Friday, 10 May 2013

#nota hati


Ayuh refleksi..

andai ditanya tujuan kehidupan,
secara literally,ramai yg mampu utk menjawab soalan tersebut.
bahkan mampu mengupas isu tujuan penciptaan bersandarkan nas alquran dan hadis..

antara ayat yg femes.




"wa ma kholaqtul jin wal insa illa li ya'budun" (51:56)
-dan tidak aku ciptakan jin dan manusia itu melainkkan utk beribadah kepadaku-






benar..

kita mampu lafazkan..
ayuh fikirkan lagi..
adakah perbuatan..pekerjaan yg kita lakukan,selari dgn pengakuan kita..pengetahuan kita..


kita tahu

belajar niatlah kerana Allah
bekerja niatlah kerana Allah\
berukhwah niatlah kerana Allah
beribadah niatlah kerana Allah
menolong orang niatlah kerana Allah
berkasih sayang niatlah kerana Allah


adakah benar hari ini,
segala-galanya kita niat kerana Allah?

dalam solat setiap hari kita dah bersumpah..


"inna solati wanusuki wamahyaya wamamati lillah hi robbil a'lamin"
-dan sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku,matiku, hanyalah kerana Allah,tuhan sekalian alam-


Allah..
benarkah selama ini aku lakukan segalanya hanya kerana Mu..?
atau ianya hanya sekadar bisikan mulut yg sungguh hina..

Allah..
benarkah selama ini aku hamparkan diriku seikhlas hati hanya keranaMu..?
ataupun hanya diri ini yg perasan mulia...



termenung menilai diri..
benarkah kita niatkn segalanya kerana Allah..

sungguh..

hati ini sedang sakit..
jauhkanlah aku dari sifat munafiq..

ya Allah..aku lemah..bantulah aku



wahai Tuhan yang tidak mempunyai batasan dalam memberi keampunan..
dengarlah rintihan hambamu ini
aku percaya dan yakin dengan janjiMu

"Allah memanjangkan tangannya pada waktu malam bagi mengampunkan hambanya yg berdosa pd waktu siang.Allah memanjangkan tangannya pada waktu siang untuk mengampunkan hambanya yang berdosa pada waktu malam.sehingga terbit matahari dari sebelah barat"

-riwayat ahmad dan muslim-

aku tahu...
harapan selalu ada..

No comments:

Post a Comment