Friday, 2 March 2012

sekadar luahan rasa hati.....


tiada unsur politik...tiada unsur hasutan..tiada unsur penghinaan...hanya mengajak kita semua berfikir...merenung...*HUDUD memang menjadi agenda utama barisan pembangkang ketika ini...mgkin ramai yg berkata "alah,mereka nak tarik undi org ramai..bolehla"ok done..!!itu terpulang kpd mereka..hanya Allah mengetahui niat mereka yang sebenar..let say depa mng PRU13..klu mereka dh cakap..tp x laksanakan mereka d kira sebagai FASIK...antara ciri2 fasik..

1.apabila berkata mereka dustai
2.apabila berjanji mereka mungkiri

 Firman Allah s.w.t yang bermaksud :“Orang Fasik adalah orang yang melanggar perjanjian itu teguh, dan memutuskan apa yang diperintahkan Allah (kepada mereka) untuk menghubungkannya dan membuat kerosakan dimuka bumi. Mereka itulah orang yang rugi” (Surah Al Baqarah ayat 27)

tp..apa yg menyedihkan d cn adalah bagaimana respon yg diberikan oleh beberapa org utk menangkis usul hudud ni...ni adalah beberapa contoh yang menyedihkan...
1.heboh seketika apabila disiarkan short video d dalam youtube..bagaimana mereka kata pasal hudud nih..."makin teruk ada la"..what..??adakah mereka cuba nak sampaikan bhawa hukum perundangan yg d ciptakan Allah ni x sempurna??atau adakah mereka cuba nk sampaikan yg Allah sendiri pn x mmpu nk ubahkan masyarakat malaysia ni..??adakah mereka ragu2 dgn kekuasaan Allah????sampaikn klu kita laksanakan hukum ALLAH..masyarakat akan menjadi lebih teruk.
bayangkan klu rasulullah masih bersama kita...
hancur hati baginda..
umat yang baginda kasihi..yang baginda cintai..yang baginda rindui...
sggp memperkatakan begini terhadap hukum yg di cipta Allah..:'(

"Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah."Aku sungguhrindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah s.a.w
ALLAHUMMASOLLI ALA SAIYIDINA MUHAMMAD...
sampainya hati kita...

2.terkesan lg d hati apabila melihat org yg dkatakan 'fakeh' dlm bidang agama turut memperlekehkan hukum hudud ni...wlupn ni cerita lama..tp ak ttp nk bukak balik bg sume org nmpak...
Adakah kita hendak hukum orang yang mencuri kita buat hukuman potong tangan sahaja? Adakah kita nak laksanakan hukum hudud potong tangan itu ataupun kita bagi kerja kat dia?”demikian ucapan yg di lontarkan oleh seorang ustazah yg bernama DR.tuttttttttt....
Penghinaan beliau kononnya, hukuman potong tangan pencuri tidak boleh menyelesaikan masalah hanya menjadikan orang itu hilang tangan kanan dan kiri serta kaki kanan dan kiri tapi masalah tak selesai. Baginya, penyelesaian yang dilihat berkesan ialah dengan memberikan kerja supaya mereka ada sumber pendapatan dan mereka tidak lagi mencuri...
tahlah...mungkin benar apa yg dia ckp.."mungkin"..ada logiknya dlm pemikirani masyarakat...
tapi dr ayat dia td,nampak mcm apa yg Allah sdia tetapkan,x dpt nak selesaikan masalah..
sekali lg ak ingin bertanya??adakah mereka RAGU2 dgn hukum Allah???
come on la...fikiran kita sgt terhad..kita ni hanya hamba...xkan kita nak mencabar fikran ALLAH SWT yang maha hebat..
tahu je yg Allah itu maha mengetahui..tp ...

3.dan yang terlatest sekali..ucapan dr someone yg well-known..bapa pemodenan negara kita..TUN DR MAHATHIR..
beliau dgn berani mengatakan...HUDUD TIADA DALAM ALQURAN...IA HANYALAH REKAAN AHLI FEQAH....
terkejut ak dgrnya..terkejut ak dgr fikirannya..fikirannya yg hebat..fikiran yg mana suatu masa dahulu mampu mengubah sosioekonomi org melayu..
sedih dan terkasima....
korg fikirkanlah sendiri....

...................................................................................................................................................
act byk lg bnda2 yg mereka ckpkn pasal hudud ni..ak bkn nye nk tunjukkan buruk diorang..ak juz nak nampakkn respon n pandangan diorang terhadap hudud nih...klu nak menjaga kepentingan parti politik sgt,jgnla sampai syariat Allah sendiri pn ditidakkn...susahla mcm ni...
sori..dh lama ak pendamkn benda ni..klu dulu,ak lebih suka simpan dlm hati.."memaki hamun" dalam hati..tp bila keadaan mcm dh mkn menjadi2...ak takut sgt masyarakat muda mudi sekarang jd salah faham..jadi keliru..ak takut mereka mula percaya pasal sume2 ni...
masyarakat sekarang baik dr segi sosial dan agama sume d peringkat yang merisaukan...ak xnak tgok sume tu terjadi...
apa yang ak mampu..keluarkan segalanya dr dalam hati ke "sekeping nota"..dgn harapan..kawan2 d sekelilingku x sesat..dan x terpengaruh dgn pandangan mereka....
sekali lagi ak tegaskan..xde lansung sentimen politik atau perkauman d sini...ak beragama islam..ak rasa ak patut memberi pandangan..ak patut bg respon pasal perkara ini..n ak patut mempertahankan agama ak sendiri...ak hanya seorang insan biasa..masih mencari ilmu..masih mentah...
mohon segala salah dan silap agar di maafi..
bg yg ingin mencari kebenaran..tanyalah pada yg lebih fasih....
sekadar utk renungan bersama.....
"RAGU2 DGN HUKUM ALLAH,BERERTI RAGU2 DGN KEMAMPUAN ALLAH,SEKALIGUS MEMBAWA MAKSUD RAGU2 DENGAN ALLAH"


*xde niat nak tunjuk pandai sebab dah tawu diri ni mmg x pandai...
assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment