza. Ada yang diuji dari sudut kematian, ada yang diuji dari sudut kehilangan, bahkan ada yang diuji dari sudut kegagalan , dan aku pasti kefuturan itu juga merupakan satu ujian.

Yang mana akhirnya berpusat kepada satu perasaan yang sama. Ianya menimbulkan
satu keperitan. Kesakitan. Dan kepedihan.

Inilah ujian. Saat mana diri berdiri kaku, tidak mampu dan tidak mahu menerima kenyataan. Saat iniliah Allah hadirkan ujian sebagai tapisan keimanan dan sampaikan ucapan kasih sayang.

Dia cuma ingin melihat bagaimana hambanya kembali padanya.


ان الله تعالى اذا احب قوما ابتلاهم، فمن رضي فله الرضى ومن سخط فله السخط

" sesungguhnya Allah taala apabila mencintai sesuatu kaum, dicubanya mereka itu dengan pelbagai cubaan. Barangsiapa yang rela dengan cubaan itu, maka mereka mendapat kerelaannya. Barangsiapa yang benci maka baginya kemurkaan Allah swt. "



Aku akui, kadang-kadang kita terlalu berlebihan apabila kita cuba respon dengan ujian. Ada yang sampai hilang pertimbangan. Aku juga akui, bukan mudah untuk bertenang dengan ujian. Itu yang aku cuba katakan. Inilah ujian keimanan. Dan dengan ujian ini jugalah proses penapisan sedang dijalankan. Apakah kamu betul beriman, sekadar iman main-main. Ataupun kamu ini dari golongan munafik sebenarnya.

Aku terbaca satu karangan buku syeikhul islam prof dr yusuf alqaradhawi, " aku dan ikhwan al muslimin ". Di dalam buku tersebut bagaimana syeikh menceritakan sewaktu kader-kader ikhwan ditangkap dan dipenjarakan di dalam penjara perang, ujian ketika itulah menceritakan sifat dan tingkat keimanan mereka. Bagaimana ?

Bagi mereka yang ikhlas, mereka percaya jalan juang kepada islam pasti tidak lari dari ujian. Mereka redho. Bersikap optimis. Menjadikan setiap ruang ujian itu sebagai satu peluang. Bagaimana diceritakan di dalam penjara itu, hidup dengan pelbagai ruang-ruang perbincangan, sesi khutbah, solat berjemaah, riadah dan juga kelas-kelas keilmuwan. Seperti sama keadaanya berada di dalam masjid.

Manakala, bagi mereka yang berjuang demi kepentingan peribadi, tidak ikhlas dan mempunyai muslihat tersendiri, maka manusia inilah yang seakan-akan memberontak. Menjerit dan meronta-ronta kerana tidak tahan dengan ujian.

Di sini Allah melakukan tapisan. Bagi menunjukkan siapakah di kalangan kita, adalah mereka yang benar-benar beriman.


احسب الناس ان ىتركو ان يقولو ءامنا وهم لا يفتنون

" adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan sahaja untuk mengaku bahawa ' kami telah beriman ' sedangkan mereka tidak diuji lagi. "


ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقو وليعلمن الكذبين

" sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta. "

( alankabut:2-3 )


Satu penulisan yang bukan untuk mengajar

Aku menulis bukanlah untuk mengajar sesiapa. Tetapi lebih kepada bersifat refleksi diri. Aku cuba untuk mengenangkan kembali beberapa detik minggu saat yang baru sahaja berlalu.

Beberapa bentuk ujian datang silih berganti. Bak kata mat saleh " back and forth " . Aku sedar, bukan mudah untuk hati bersifat toleransi dengan ujian, kadang kala aku juga tersilap jangka.

Hati mudah berkata.

" if this was a test, then i've failed "

Cuba dan cuba terus cuba memujuk hati. Bisik perlahan-lahan.

" aku cuma akan gagal kalau aku mati sekarang. Percayalah"

Allah masih memberi ruang dan peluang dalam kehidupan. Setiap saat yang diberikan membuka seribu lembaran baru bahawa kita masih mempunyai harapan. Ketika mana saat ditulis bahawa rahmat Allah itu menjangkaui kemurkaannya, kita-kita yang melampaui batas ini masih berpeluang mengejar keampunannya.

Nyawa masih segar, belum tersekat di kerongkong.

Masih berpeluang kembali kepada Dia.

Aku percaya.

Dia akan terima.

Sunday, 1 June 2014

Kecewa

Aku cuma nak mengadu
Aku dah karang panjang-panjang gilerrrrrr

Tapi aku lupa nak save.

Aku bukak apps lain.

Bila aku buka balik blog.

Penulisan aku yang panjang dah hilanggggg...

Frust.

Aku xnak tulis semula.

Penat.

Aku nak study.

T_T