Friday, 29 March 2013

walk the talk.!!


situasi

"ahmad,kalau la Allah bg kepada ana kekayaan,ana nak dermakan separuh dari harta ana kepada anak2 yatim,,pastu lg 25% ana nk infaq kepada perjuangan islam" kata Aiman kepada sahabatnya.

alhamdulillah,Allah murahkan rezeki kepada aiman..Hasil usaha yg beliau korbankan,beliau berjaya menjadi doktor pakar,dan berjaya mengumpul sejumlah harta yg banyak..

tp hari x seindah yg disangka..Harta tersebut telah melekakan Aiman seperti mana Qarun pernah hadapi pada masa yg lampau..

impian dan cita2 yg pernah diberikan kepada Ahmad seolah2 impian dan cita2 mat jenin yg x menjadi kenyataan..!

apakah???

jgn terkejut kerana perkara yg sama pernah berlaku pada zaman dahulu..bila mana seruan jihad belum menjadi kewajipan,org2 beriman pernah berkata
"kalaulah Allah suruh wajib berjihad,akan ku tunai kewajipan tersebut sbagai tanda taat pd perintahNya"

ttp,apabila kewajipan jihad diturunkan,apa yg berlaku x sedemikian,sehingga Allah menyatakan firmannya dalam surah As Saff

A002
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!  (as-saff:2)

malu rasanya..bila mana kita cuba utk bercakap besar,tetapi usaha dan kerja yg kita buat x setara mana..
sampai mengundang teguran dari Allah..setakat teguran,bahkan ancaman kemurkaan Allah 


A003
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya (as-saff:3)

..nauzubillah

WALK THE TALK !!

Wednesday, 27 March 2013

AMANAH

bismillahirrahmanirrohim

sekejap je rasanya berada di saf kepimpinan sesi12/13
walaupun sebagai LASAK..
(Lujnah Sukan dan Kebudayaan BADAR UKMKL)

walaupun taklifan yg diberikan x seberat lujnah lain,tapi ada beberapa
hikmah yg aku temui dan belajar bila berada di samping saf pimpinan kali ini..

membuatkan aku lebih menghayati..dan seterusnya berintima' dgn jemaah sendiri


laporan AGM tahunan BADAR pun dah siap..
tinggal beberapa program je lg yg masih dalam perancangan dan perlu diteruskan..

maaf atas kekurangan dan salah silap..
semoga saf kepimpinan tahun depan lebih baik :)


***************

malam ni selepas usrah kepimpinan,insyaAllah ada pengumuman 
senarai nama saf kepimpinan sesi seterusnya..

sebagai salah seorang peserta yg mengikuti TQ
ak harap taklifan yg diberikan pimpinan nt,
sesuai dgn kemampuan aku...

apa2 pun kita kena wala' dan tsiqah pada pimpinan..
aku yakin,
syura antara mereka,meraka tahu mana posisi terbaik yg patut aku berada

***************



dup dap dup dap..

amanah !

Friday, 8 March 2013

hehehe XD

bismillah~

tengah penat2 study untuk exam isnin ni..
saje la nak usha2 internet jap release tension..
tetiba terdetik nak tengok result PBL discussion..

yela..sem lepas x mencapai target..
so,ingat sem ni kena lebih baik la...



************

jeng jeng jeng...


alhamdulillah..untuk modul genetik,dua2 sesi dapat excellent.. XD

alhamdulillah..Allah yg bg idea untuk discussion..
alhamdulillah..Allah yg bg keberanian untuk utarakan pandangan 
alhamdulillah..Allah yg bg keizinan untuk mulut ni berkata..
alhamdulillah..Allah izinkan aku ingat ilmu Dia..
alhamdulillah..Allah detikkn hati DR tuk bg markah excellent kt aku..


tp..
Allah dah berfirman,

"sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesebuah kaum itu sebelum mereka mengubah diri mereka sendiri"(13:11)

kalau kita sendiri yg xnak ubah...sape lg yg nak ubah..
macammana hukum Allah nk ada kalau sunnatullah pun kita x buat..
preparation tu penting!
keep working guys !!

#pray for me
#pray for palestine
#pray for syria
#pray for lahad datu
#pray for "islam"


Saturday, 2 March 2013

prove that we r the best among the best ! :D

bismillah~

secara fitrah,
setiap dari antara kita mesti ingin menjadi yang terbaik..
kan?

************
penting ke menjadi yang terbaik?

PENTING !!

hidup ni pengakhiran dia ada dua je..
sama ada kita akan ke syurga ataupun ke neraka..
dan mana satu pilihan kita?

************
ulama berpendapat,
Allah mencipta neraka,
untuk memotivasikan hambanya supaya memilih syurga.

ya syurga!

************
adakah syurga yg Allah janjikan kepada hambaya itu satu benda yg murah?
tidak..!!

penilaian amalan kita tidak mampu untuk membeli syurga..
kerana syurga itu terlalu mahal..
dan hanya mereka yg mendapat ehsan dari Allah saje yg mampu mendapat syurga..
persoalannya..

adakah mereka yg mendapat ehsan dan rahmat Allah ni terdiri daripada org2 yg biasa??
adakah rasulullah itu orang yang biasa?
adakah para sahabat itu orang2 yg biasa?

ya..mereka adalah orang yg biasa..
tetapi amalan mereka yang luar biasaa...
amalan mereka yang menjadikan mereka seorang yang hebat !!
amalan mereka yang menjadikan mereka insan yg terbaik !!
mereka dijanjikan syurga,kerana mereka TERBAIK..!!

************
menjadi yg terbaik bukan mudah..
mehnah dan tribulasi menjadi teman..

ambil langkah mudah..berubah sedikit demi sedikit..tetapi istiqomah..

************
"kebenaran yang tidak terancang mampu ditewaskan oleh kebatilan yang terancang"
perancangan sangat penting,supaya kita tidak ditewaskan nafsu

menjadi yang terbaik tidak semestinya hanya diakhirat sahaja..
mengapa tidak dikejar hebat di dunia?

hebat di dunia,hebat di akhirat..kan lebih manis :)

buatlah perancangan sebaik mungkin..

**********
dan ini adalah perancangan aku sendiri
hehe~

mutabaah amal..supaya tarbiyah ini mampu memberi kekuatan kepada jiwa..!
ini mutabaah amal yg digariskan dalam usrah jemaah aku..InsyaAllah kami dituntut untuk berlumba2 dalam beramal.. :)
niat asal hanyalah untuk mengejar mardhotillah..


dan ini adalah mutabaah amal akademik aku sendiri..XD
target sem ni mesti lebih baik dari sem sebelumni..!

***************

aku dah penat jadi manusia biasa...
ayuh beramal dengan amalan luar biasa yang mengikut syariat..

aku bukan dididik di universiti semata2 untuk menjadi seorang doktor..
tetapi seorang muslim..

seorang muslim yg mampu memberi tazkirah..
seorang muslim yang mampu memberi pendapat..
seorang muslim yg menyahut "amar maaruf nahi mungkar"
dan terakhir,
seorang muslim yang mampu merawat rohani dan juga FIZIKAL manusia..

:)

insyaAllah..

**************

n lastly,sejauh mana hebatnya kita merancang
akhir sekali bergantung kepada Allah juga :)

"dan mereka merancang,Allah juga merancang,dan Allah sebaik2 perancang" (3:54)

wallahualam 

Friday, 1 March 2013

:)

bismillah..

tengah2 dalam proses menyiapkan PBL
bertajuk 
"my special child"


guess what?
ianya berkaitan dengan seorang ibu yg mempunyai anak yg menghidap penyakit
DOWN SYNDROME

*****************

secara fitrahnya,aku rasa semua pasangan dalam dunia ni
inginkan cahaya mata
dan aku yakin,setiap pasangan ini juga mengimpikan anak yg sempurna..
anak yang comel..anak yang bila besar nanti mampu menjadi "manusia"..anak yang mampu menegakkn islam
yela..x pernah lg ak jumpa org yg berdoa dlm sembahyang
"ya Allah,kurniakanlah kami anak yg cacat..anak yg mempunyai masalah kesihatan..bla bla bla"

admit it..ini fitrah manusia..!!

****************

tgah duk membelek2...tiba2 aku rasa mcm ber"emosi" plak bila baca pasal artikel2
yang berkaitan isu x ni..
tambah2 bila berkaitan dgn genetic councelling..
macammana kita nak berhadapan dgn parents yg menghadapi masalah tersebut..

setakat ni mmg xde treatment utk pesakit DS
yg ada hanyalah support centre untuk mereka teruskan kehidupan..
tambahan pulak,patient DS juga mampu utk terdedah dgn penyakit2 lain
yg boleh muncul hasil daripada DS tu sendiri..

****************

aku akui,ini satu saat ataupun momen yg sukar untuk parents terima kenyataan tersebut..
tp inilah ujian..
dan aku yakin,bila ini semua adalah ujian,maka akan ada kebaikan yg datang menerpa satu masa nanti..

"adakah kamu menyangka bahawa kamu akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami telah beriman" sedangkan kamu belum diuji" (29:2)


***************

teringat perbincangan ustaz emran dalam tazkirah di surau d,
berkaitan dengan ilmu aqidah..antara basic yg perlu ada dlm diri manusia ni adalah ilmu aqidah..
kita kena mengetahui hakikat kehidupan kita sebagai seorang hamba..
kita kena beriman bahawa Allah itu yg menjadikan kita..

dan apabila kita akui bahawa Dia yg menjadikan kita,maka Dia mengetahui mana satu yg terbaik untuk kita..

adakah Allah kejam dengan memberikan ujian berat itu kepada kita??

"Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya"(2:233)

**************

setiap penyakit ada penawarnya..kecuali mati...
i wonder something..?

hmmmmmmm..

*************

semoga Allah tempatkan syurga untuk mereka..
di dunia mereka x memberi sebarang makna,
semoga di akhirat mereka mendapat syurga...

:')

such a love for them <3