Monday 16 December 2013

#1 generasi kemenangan yang diimpikan





masjid-masjid dirobohkan, orang-orang islam dibunuh dalam keadaan ruku', sujud bersolat. Maruah perempuan-perempuan islam yang beriman dicabul dan dinoda. namun tidak kedengaran suara pun mahupun satu pendirian yang keluar daripada kaum-kaum arab ataupun seluruh umat islam yang menyatakan tentangan terhadap puak taghut ini.




yang ada hanya kesepian.

ibarat kawasan kubur yang menggerunkan dimalam gelita.





dan bila baru kita boleh mendengar suara mereka lantang berbunyi?

ketika itu, adalah bilamana ketika mereka mencela satu sama lain.


dan bila tatkala kita melihat mereka bergerak dengan penuh semangat dan kekuatan?

ketika itu mereka hanyalah untuk berperang antara satu sama lain.





hakikatnya mereka mengingkari dan membelakangi sifat yang ada pada rasul dan para sahabat!

" keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang ( memusuhi islam ) dan sebaliknya berkasih sayang serta berbelas kasihan sesama sendiri ( umat islam )" 
( alfath:9 )





mereka in menjadi keras dan tegas terhadap sesama sendiri ! tapi berkasih sayang dengan musuh Allah !
mereka ini angkuh dihadapan mukmin ! tapi lemah dihadapan musuh Allah !


seolah-olah mereka ingin sekali menyerupai sifat yahudi yang menjadi firman Allah swt

" permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah kuat. engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah. Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak berakal. " ( al-hasyr:14 ) 




" adakah terdapat penghujung bg zaman yang gelap ini syeikh ?"

" benarkah suatu masa umat ini mula mengenal matlamatnya dan kembali mengikut zaman yang sebenar? "

" adakah akan tiba masanya kalimat umat ini akan bersatu? "

" adakah kehidupan yg penuh kegelapan ini akan hadir hari-hari yang cerah? "


 " jangan engkau berputus asa wahai sahabatku. sudah menjadi sunnah sahabatku selepas Allah mendatangkan malam yang paling gelap, akan hadir cahaya fajar yang terang benderang "




ianya satu sunnah yg pasti.
dan tiada perubahan.


#olahan rujukan buku
AlGHURABA'
karya Syeikh dr yusuf al qaradhawi.

No comments:

Post a Comment