Friday, 23 May 2014

Di sebalik proses pembentukan tokoh Hassan al-banna

                                   


" abangku, ketika engkau berumur 9 tahun, aku baru sahaja berumur 7 tahun. Kita mengaji al-quran dan belajar menulis di sekolah. Jika engkau mampu menghafal 2/3 alquran, aku mampu menghafal sehingga surah At-Taubah. Ketika kita pulang dari sekolah, ayah menyambut dengan penuh kasih sayang. Ayah yang mengajar kitab sirah rasulullah saw, ilmu fiqh dan nahu. Ayah menyediakan jadual pengajian kami di rumah. 

Engkau belajar ilmu fiqh, imam malik, dalam ilmu nahu engkau belajar ' alfiyah ' dan aku belajar kitab ' malhamatul arab '. Kita mengulang kaji bersama dan berkerja keras.

Duhai abangku, dalam hidupku, tidak pernah aku melihat orang yg begitu banyak berpuasa dan solat sepertimu. Engkau bangun waktu sahur dan solat. Kemudian engkau membangunkan aku untuk solat subuh. Selepas solat, engkau membaca jadual kegiatan harian.

Suaramu yang indah dan mencerminkan kasih itu masih bergema di telingaku.

Engkau pernah berkata, " pukul 6 pagi adalah waktu mengaji alquran, pukul tujuh adalah waktu belajar tafsir dan hadis, pukul 8 adalah waktu belajar fiqh dan usul fiqh." Itulah agenda harian kami.

Selepas itu kami pergi ke sekolah.

Ada banyak buku didalam perpuastakaan ayah, kami telah bersama-sama meneliti buku itu. Nama buku-buku itu dicetak dengan benang berwarn emas. Kadang-kadang kami meneliti kitab ' nisapur ', kitab ' qustalani ' dan kitab ' Nail-alhauthar '. Ayah bukan hanya mengizinkan kita membaca kitab-kitab itu, bahkan mendorong kami membaca. Engkau selalu lebih baik dariku dalam hal ini.

Aku cuba mengikuti jejak langkahmu, tetapi aku tidak mampu. Engkau seorang yang luar biasa. Walaupun perbezaan umur kita hanya 2 tahun, tetapi Allah telah memberimu keupayaan yang luar biasa. "

Abdurrahman Al-Banna.
Adik kepada Hassan Al-Banna.


No comments:

Post a Comment